Sekembali kita dalam sesi review produk local skincare tak lain dan tak bukan produk Kayman Beauty. Agaknya boleh dikatakan ekin ni peminat produk Kayman ke? Yelah, setiap kali Kayman nak keluarkan skincare baru dorang... mesti ekin tertunggu tunggu tau. Mana tak nya! Sejak pakai coal face soap dorang lagi, ekin dah jatuh cinta giler dengan produk Kayman ni. Tapi, nak memiliki semua tu... ekin kena fikir 2,3 kali jugak lah nak beli. Hahahaha.
Apapun!
Untuk entry kali ni, ekin nak review skincare keluaran terbaru daripada brand Kayman Beauty iaitu GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM). Dorang launch produk terbaru a.k.a sheet mask dorang ni sejak 28 Mac 2020 lagi. So, kalau korang nak dapatkan.. boleh dapatkan dekat website rasmi
Kayman Beauty atau boleh dapatkan daripada mana-mana stokis/agent Kayman. Yang pastinya, servis dorang memang terbaik!
Seperti sedia kala, ekin memang beli dekat shopee je. Best, sebab kita boleh dapat free shipping fee. So jimat sikit dekat situ. Ekin beli Multi Element Mask (MEM) ni masa 28hb tu jugak. Masa dorang launch secara online, masa tu jugak ekin terus beli. Nampak tak betapa fans nya ekin. Hahaha. Secara konklusinya, ekin beli masa 28hb (Sabtu)... dan sampai dekat rumah 31hb (Selasa). Kira cepat lah servis dia. Bagus2...
Memperkenalkan... skincare keluaran terbaru daripada Kayman Beauty iaitu GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM). Tengok packaging dia, terus ada rasa vibes exclusive kan?! Black and gold. I is love sangat!
Ohh ya, btw sebelum ni pun ekin ada review produk daripada Kayman Beauty ni... so kalau korang nak baca review ekin, boleh klik je link dekat bawah ni ya (iklan jap).
Alright geng. Kita sambung balik. Untuk Multi Element Mask (MEM) ni harga dia RM59.00 untuk satu kotak tau. Dalam box dia ada 5 pcs sheet mask. Tolak tambah... kira-kira harga untuk satu sheet mask ni jatuh RM11.80. Korang rasa mahal ke murah? Ke.... "normal lah tu harga sheet mask". Gitteww. Bagi ekin, personally harga dia quite expensive lah. Tapi ekin tetap beli jugak sebab ekin percaya produk mahal, kualiti pun mesti lah boekkk kan! Untuk mencuba, ekin sanggup je beli. Tapi kalau nak pakai selalu tu... garu kepala jugak lah. Kehkehkeh.
First time sampai dekat rumah, honestly ekin tak sabar giler nak bukak (actually, tak sabar nak pakai sebenarnya... hehehe). Masa beli MEM ni, ekin order sekali dengan Coal Face Soap sebab soap dah habis. Happy giler sebab ekin dapat paperbag Kayman jugak. Lulss... nampak tak? Dapat paperbag pun dah happy, apatah lagi kalau dapat produk free. Tibehhh. Kayman please sponsor me.
Fungsi Multi Element Mask (MEM)
Kalau ikutkan apa yang di-claim dekat packaging MEM ni... ianya berupaya untuk memberi efek brightening, moisturizing, anti ageing dan nourishing.
"KaymanBeauty MEM: Multi Element Mask is formulated with premium elements from golden cocoon. This mask gives the skin brightening, maintain radiant and luminous skin. It will also provide high moisturization. The MEM mask is made of a tensel sheet from banana fibers and feels very soft and gentle to the skin. It helps to deliver active ingredients and penetrate high concentration ingredients to the skin."
Sheet mask a.k.a MEM ni, ekin baru pakai sekali je. So, nak bagi full review pun tak boleh sangat. Tapi, ekin akan bagi general review sebagai seorang pengguna yang dah pakai mask ni sekali. Korang jangan risau, once dah pakai habis nanti... ekin akan update full review & personal feedback dekat sini.
Ekin dah pakai MEM ni sekali. Dan setakat apa yang di-claim dekat packaging MEM ni, antara empat-empat tu... ekin boleh nampak yang mask ni dapat bagi efek mosturizing. Dia punya concentration essence tu betul-betul tick. Essence dia jenis milky macam tu tau. So, korang memang akan rasa moisturize je gittew (tak sempat nak ambik gambar dia punya essence tu semalam sebab excited nak pakai).
Untuk efek brightening pulak, ekin tatau nak bagi feedback ke tak. Tapi seingat ekin... ibu ekin ada cakap macam ni tau dekat ekin, "ehh, asal muka cik kak makin cerah pulak nih?". Hahaha.. jeles betul mak. Padahal malam tu baru je ekin pakai MEM ni.
Packaging
Jom kita tengok packaging MEM ni pula. Marilah excited bersama-sama.
Box packaging bahagian hadapan.
Box packaging bahagian belakang.
Mask packaging bahagian hadapan.
Mask packaging bahagian belakang.
Gigih juga nak tangkap gambar sebab box packaging dia jenis shining macam tu. Risau ter-reflect diri sendiri pulak dalam tu. Hahaha. Apapun, ekin suka dengan mask packaging dia sebab dia jenis ada matte pattern macam tu. Tatau lah nak describe macam mana. Korang kena dapatkan sendiri. Hahaha lols.
Ingredients MEM
Mari lah kita study mengenai ingredients MEM ni pula sama ada sesuai to all skin type ke tidak. So far, kulit ekin jenis sensitif. Tapi setakat ekin pakai first sheet MEM ni... tak ada mendatangkan kesan kemerah-merahan ataupun iritasi dekat kulit muka ekin. Apapun, jom study dulu.
Ingredients: Water, Glycerin, Dipropylene Glycol, Cetyl Ethyhexanoate, Niacinamide, 1,2-Hexanediol, Dimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Sodium Hyaluronate, Sericin, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Butylene Glycol, Lactobacillus/Soybean Ferment Extract, Salix Alba (Willow) Bark Extract, Cinnamomum Cassia Bark Extract, Origanum Vulgare Leaf Extract, Chamaecyparis Obtusa Leaf Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Portulaca Oleracea Extract, Panthenol, Allantoin, Adenosine, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Potassium Hydroxide, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Stearic Acid, Polysobate 60, Disodium EDTA, Ethylhexyglycerin, Chlorphenesin, Parfum, Cl 19140, Hexyl Cinnamal, Limonene.
Result daripada
SkinCarisma punya website, sheet MEM ni dia paraben-free, sulfate-free dan alcohol-free. Akan tetapi sheet MEM ni dia tak silicone-free, EU allergen free dan tak fungal acne free. So, kalau korang ada bad past experience dengan produk lain yang ada silicone and so on... kemungkinan korang tak sesuai nak pakai sheet MEM ni. Apapun, korang boleh try and error dulu oki. Don't cry ;(
Daripada result SkinCarisma ni juga, sheet MEM ni mempunya 4 notable effects & ingredients yang dapat membantu untuk brightening kan kulit wajah (niacinamide), berfungsi sebagai anti-aging (niacinamide, adenosine), promotes wound healing (panthenol, sodium hyaluronate) dan acne fighting (salix alba (willow) bark extract).
Another result from SkinCarisma, for those yang jenis kulit dia dry skin... tahniah sebab produk ni ada 4 ingredients yang baik untuk kulit jenis dry ni.
Dry Skin
✅1. Panthenol - powerfully moisturizing
✅2. Butylene Glycol - powerfully moisturizing
✅3. Sodium Hyaluronate - powerfully moisturizing
✅4. Glycerin - powerfully moisturizing
Untuk oily/acne prone skin... produk ni ada satu ingredient yang baik untuk korang dan satu ingredient yang tak bagus untuk jenis kulit ni.
Oily / Acne-Prone Skin
✅1. Allatoin - soothing, skin protection
❌2. Stearic Acid - can potentially block pores, has a comedogenic rating of 3
Untuk sensitive skin pula, ada 2 ingredients yang good untuk korang which is:
Sensitive Skin
✅1. Allatoin - soothing, skin protection
✅2. Aloe Barbadensis Leaf Extract - soothes and alleviates sensitive reaction
So far, based on result daripada ingredients analyze ni... sheet MEM daripada Kayman Beauty tak ada ingredients yang boleh meng-iritasi-kan kulit muka. By theeeee wayyyyyy korang! Ekin lupa nak bagitahu yang GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM) daripada Kayman Beauty ni MADE IN KOREA tau chuolssss. Hebat ke hebat? Hahaha. Tu adalah salah satu reason kenapa ekin excited giler nak dapatkan sheet MEM ni.
Direction of Use
1. After cleansing and soothing with toner, take the mask out of its package, unfold and place it on your face.
2. Have a rest with the mask on your face for 10-20 minutes.
3. After removing the mask, pat your face gently to absorb the remaining serum of the mask.
Anyway, biasanya kalau sheet mask ni ekin akan pakai masa malam sebelum tidur dan selepas cuci muka. Hahaha.. korang hadam lah. Dan selalunya ekin takkan pakai setiap malam (matilah nak kalau pakai sheet mask setiap malam). Better selang 2,3 hari tiap kali nak pakai sheet mask okay gurlss. Jangan pakai setiap malam pula. Kalau kayooo... pakailah. Mak tak marah. Hihiihi.
Alright, itu sahaja update untuk entry review sheet MEM ni. Akan menyusul personal feedback dari ekin. Korang nanti kan lah bila tu yaa? Hahaha. Untuk entry ni, ekin review secara general je. Saja nak naikkan hype sheet MEM ni. Apapun, thanks for reading dari awal sampai akhir.
For those yang nak tanya apa-apa, macam biasa... komen je dekat bawah DAN JANGAN LUPA UNTUK TICK KOTAK NOTIFY ME supaya korang akan terima notification bila ekin reply komen korang. Kalau taknak terima notification, tak perlu tick ;)
Find me: