ABOUT

Assalamualaikum & hi!

Korang semua apa khabar? Ok tak tu? (hihiii) Ekin ada ni hahh, tengah sibuk fikir nak taip apa dekat page ABOUT ni. Kononnya nak bagi serba sedikit info lah mengenai diri ekin. (hihihi) Kata nak berkenalan kan? Acewah.

Ok lah, buat sesiapa yang tengah mencari siapa dia Asyiqin Roslee... ekin akan terangkan serba sedikit dekat sini tau. Nak terang banyak-banyak takut syok sendiri pulak kan?!

Alright, actually ekin start berblogging dah lama dah tau. Waktu tu masa nama Irine Nadia, Cik Epal, Yuyu Zulaikha tengah naik. Hahh, waktu tu lah ekin berkenalan dengan dunia blog ni. Tapi dek kerana kemudahan laptop + internet dan masa tu pun ekin tengah sekolah jadi budak hingusan lagi, jadilah tak konsisten ekin nak update blog.

Dek kerana tak konsisten, ekin pun tinggalkan lah dunia blog ni. Fokus balik dengan dunia realiti. Lepas tu, selang beberapa tahun iaitu pada tahun 2016 ekin start create balik blog. Tapi still tak aktif lagi masa tu. Entry pun ada beberapa ketul je. Hahaha.

Masuk pula degree tahun 2018, ekin mula konsisten balik berblogging. Rasa seronok pulak membebel, merapu, meraban semua dekat sini. Tambah pula dapat edit template blog sampai rasa puas hati nampak cantik, lagi lah minat berblogging ni bertambah-tambah. Terhasil lah personal blog Asyiqin Roslee ni sampai sekarang.

Kalau korang nak tahu, ekin merupakan lepasan graduan dari UiTM Shah Alam dalam degree in Civil Engineering (Hons.) Awal-awal masa masuk bidang engineering ni, ekin tak tahu perasaan tu macam mana sebab masa tu just follow the flow je. (Hahaha) Tapi alhamdulillah dapat juga grad first class. So kalau nak tanya tips belajar ke apa.. tanya lah. Insya Allah ekin boleh bantu hihii.

Lagi apa ya nak bagitahu pasal diri ekin?

Hehehe, takpelah. Nanti kalau ada apa-apa nak tambah ekin tambah.

Apapun, terima kasih atas support korang semua dan kerajinan korang untuk baca blog ekin.