Adakah anda semua sedang tercari-cari produk penjagaan kulit muka daripada sumber asli? Atau, anda sendiri sememangnya meminati produk penjagaan kulit muka daripada sumber semulajadi?
Produk penjagaan kulit muka daripada sumber asli ini juga tidak kurang hebatnya kalau nak dibandingkan dengan produk penjagaan kulit yang ada di drugstores atau toko-toko jamu. Kerana sumber asli ini kaya dengan pelbagai sumber di dalamnya dan ianya sangat bagus untuk dijadikan sebagai satu set penjagaan kulit.
Ingat tak dulu mak-mak kita, hanya menggunakan sumber asli je untuk mengekalkan kecantikan kulit. Cemburu kan?! Jadi, disini ekin nak kongsikan bersama anda semua satu set penjagaan kulit muka secara alami daripada Floherb.
Ini lah dia satu set penjagaan kulit muka daripada Floherb yang ekin nak kenalkan kepada anda semua. Dalam gambar diatas ni telah merangkumi kesemua set penjagaan kulit muka daripada Floherb. Jadi, Floherb ni mempunyai Pegaga Cleansing Facial Sponge, Rose Skin Brightening Toner, Aloe Vera Soothing Toner, Orkid Skin Refining Toner, Argan Serum dan Tone Up Cream.
Set penjagaan kulit muka daripada Floherb ini akan didatangkan bersama pouch kecil yang sangat comel. Dan untuk pengetahuan anda, Floherb skincare ni sesuai dibawa kemana-mana sahaja kerana produk ini adalah dalam travel size.
Bagi anda yang mahu pertama kali untuk mencuba produk penjagaan kulit muka daripada Floherb. Anda jangan risau. Kerana Floherb skincare mempunyai trial set bagi mereka yang baru pertama kali ingin mencuba.
Ini adalah set premium daripada Floherb. Set premium ini mengandungi Cleansing Facial Sponge (50ml), Toner (50ml), Argan Serum (15ml) dan Tone Up Cream (10gm). Harga untuk set premium ini pula adalah RM80 untuk semenanjung dan RM90 untuk sabah sarawak.
Produk penjagaan kulit muka daripada Floherb ini mempunyai 3 jenis toner untuk anda pilih mengikut kesesuaian jenis kulit muka.
Rose Skin Brightening Toner - Normal Skin
Aloe Vera Soothing Toner - Sensitive Skin
Orkid Skin Refining Toner - Acne Skin
Setiap satu produk ini mempunyai fungsi mereka tersendiri dalam penjagaan kulit muka. Seperti pegaga yang kaya dengan amino acid dan mengandungi anti penuaan yang kuat, aloe vera yang berkesan bagi melegakan kulit sensitif, orkid yang mengandungi zat-zat kalsium dan mampu mengurangkan kedutan kulit, rose dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit dan argan yang sering digunakan sebagai pelembap kulit.
Tahukah anda? Dengan setiap pembelian premium set Floherb ni, anda akan dapat sabun homemade ni tau. Untung kan?!
Ok. Sekarang, mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana tekstur skincare Floherb ni kan?
Tekstur?
Pegaga Cleansing Facial Sponge - Kalau dari dalam botol cleanser ni, dia nampak macam tekstur sponge tau. Bila picit keluar, rupanya macam cleanser biasa je. Unik! Paling penting, tekstur dia ni macam ada biji-biji. Boleh guna sebagai scrub sekaligus. Sambil cuci muka, sambil scrub. Boommm!
Toner - Dia takde tekstur ke apa. Cuma toner dia ni jenis watery. Tapi best dia, tak melekit langsung dekat kulit. Rasa segar dan paling penting kulit muka kita glowing.
Argan Serum - Tekstur dia ni jenis milky oil. Serum ni jenis oil tau, sebab tu nama sebenar dia adalah organic moroccan argan oil. Nama omputeh uols!
Tone Up Cream - Teksur jenis liquid. Satu tona ni, sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit jadi lebih cerah pinkish-pinkish gituh. Best pakai!
Ingredients
Bawah ni, ekin akan list kan ingredients untuk setiap produk skincare Floherb. Sekarang kan zaman dah canggih. So, anda boleh lah check ingredients ni sama ada sesuai atau tidak dengan jenis kulit muka anda.
Pegaga Cleansing Facial Sponge
Aqua, Caprylic/Capric Triglyceride, Cetearyl Alcohol, Biosaccharide gum-, Glycerin, Glyceryl Stearate, Ethylhexyl Stearate, Hamamelis Virginiana Water, Cocamudo-propyl Betaine, Hydrogenated Caster Pil, Centella Asiatica Extract, Hydroxypropyl Starch Phosphate, Ceteareth-20, DMDM Hydantoin, Ceteareth-12, Cetly Palmitate, Centrimonium Bromide, Fragrance, Lodopropynyl Butylcarbamate, Cl 19140, Cl 42090
Rose Skin Brightening Toner
Aqua, Sodium PCA, Hamamelis Virginiana Water, Glycerin, Betaine, Sodium Citrate, Citric Acid, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, PEG-40 Hydrogenated Castor Pil, Sodium Benzoate, Ethylhexylglycerin, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Cl 14720
Aloe Vera Soothing Toner
Aqua, Glycereth-26, Glycerin, Trehalose, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Sodium Citrate, Aloe Barbadensis Leaf, Dipropylene Glycol, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Dipotassium Glycyrrhizate, Cl 61570
Orkid Skin Refining Toner
Aqua, Hamamelis Virgiana Water, Glycerin, Glycolic Acid, Jojoba Wax PEG-120 Esters, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Sodium Benzoate, Allantoin, Ethylhexylglycerin, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Cl 42090, Cl 14720
Argan Serum
Aqua, Niacinamide, Butylene Glycol, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, C15-19 Alkane, Cyclopentasiloxane, Isododecane, Caprylyl Methicone, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Ammonium Acryloyldimenthyltauraye/VP Copolymer, Trehalose, 3-0-Ethyl Ascorbic Acid, Dipropylene Glycol, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Argania Spinosa Callus Culture Extract, Arbutin, Citric Acid, Sodium Sulfite, Acetyl Tyrosine, Saxifraga Sarmentosa Extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Aminopropyl Ascorbyl Phosphate, Scutellaria Baicalensus Root Extract, Gluthathione, Isomalt, Lecithin, Sodium Benzoate
Tone Up Cream
Aqua, Glycerin, Aminomethyl Propanediol, C15-19 Alkane, C12-15 Alkyl Benzoate, Cyclopentasiloxane, Caprylyl Methicone, Sodium PCA, Betaine, Titanium Dioxide, Sodium PCA, Urea, Ethyhexyl Methoxycinnamate, Butyl Methoxydibenzolymethane, Octocrylene, Butylene Glycol, Cettl PEG/PPG-10/1Dimenthicone, DMDM Hydantoin, Trehalose, Polyquartenium-51, Fragrance, Cl 77429, Sodium Chloride, Phospholipids, Aluminum Hydroxide, Triacetin, Sodium Hyaluronate, Cl 77491, Hydrogen Dimethicone, Lodopropynyl Butylcarbamate, Phrnoxyethanol
Ok, punyalah banyak ingredients dia. Bersungguh betul ekin menaip tau. So, anda semua jangan lupa periksa dulu ingredients dia untuk pastikan produk ini sesuai dengan kulit muka. Dekat mana nak periksa? Anda boleh pergi sahaja ke website CosDNA atau SkinCarisma untuk periksa.
Produk penjagaan kulit muka Floherb ini telah mendapat kelulusan daripada KKM dan mempunyai NOT tersendiri. Produk ini juga tidak mengandungi barangan terlarang dan 100% selamat digunakan.
Cara Penggunaan Skincare Floherb
Kegunaan Siang
1. Bersihkan wajah dengan PEGAGA CLEANSING FACIAL SPONGE, urut perlahan dan bilas bersih.
2. Gunakan TONER untuk menutup liang pori dan mengimbangi pH kulit di muka.
3. Titik sedikit ARGAN+ SERUM di wajah untuk mengingkatkan sintesis kolagen.
4. Sapukan TONE UP CREAM dengan sekata bagi memberi perlindungan sinar UV matahari dan menyerlahkan kuit agar lebih tampak bercahaya dan tegang.
Kegunaan Malam
1. Bersihkan wajah dengan PEGAGA CLEANSING FACIAL SPONGE, urut perlahan dan bilas bersih.
2. Gunakan TONER untuk menutup liang pori dan mengimbangi pH kulit di muka.
3. Titik sedikit ARGAN+ SERUM di permukaan wajah untuk meningkatkan sintesis kolagen dan memberi keserapan semasa tidur.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut lagi. Anda boleh klik sahaja ke website Floherb di bawah ini.
atau
Facebook: Floherb
Bawah ni pula, anda boleh lihat video review ekin dan hasil penggunaan setelah ekin mencuba skincare daripada Floherb ni.
8 comments
macam nak try toner dia :)
ReplyDeletecubalah.. best! tak rasa melekit langsung
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice sharing! jalan sini <3 https://messarah.blogspot.com/2019/08/my-favorite-sendu-song-all-time-and-why.html
ReplyDeletebisa jadi rekomendasi kado nih hehe keren
ReplyDeletemacam best jer...nk cari nanti laa
ReplyDeletesemua best! paling suka tone up cream dia... jadi pinkish cenggitu
DeleteWah.. dari pegaga.. orkid.. menarik..
ReplyDelete