Memandangkan Ekin tengah menunggu sidang istiadat majlis konvokesyen my sister ni, Ekin ambil kesempatan untuk update blog. Hehehe. Terpaksa lah menunggu dekat bawah khemah ni berseorangan memandangkan hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Adik lelaki Ekin pulak memang tak ikut. Menunggu jelah kerja Ekin sekarang ni. So... Jom kita update blog sementara boleh.
iklan kejap
Semalam, parents Ekin ambil Ekin dekat UiTM sebab katanya nak bermalam terus dekat kawasan yang berdekatan dengan Bestari Jaya ni. Yelah kan, mahunya kalau bertolak dari rumah... Memang tak sempat lah cerita dia. Sidang konvo my sister ni dah lah pagi. Ibu bapa pula kena ada dekat dewan sebelum 7.30 pagi. Memang kami sekeluarga bermalam dekat sana lah terus.
Lepas check in hotel dekat sini, kami pun berehat dulu hilangkan rasa penat berjalan. Malam tu, kami singgah kedai makan di hadapan hotel untuk makan malam. Masuk-masuk je, terus order makanan apa yang ada di menu. Memang lapar sangat lah katakan.. Dari pagi lagi tak makan makanan berat. Hahaha.
Ni lah menu yang menjadi pilihan Ekin. Gabungan aiskrim dengan nasi ayam goreng kunyit. Boleh tahan lah jugak rasa dia. Harga pun memang berbaloi. Aiskrim harga dia RM2.50, nasi ayam goreng kunyit pula RM7.50. Okay lah kan?! Huhu.
Nahhh, model aiskrim tak berbayar. Haha. Sedap pulak rasa aiskrim ni. Ada taburan kacang dengan biskut oreo. Rasa macam nak tambah lagi satu. Hihihi.
Habis je makan malam, kami pun balik semula ke hotel. Iron lah baju apa yang patut. Tudung semua digosoknya.
Pagi keesokkannya (harini lah kiranya, hoho) alarm jam semua orang berbunyi. Lepas satu alarm, satu lagi berbunyi. Ibarat ada pertandingan jam loceng alarm siapa yang paling kuat. 4.30 pagi pulak tu. Nasib baik Ekin bangun-bangun terus rasa mata segar. Dalam masa yang sama, ibu Ekin pun bangun sekali.
Lepas bersiap mandi, solat semua... Dalam jam 6.30 pagi dah check out hotel sebab nak ada dekat dewan sebelum 7.30 pagi. Sarapan pun makan roti bakar dekat kedai mamak tu je. Lepas tu terus bertolak ke Unisel Bestari Jaya.
Sebelum masuk dewan, kita bergambar lah sekejap dengan si jelita manis ni. Biasanya cuaca pagi ni nice kalau ambil gambar. Hehe.
Dah siap bergambar semua. My sister kena register and my parents dah start masuk dewan. Ekin? Merayau lah sorang sorang dekat sana. Hahaha. Sambil merayau-rayau, pergilah cuci mata tengok bunga nak beli untuk my sister ni.
Ekin beli dua jambak bunga ni untuk my sister. Hihi. Konvo kan sekali sekala, bukan selalu... Time ni lah nak buat ala alaaa "dirimu begitu berharga" gituww.
After belikan bunga, Ekin pun merayau-rayau lah sekejap. Kehulu kehilir sambil bawak bunga-bunga cinta layu di pusara ni. Eh? Sambil-sambil jalan, dengar lah orang-orang yang lalu lalang cakap, "besarnyaaaa". Adui. Ye dik, tahu bunga ni besar. Apa kata adik tolong bawakkan sekali. Kita tak cukup tangan lah nak bawak. Haahaha.
Gambar sekitar majlis istiadat konvokesyen unisel ke-13
Dah habis merayau tu, Ekin pun duduk lah dekat bawah khemah menunggu. Tunggu punya tunggu... Akhirnya keluar jugak my sister dari dewan. Rasa nya dah berlecak tunggu dekat luar ni.
Ekin pun apa lagi. Jadilah photographer tak berbayooorrrr. Seronok pulak bila tengok orang konvo ni. Boleh lah cuci mata sekali. Kehkehkeh.
Nasib baik lah ada gambar berdua dengan my sister. My mom was like, "kin kinn kinnn, cepat lah ambil gambar berdua dengan cikti". "Cium sikit, cium sikit." Ekin pun dengan kaki sakit pakai heels, terenjet enjet berjalan. Rasa dah melecet dah kaki ni. Tu yang entah mana-mana my sister, boleh pulak dia kiss telinga kita. Aduhai.
Selesai sesi bergambar semua, pulangkan jubah semua. Kami pun pulang semula. Apapun, congrats to my sister dah grad. *tepuk tangan sikit