I Was Offered to Executive Position!

By Asyiqin Roslee - Wednesday, October 30, 2019

Ada berbaki sebulan lagi sebelum kontrak kerja ekin tamat dan sebulan itu jugalah yang tinggal sebelum ekin menganggur semula. Segala pengalaman dan memori rasa berat nak ditinggalkan dek kerana dah selesa bekerja disana. 

Pagi tadi, ekin buat kerja seperti biasa. Tiba-tiba, terdengar nama ekin seperti dipanggil oleh assistant manager dekat sebelah.

"Asyiqin....", lembut je dia memanggil nama ekin.


Dengan sepantasnya ekin menyahut panggilan tadi dengan memandang ke arah tempat duduk assistant manager tadi.

"Ye, Haikal (bukan nama sebenar)".

Masa ni, ingatkan Haikal nak tanya pasal kerja. Maklumlah, Haikal ni seorang yang jenis tak suka berhutang. Kalau ada kerja apa-apa, dengan pantasnya dia akan siapkan. Disebabkan kerja ekin banyak kena involve dengan orang, jadi Haikal akan sentiasa up-to-date kot kott ada kerja dia yang tertangguh dekat ekin.

Masa ekin tengah pandang dekat tempat Haikal, dalam masa yang sama Haikal pun berdiri. Mungkin kerana Haikal ingin bercakap sesuatu yang peribadi dengan ekin kerana tempat kami terhalang dengan dinding pemisah. Selalunya kalau kami bercakap, hanya lontaran suara sahaja yang kedengaran kerana dua-dua masing-masing malas nak bangun dari tempat duduk. Hahahaha. Tapi, kali ni disebabkan Haikal berdiri. Ekin syak mungkin ada sesuatu yang hendak dikatakannya.

"Asyiqin, habis kontrak bila?"

Tertelan air liur jap. Glupp. Tak sangka pula Haikal akan tanya soalan ni dekat Ekin. Maklumlah, selalunya Haikal banyak tanya pasal kerja sahaja. Tapi, masuk akal juga lah kerana ekin kan dah nak dekat habis kontrak. Mana lah tahu kalau si Haikal ni nak buat farewell party besar-besaran untuk ekin, boleh jadi juga. Ye dak? Hahahha. Berangan betul perempuan ni.

"Next month, bulan 11 Haikal. Kenapa?", jawab ekin sambil mengharap ada lah kerja kosong yang dia nak bagi. Huhuuu.

Cisss, boleh pula mengharap orang bagi kerja kosong dekat ekin. Hahaha. Sambil, kepala ekin memikirkan apa motif si Haikal bertanyakan soalan tadi... dengan tak semena-mena Haikal menjawab,

"Shikin nak tak kerja sebagai....Executive? Tapi dekat Site 1 lah untuk temp. sahaja"

OMG! Did he read my mind? Ataupun adakah doaku sudah dibalas? Terima kasih Ya Allah. Fuhhh, masa si Haikal ni tanya... bukan main melompat lagi ekin tapi realitinya ekin kena cover macho sikit lah. Kena tunjuk diriku masih ayu lagi. Gitueww.

Lepastu balik ke realiti jap. Apesal lah ekin nak excited lebih ni? Orang tu baru je tanya. Bukannya dia offer terus. Terus bawa mengucap lepas tu.

"Kalau Shikin berminat, nanti boleh bagitahu dengan Ayong (bukan nama sebenar)", sambungnya lagi.

Alaaaa, kena bagitahu Ayong ke? Ingatkan dia nak tolong recommend kan. Hahaha. Ok tak, gurau-gurau. Actually, sebelum ni ekin memang dah dengar ura-ura yang dekat Site 1 sana memerlukan pengganti Executive untuk temp. sahaja. Cuma itu lah... ura-ura sahaja. Perkataan rasminya tak ada lagi. Huhuu. Tapi apapun rasa terharu juga lah, sebab si Haikal ni banyak juga lah membantu ekin masa mula-mula masuk kerja sana dulu. Sampai nak habis kontrak ni pun, masih lagi hulurkan bantuan.

Dah selesai bincang itu ini, ekin pun sambung lah kerja semula.

Beberapa minit lepas tu, tiba-tiba Ayong datang tempat ekin.

"Shikin... saya mahu cakap dengan awak..."

Haaaa sudah. Kesalahan apa lagi yang aku buat ni. Hahahaa... Tak tahu lah kenapa pagi ni ramai betul datang nak jumpa ekin. Masing-masing memang dah tak sabar nak tunggu ekin keluar ataupun berat hati nak tengok ekin keluar? Tu yang depa dok masing-masing kirim salam perpisahan dulu. Huhuu.

"Yes, Ayong", jawabku dengan segera.

"Awak habis kontrak bulan sebelas kan? Awak sudah dapat kerja ke belum? Awak sudah submit resume ka?"

Uyooo.. bertubi-tubi soalan. Ayong ni macam tahu-tahu je ekin baru lepas kena soal dengan Haikal pasal kontrak kerja yang dah nak habis ni. Ekin syak, Ayong akan offer benda yang sama macam Haikal bagitahu tadi.

"Haah Ayong. I habis kontrak next month. I dah submit resume tapi so far takde yang panggil lagi", ekin saje lah bagitahu yang takde orang panggil interview lagi sebab nak Ayong ni offer kerja tu dekat ekin. Hahaha. Bijak ke bijak?

"Yeka.. kalau macam itu, saya mahu kasitahu awak. Awak berminat tak sebagai.... Executive untuk temp. sahaja? Saya mahu tanya awak dulu, kalau awak belum pergi mana-mana interview lagi.. awak berminat tak untuk bekerja di Site 1?"

Belum habis Ayong ni bercakap, ekin angguk-angguk untuk tandakan setuju. Disebabkan position ni temp. sahaja, jadi ada bagusnya ekin ambil kan? Yelah, bila habis kontrak sekarang ni... nak tunggu dipanggil untuk interview kan ambil masa yang lama. Daripada ekin duduk menganggur dekat rumah, ada lah baiknya jika sambil-sambil tu, ekin cari pengalaman kerja position yang lain pula kan.

Walaupun yang sebenarnya ekin mengharap agar dapat panggilan kerja dalam bidang pengajian ekin, tapi tak mengapa lah. Rezeki masing-masing dah tertulis. 

Jadi, ekin dah bagitahu pada Ayong yang ekin berminat untuk gantikan position executive tu dekat Site 1. Yang tinggal sekarang ni, manager dekat Site 1 pula untuk bagi kata putus dan bincang macam mana skop kerja ekin nanti andai kata kalau jadi.

Korang doakan lah yang terbaik untuk ekin. Maaflah, kalau entry kali ni ada gaya macam baca cerpen pendek pulak. Nak olah dalam bentuk biasa, malas pula nak menaip panjang-panjang. Kalau boleh, nak taip seringkas-ringkas yang mungkin. Oleh itu, terhasil lah cerpen pendek kita pada hari ini.

Ekin tak berharap banyak, cuma berharap agar segala urusan ekin dipermudahkan olehNya.

Okay korang! Thanks for reading tau. 

~
Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Tahniah! Semoga dimudahkan segalah urusan

    ReplyDelete
  2. Tahniah asyiqin . Semiga di murahkan rezeki ya... Nama kita sama.. hehehe.salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh.. nama samaaa ke? hhehehe.. thankyou2.. salam perkenalan juga :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. InsyaAllah dipermudahkan semuanya buat eqin.. Aamiin..

    ReplyDelete