Pengalaman dapatkan nombor EPF dekat KWSP, IDCC Shah Alam

Haritu, ekin pergi KWSP dekat IDCC Shah Alam ni. Tujuan ekin pergi sana, tak lain tak bukan sebab nak dapatkan nombor EPF. Sebenarnya, tujuan asal ekin pergi sana sebab nak buka akaun KWSP. Ahahaha. Mesti korang pening kan?!


Ok. Cerita dia macam ni.

Nak dapatkan nombor EPF, kita kena buka akaun KWSP kan? Tapi, masa tu ekin masih was-was lagi sama ada ekin dah pernah buka akaun KWSP ni ke belum? Sebab masa lepas SPM dulu, ekin pernah kerja sekejap sebagai cashier. Time tu pulak, rasanya company tu dah bukakan akaun bagi pihak ekin. Masa tu pulak, ekin kan masih umur belasan tahun. Tak ambik tahu sangat lah pasal benda alah ni. Uhuhuuu.

Untuk kerja yang sekarang ni pula, company suruh ekin buka akaun KWSP sendiri (ohh ya, ekin dah mula start bekerja tau.. hihii). Ekin pun dalam dilemma. Rasa macam dah ada akaun sendiri pun ada, macam takde lagi pun ada. Adehh. End up, ekin pun pergi jelah dekat KWSP Shah Alam. Masatu pergi sensorang. Naik Grab je gaizz. Rasa macam terlebih berdikari pulek. Ekin bawa lah satu salinan IC fotostat dan original (of course).

Salinan IC fotostat tu ekin bawa sekali sebab mana lah tahu kalau yang sebenarnya ekin tak buka lagi akaun KWSP ni, tak payah lah susah-susah cari kedai pergi fotostat. Ekin boleh mohon untuk buka akaun terus.

Sampai sana, ekin terus beratur dekat kaunter pertanyaan sebelah pintu masuk. Ekin pergi time lunch hour. Boleh tahan jugak dia punya ramai tu. Hmm, beratur jelah dengan penuh kesabaran. Sesampai je turn ekin, ekin pun tanyalah dekat akak tu:

"Saya nak buka akaun KWSP. Tapi sebelum tu, saya nak tanya sebab saya pun tak sure sama ada saya dah ada akaun KWSP ni ke belum? Sebab saya pernah kerja as cashier lepas habis SPM dulu. Macam mana ye, kalau saya nak tahu sama ada saya dah ada akaun KWSP ni ke belum?"

Fuhhh, panjang kan pertanyaan ekin. Pening akak tu. Hahaha.

"Ok. Takpe. Awak pergi je dekat kiosk sebelah ni, masukkan IC. Nanti dia akan bagitahu sama ada awak pernah ada akaun KWSP ni ke belum"

"Itu sahaja ye?"

"Itu sahaja"

"Ok. Terima kasih"

Settle dekat kaunter pertanyaan tu. Ekin pun pergi lah cari kiosk yang takde orang guna. Btw, kiosk ni self service tau. Kalau tak tahu nak guna macam mana? Jangan risau, sebab pegawai-pegawai KWSP ni memang sedia membantu.

sumber google

Dah dapat satu kiosk. Ekin pun masukkan IC, lepastu cap jari untuk pengesahan. And then, dia suruh masukkan nombor telefon. Ekin pun masukkan jelah nombor telefon ekin. Nombor telefon ni, tujuan dia sebab nak hantar temporary password untuk pengaktifan i-Akaun. Beberapa saat lepas tu, terus dapat SMS. Dah selesai, mesin kiosk ni akan print-out maklumat untuk kita register i-Akaun buat kali pertama.

Masa ni ekin confuse lagi sebenarnya. Tujuan asal kan nak tahu sama ada ekin dah ada akaun KWSP ni ke belum. Bukan nak register i-Akaun ni. Hahahaa. Time tu dah lah sorang-sorang. Nak taknak, kena buat keputusan sendiri. Terpinga-pinga lah jugak dekat situ.

Dah selesai dekat mesin kiosk ni. Ekin pun pergi lah dekat bahagian yang ada dekstop (e-Perkhidmatan) bagi sesiapa yang nak register terus i-Akaun ni. Nasib lah dekat setiap bahagian ni ada pegawai KWSP yang jaga. Takde lah ekin terpinga-pinga tak tahu nak buat apa.

sumber google

Bermulalah sesi soal menyoal kembali,

"Yang ni nak register dekat sini ye encik?", sambil tunjuk kertas yang mesin tu print-out tadi.

"Ye, betul"

Pegawai tadi tu pun ambil kertas tu dan catit reference number dekat borang dia. Lepastu, dia pun tunjuk lah macam mana nak register i-Akaun ni step by step. Dah klik submit ok semua... selesai! Ohh, betul lah rupa-rupanya ekin dah ada akaun KWSP sendiri. Nice!

"Encik. Macam mana saya nak dapatkan nombor EPF saya ye?"

"Ohh, saya tak print lagi ye. Sekejap ye"

Pegawai tadi pun, print-out kan maklumat EPF Number dan sekali dengan current amount yang ada dalam KWSP ekin. Senang betul sistem sekarang ni. Mudah dan cepat.

Dah print, dia pun tunjuk dekat mana nak rujuk nombor EPF ekin. Maklumlah, ekin ni noob sikit. Ehehhee. Terbeliak lah jugak mata ekin bila tengok current amount yang ada dalam akaun KWSP ekin. Boleh tahan banyak jugak. Tak tahu pulak ada sebanyak ni. Ohoks.

Yayyyyy. Dah selesai pun urusan ekin nak dapatkan EPF number ni. Tak sampai setengah jam pun urusan ekin dah selesai. Nak balik, ekin pun booking lah Grab. Apa lagi?! Dah dapat EPF number. Kita pun pulang lah. Ahahaks.

Okay. Itu sahaja pengalaman ekin nak dapatkan nombor EPF ni. Ekin harap entry ni serba sedikit dapat membantu korang yang first time macam ekin nak dapatkan nombor EPF daripada KWSP ni.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa dekat entry yang lain pula. Bye!

~

Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee


10 comments

  1. Kwsp dh sgt canggih skrg, nak cek bal pun bebila je online, takyah tunggu statement sthn sekali cam dulu. Slmt dtg ke alam pekerjaan ekin 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3.. hehehe, senang je check online terus.. anyway thanks :)

      Delete
  2. memang seronok ke KWSP skrg ni..x perlu nk beratur kalau dah ada iakaun..tengok baki $$ dari rumah jer pun boleh kan..hehe

    btw...congrats sbb dh kerja tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. jimat masa tak payah nak beratur panjang dah..

      Delete
  3. Wah canggih ya sekarang, Kak Sue pun nanti nak pi cek akaun Kak Sue lah. Tq for for sharing tau..

    ReplyDelete
  4. senang je kan skrg. last time ray pun ade try this machine kt kwsp sini

    ReplyDelete
  5. sekarang dh boleh check dekat phone, lagi mudah kan. sy dftr i-akaun pun masa staff kwsp dtg ke office. kalau pergi pej. KWSP blur jugak sy :p

    ReplyDelete
  6. Canggih dan mudah sekarang ini..
    selamat berkerja Ekin..

    ReplyDelete
  7. sudah canggih. terima kasih atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  8. urusan lebih mudah sekarang, lagi2 tempat ada kiosk ni kan. nice sharing btw

    ReplyDelete