Hello peeps... So, last night... Me and my friends went out pergi ke sana ke mari. Niatnya nak keluar berjalan untuk release kan tension, stress and so on dek selama 14 minggu asyik menghadap projek and assignments yang perlu disiapkan. Tu yang semalam, rasa macam free sikit... Kitaorang pun decide nak keluar :)
First thing first, mestilah keluar cari makanan nak isi perut ni. Hampir seharian jugaklah perut ni merengek bunyi minta isikan sesuatu. Korang pernah dengar tak? Eh? Hehehe.
Kalau bab cari tempat nak makan ni, boleh dalam sejam jugak lah nak decide makan dekat mana. Korang pun mesti sama je kan?! Kenapa eh? Hahaha. Kadang-kadang Ekin pun terfikir jugak. Apa lah susah sangat nak cari tempat makan nih. Boleh bawa kekusutan dalam kepala ni.
Fikir punya fikir... Kalau tanya Ekin, memang ke Old Town lah Ekin akan pergi. Favourite Ekin memang dekat sana je. Ekin pulak memang dah lama mengidam nak makan Asam Laksa Old Town tu. Tambah pulak dengan air Chocolate yang Ekin suka tu. Sedapnya!
Sampai pun dekat Old Town. Sambil tunggu pesanan order, kitaorang pun bergambar lah bertiga dulu :)
Masa order tu, boleh pulak tersilap tulis nama menu. Terus orang tu kata, "dik.. TFF ni apa ye? Setahu saya TFF ni macam bola bla bla bla....". Masatu baru tersedar yang Ekin salah tulis. Padahal, yakin dah ni tulis semua dah betul. Tinggal nak bagi dekat waiter tu je. Ekin pun jawab lah, "Ohhh sorry sorry... TF7 sebenarnya. Salah tulis pulak. Macam mana lah boleh tertulis TFF. Almaklumlah, lapar sangat ni". Hahaha. Lawak betul time tu. Masing-masing gelak. Buat malu je. *tutup muka
Habis pun makan :) Agak-agak pass tak untuk buat review makanan? Semua sedap-sedap nih. Patut nya Old Town kena sponsor kitaorang makan dekat sana. Hehehe.
Selesai makan, pergi solat dulu.
Sambil tunggu cik nab kita, lelap kan lah mata ni kejap dekat ruang menunggu ni. Tak tahu lah kenapa, tiap kali keluar berjalan mesti rasa mengantuk je nak tidur. Hahha. Macam mana lah nak bawak berjalan nih.
Cik nab pun dah selesai solat. Kitaorang pun berjalan-jalan lah sekejap dalam shopping complex beli apa yang patut sebelum pergi ke next destination. Dah alang-alang keluar, beli lah segala barang keperluan apa yang perlu. Stok makanan dekat bilik pun dah habis. Hehe.
Dah beli barang keperluan apa yang patut. Next, kita gerak ke destinasi pilihan seterusnya iaitu...... drum drum drum *bunyi drum
Taraaaa... i-City here we go!
Cantiknya cahaya malam ni.... <3 Cantikkan?! Cantik takkk?!
So, malam tadi kitaorang spent time dekat sini. Jalan-jalan tengok lampu. Tengok orang main game. Tengok orang berjalan. Tengok orang tangkap gambar. Tengok je uols. Tengok je.. Hahha. Gurau-gurau..
Tujuan nak pergi i-City ni sebab nak bergambar je. Hoho. Dan dalam masa yang sama memang nak bawa cik nab ni. Sebab katanya tak pernah lagi pergi i-City. So, kita pun merelisasikan impian cik nab. Woww. Kitaorang merelisasikan impian orang. Boleh buat rancangan tv gitchew.
Cik nab in the i-City uolssss! Awal-awal kena lah ambil mood dulu bergambar bersama-sama kan?!
Lampu dia ni lawa sangat! Rasa macam ada dekat ladang bunga gergasi yang besar dalam cerita fairy tale je. Hahaha. Berangan jap masa ni.
Berjalan-jalan keliling i-City sambil perhatikan orang. Hehehe. Seronok betul tengok orang bergambar ramai-ramai. Ada family lah. Kawan-kawan... Ni, actually dekat kawasan belah-belah sana memang ramai giler orang. Ekin suka pergi tempat yang tak berapa crowded sangat sebab senang nak bergambar.
Indahnya kalau ada camera dslr ni. Ada yang nak bagi pinjam tak? Ekin sanggup datang i-City balik semata-mata nak bergambar. Hohoho. Lampu ni actually lagi cantik tau kalau tengok depan-depan. Rasa macam nak ambil satu pokok ni, letak dalam bilik. Senang!
Next, kita berjalan-jalan tengok orang main game pulak.
Ekin tengok orang main ni pun dah naik seram. Dorang ni tak takut ke? Hukhuk. Malam tadi rasa nak main jugak. Tapi dia punya seram tu sampai naik bulu roma. Terus tak jadi main. Next time, kalau datang lagi mungkin I'll challenge myself kot nak naik benda alah ni. Fuihhh.
Dekat i-City ni pun ada snowalk ni. Tapi, Ekin tak berkesempatan nak masuk lagi. Kawan Ekin kata kalau masuk malam macam membazir sebab dia untuk satu hari. So, kalau datang siang. Berbaloi lah sikit fees dia tu. Boleh main lama-lama dalam tu sampai bertukar jadi olaf.
Merayau-rayau sampai kesini. Mula lah rasa macam nak beli macam-macam ni.
6D motion adventure. Ni lah game yang paling adventure kitaorang main malam tadi. Hahaha. Untuk 6D motion adventure ni, fee dia RM10 untuk seorang. Korang boleh pilih nak jenis adventure macam mana. Kalau tak silap Ekin, kitaorang pilih nature roller coaster something like that kot. Actually, ada je yang ghost macam tu. So, the choise is yours gitchewww.
Sporting pulak abang ni tolong ambil kan gambar kitaorang. Kerusi punyalah banyak, yang masuknya 3 orang je. Kohkohkoh. Patut ajak satu kampung je tadi.
Masa main benda alah ni, kitaorang menjerit-jerit. Lebih-lebih lagi cik nab ni hahh. Excited punya pasal tergolek sana, tergolek sini. Naik roller coaster uols. Ekin dari awal sampai kesudah tergelak terbahak-bahak sebab dengar cik nab menjerit. Hohoho. Soryy nab. I kenott tahan. Dengar cik nab menjerit, Ekin pun ikutlah menjerit sekali. Hahaha. Overall, memang best lah naik 6D motion adventure ni. Boleh terhibur bawak cik nab naik benda alah ni.
Selesai berjalan semua sampai kaki melecet, kitaorang pun pulang lah ke pangkal masing-masing. Balik lewat sangat nanti tak manis kata orang :)
Ciknab pun happy dah dapat pergi i-City!