Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Risau kan kalau kulit kita nampak lebih berusia dari umur yang sebenar. Muda-muda lagi orang dah kata kita ni nampak tua. Sedih tau! *sobs sobs Tu belum lagi dengar orang membawang pasal kita. Hohoho. Lagilah perit. *isk isk Disebabkan kulit kita sering terdedah kepada sinaran UV, persekitaran yang tidak bersih... lagi-lagi yang tinggal dekat kawasan bandar, mesti lagi banyak terdedah kepada faktor-faktor yang boleh merosakkan kulit muka jika ianya tidak dijaga dengan betul.

Kita sebagai wanita mestilah akan menitikberatkan penjagaan kulit muka. Betul dak?! Mesti nak sentiasa nampak cantik. Nampak muda. Nak kulit sentiasa nampak sihat, licin, anjal... macam-macam lah. Betul dak?!

Jadi,

Sebagai langkah keselamatan, Ekin akan consume El Marino Yang ni untuk jaga kesihatan kulit muka Ekin secara dalaman. Bila kita jaga kecantikan secara dalaman, barulah kecantikan luaran kita akan lebih terserlah kan?! So, that's why lah Ekin percaya El Marino Yang ni akan membantu Ekin untuk sentiasa nampak lebih muda dan berseri.


El Marino yang ni merupakan minuman botani dengan campuran beri, kolagen, delima dan buah oren merah. Apa yang best mengenai El Marino Yang ni adalah kerana ia mengandungi plant stem cell daripada buah delima yang sememangnya fungsi ia memang bagus untuk kecantikan muka secara dalaman mahupun luaran :)


Ekin akan consume El Marino Yang ni, dua (2) kali sehari. Minum satu sachet setiap pagi dan lagi satu sachet setiap malam. Ekin akan consume El Marino Yang ni setiap hari untuk jaga kecantikan kulit secara dalaman. Lagipun memang senang je nak prepare. Tak perlu susah-susah pun nak bancuh this beauty drink. Ambil je air kosong 75ml, masukkan serbuk El Marino Yang ni, kacau-kacau... papppppp! Terus siap. Sedap pun sedap!

*tips untuk lebih jimat, korang boleh je consume El Marino Yang satu hari sekali untuk dapatkan kesan yang minimum dan make sure minum air kosong banyak-banyak untuk dapatkan kesan lebih efektif tau :)

El Marino Yang ni ada dua jenis saiz yang berbeza iaitu 20 sachet/box dengan 40 sachet/box. Kalau rasa nak nampak lebih muda lama sikit, korang beli je terus yang 40 sachet/box. Kata nak cantik kan?! Beli lah box yang besar terus.


Kenapa pilih El Marino Yang?


Antara salah satu sebab kenapa Ekin pilih El Marino Yang ni adalah kerana main ingredients dia sendiri seperti V-Centa™, Viqua Tannic+®, Red Orange Complex® dan Collactive™. Masing-masing ada peranan tersendiri dalam pembaharuan dan perbaiki sel kulit, meningkatkan hydrasi dan mengurangkan kedutan di wajah. Red Orange Complex® ni juga, kalau korang nak tahu... ia merupakan bahan anti-oksida yang 3x lebih tinggi berbanding buah orange yang biasa.

Selain itu, El Marino Yang ni juga mengandungi 6-1 benefit dalam penjagaan kecantikan kulit muka tau. Antaranya adalah memperbaharui dan melindungi sel kulit, mempertingkatkan penghasilan kolagen, mencerahkan dan melembapkan kulit, dan membantu untuk menganjalkan lagi kulit.



Best kan El Marino Yang ni?! Memang banyak benefit yang kita boleh dapat dengan consume El Marino Yang ni sahaja. Kalau korang berminat dan nak tahu dengan lebih lanjut, korang klik je link website dekat bawah ni tau. Nanti bolehlah kita cantik bersama-sama lepas ni :D #elmarinoyang88

Website : El Marino Yang

Sedar tak? Makin lama kita mendewasa, makin kesuntukan masa yang kita ada. Kalau boleh, semua nak yang ready-to-made, ready-to-wear, ready-to-eat...ready-to-sleep? Ehh. Ready-to-sleep tu dah nak masuk tidur dah. Okay. Dan sampaikan baju pun kalau boleh nak yang semua jenis ironless punya. Tinggal nak pakai je. Betul tak?! Baik mengaku cepat! Jangan risau lah, bukan korang je yang ada pemikiran macam tuh. Ekin pun kalau boleh... sampai makanan pun, nak makan yang instant punya je. Cepat dan pantas. Punyalah takde masa oiii.

Sebab tu, dekat rumah ni memang kena sentiasa ada stok instant spaghetti daripada Master Pasto ni. Banyak sangat kerja yang nak kena buat sampaikan masak pun tak sempat, Ekin buat je instant spaghetti ni. Senang! Hahaha. Jimat sikit masa. kihkih


Ni lah dia instant spaghetti yang Ekin cakap tu. Dia memang ada tiga jenis ni je dan ketiga-tiga ni memang sedaplah kata dia (spaghetti aglio olio with chicken, spaghetti bolognese with chicken, spaghetti mushroom cream sauce). Korang pun memang wajib ada benda alah ni dekat rumah masing-masing. In case kalau ada hari engkorang malas masak ke apa kan... korang buat jelah instant spaghetti ni. 3 minit je terus siap!


Kenapa pilih instant spaghetti Master Pasto?

Ekin memang suka instant spaghetti daripada master pasto ni sebab dia spaghetti. Ehhh. Hahahha.  Memang lah dia spaghetti takkan mee goreng pulakk. Adoo yang nak kena ketokk sat lagi Ekin ni. Disebabkan Ekin memang suka gilerr dengan pasta, that's why lah Ekin memang akan ada kan stok instant spaghetti ni dekat rumah sepanjang waktu. Berbanding dengan mee segera yang lain, Ekin lagi prefer instant spaghetti ni sebab yelahhh, rasa nikmat sikit hidup... takde lah sendu sangat asyik makan mee segera je..hikhuk.

Lagipun, instant spaghetti master pasto ni memang tiada perasa tiruan atau bahan pengawet di dalamnya. Yang penting ada cop halal daripada jakim. Dannn part yang paling best adalah instant spaghetti ni memang dah fully masak and kita hanya perlu panaskan sahaja dan makan! Bukankah itu amat menyenangkan ya ibukk ibukkk sekalian.




Ni Ekin tunjuk contoh apa yang ada dekat dalam setiap box instant spaghetti master pasto. Ada dua paket dalam tu. Satu untuk paket spaghetti dan satu lagi adalah sos dia. So, cara nak masak korang boleh pilih sama ada nak masak atas dapur atau masukkan je dalam microwave selama 3 minit jehh.

Cara nak masak atas dapur - Nanti lepas ni ada pulak yang tanya Ekin macam mana nak masak atas dapur kan. Senang je uols. Korang bukak api dapur tu, ambillah periuk / kuali. Dekat sini korang tak payah pakai minyak pun tau sebab spaghetti tu memang dah berminyak dan sos dia pun memang dah fully masak. Korang just tinggal nak panaskan je. Senang cerita, buka paket spaghetti tu... masukkan spaghetti dalam periuk / kuali. Lepastu, tuang pula sos dia dekat dalam periuk / kuali korang. Kacau-kacau selama 3 minit. Papppppp! Dah siap. Sekejap je.


Taraaaa... hahhh, terpampang dekat screen korang. Ini adalah instant spaghetti aglio olio with chicken daripada master pasto. Haritu balik kerja, lapar sangat. Ekin terus buat instant spaghetti ni. Antara ketiga-tiga instant spaghetti master pasto ni, Ekin paling suka aglio olio with chicken ni sebab dia pedas sikit. Hehehe. Tekak ni memang suka makanan yang pedas-pedas. Tapi, mak Ekin tak berapa nak suka sangat sebab pedas katanya. Mak Ekin memang tak tahan pedas.


Yang ni korang sendiri pun boleh teka kan. Nampak ada cendawan dekat situ mestilah instant spaghetti mushroom cream sauce. Yang ni baru ibu Ekin cakap sedap sikit (sebabnya tak pedas) huhu. Tapi, memang sedap pun! Rasa macam buat satu je tak cukup. Hahaha. Untuk instant spaghetti mushroom ni dia ada rasa ala-ala carbonara sikit (yelahh, nama pun mushroom cream sauce kan). Totally, memang tak rugi pun cuba! I loikeeee.


Instant spaghetti bolognese with chicken! Atas-atas tu ayam tau. Korang jangan pergi ingat sosej pulak. Hahaha. Memang lah sekali pandang nampak sosej. Tapi kalau engkorang pandang dengan mata hati baru nampak chicken dekat situ :p

Untuk yang ni, overall komen Ekin okay je asalkan ada rasa bolognese dekat situ. Tapi, mungkin kalau master pasto ni tambah sikit sos dia bagi berkuah mesti sedap! Nyum nyumm.


Dekat mana nak dapatkan?

Okay. Dah baca entry Ekin ni mesti korang pun rasa macam nak pergi beli dan dapatkan sekarang kan?! Yelah, mana tak nya. Senang gilerr kalau ada instant spaghetti ni dekat rumah engkorang. Lagi-lagi untuk yang dah bekerja nak makan time lunch tu, lagilah boleh jimat masa. Heheh.

So, kalau korang nak dapatkan dan nak tahu lebih lanjut mengenai instant spaghetti daripada master pasto ni, korang boleh klik je link yang Ekin dah sediakan dekat bawah ni. Ekin pun dah ada stok instant spaghetti ni dekat rumah, so korang pun kena lah beli banyak-banyak stok instant spaghetti ni letak dekat rumah :p

Website : Master Pasto
Facebook : Master Pasto
Instagram : @masterpasto


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
  • Cara Tukar Had Pengeluaran Wang di Maybank
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 35
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 1
  • Flower 1
  • Food 15
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 55
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ▼  April (2)
      • Rahsia Nampak Muda dengan El Marino Yang
      • Master Pasto | Panaskan Selama 3 Minit, Instant Sp...
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes