First Time Buat E-Commerce Untuk Business Sendiri

 Assalamualaikum & hi,


Entah kenapa malam ni rasa macam susah nak lelapkan mata. Macam-macam dalam kepala ni fikir. Otak tengah aktif gamaknya. Lepastu, tiba-tiba rasa macam nak update blog. Dah lama rasanya tak update apa-apa dekat sini. Makin membesar ni, susah betul nak luang masa untuk hobi blog ni.


Ni pun, ekin tengah menaip dengan handphone tau. Selalu kalau nak update blog, ekin akan menghadap laptop. Tapi, malam ni nak try pulak kalau update blog pakai handphone cengguane. Memandangkan blog dah guna interface baru kan. Nampak gaya macam mobile friendly je. Hehehe. I like!


Ok, berbalik pada tajuk diatas ni. Actually, ekin baru je signup akaun untuk e-commerce ekin. Kalau nak tahu, ekin ada buat bisnes sampingan tau. Dengan harapan, ada lah side income sikit-sikit.



Kalau sebelum ni, ekin buat bisnes dekat social media je. Sebabkan ada masa yang terluang dengan begitu banyak sekali, sempat lah nak reply message customer apa semua. Tapi, sekarang ni macam tak dan nak guna tangan ni. Hmmm sedih ;(


Dan disebabkan itulah, ekin decide nak try e-commerce pulak. Sebenarnya, dah lama niat nak ada e-commerce sendiri. Tapi risau.. takut tak komited je. Yelah kan, nak buka e-commerce ni bukanya free. Huhuuu. Kena bayar monthly/anually lagi tueww.


Takpe, disebabkan ekin memang minat berniaga a.k.a buat bisnes dari kecil... akan ku teruskan juaaa. Acewah, cenggitu ko.


Harap-harap lah e-commerce ni memang menjadi. Korang yang baca blog ekin ni jangan lupa untuk support ekin tau. Nak cari jubah cantik-cantik, korang boleh dapatkan dekat ASIKIN KL tau. Doakan kejayaan ekin sekali!


E-commerce store ekin ni masih newbie lagi tau, jadi banyak lagi benda nak setup nak bagi lagi cantik. Tapi, ekin suka je dengan design sekarang ni sebab nampak lagi simple dan memudahkan carian. Apapun, ekin nak ajak korang semua tinjau e-commerce ekin ni. Hehehehe. Ok tak?


Website: ASIKIN KL


Kalau korang ada apa-apa komen mengenai e-commerce store ekin ni, komen je dekat bawah tau. Ekin akan cuba untuk improve mana-mana yang tak kena :)

3 comments