Hello beauty readers ekin semuanya :)
Entry ni ekin nak update Watsons & Sasa Beauty Haul. Acewahh, feeling youtubers gituh. Padahal, nak update dekat blog je ni. Entry ekin yang lepas kan, ekin ada cerita dekat korang yang ekin keluar berjalan dengan adik ekin yang craving Xing Fu Tang tu (siapa yang tak baca lagi, boleh klik link dekat bawah oki). So, dah alang-alang keluar tu... ekin pun grab lah beberapa items dekat Watsons sementara ada sales tu. Huhuuuu. Bijak tak ekin?
First Time Try Xing Fu Tang Brown Sugar Boba Milk
First item yang ekin grab adalah Biore UV Perfect Milk ni. Beli dekat Watsons dengan harga sales RM16.20. Berbaloi okahh. Siap dapat free makeup remover dia lagi.
Orait, anyway entry ni bukan ekin suka-suka update syok sendiri tau. Mana lah tahu, entry ni pun berguna untuk korang yang sukakan barang kecantikan jugak. Kot kottt la kan. Hehehee. Korang boleh lah refer dekat sini... sebab ekin akan update harga sekali dengan honest review ekin.
Ok. Lets get start!
Mula-mula, mestilah kena tunjuk gambar segala barang yang ekin grab kan. Takde lah banyak mana tapi ada lah beberapa ketul tu. Hahaha. Anyway, mostly barang yang ekin grab kebanyakannya daripada Watsons lah eh. Sebab apa? Sebab ada sales. Hikhok.
Watsons | Biore UV Perfect Milk | RM16.20 |
Actually, dah lama ekin nak try sunscreen Biore botol warna kuning mustard ni tau. Sebab dengar ramai cakap okay. Dannnnn... memang betul lah kata mereka tu. Memang ok sangat sangattt sangatttttt!
Kalau korang nak tahu, kulit muka ekin ni memang sensitif tau dengan sunscreen. Tiap kali pakai, mesti akan naik jerawat. Tapi, amazingly... Biore UV Perfect Milk ni tak trigger kulit muka sensitif ekin ni tau. Pakai pun tak rasa berminyak ke apa. Ringan je dekat muka. Takde pulak jerawat nak muncul ke apa. Dan kalau ada white-cast pun, memang tak nampak sangat. Memang recommended sangat! For those yang tengah cari sunscreen tu, korang boleh try yang ni.
Watsons | Alia No Sebum Mineral Powder | RM15.92 |
Next item yang ekin grab adalah Alia No Sebum Mineral Powder. Ekin beli dekat Watsons dengan harga sales RM15.92 uolss. Bedak kecik tapak tangan ni pun dah harga cenggini wokeh. Yang paling penting dia no-sebum punya bedak. Hohoo.
Tujuan asal beli ni sebab before this ekin pakai bedak baby Johnson tu tau. Bila pakai bedak baby Johnson tu, mesti akan jadi extra putih tau. Rasa macam fake pulak. Ohoks ohoksss. Kadang-kadang rasa putih, kadang-kadang rasa kelabu. Ekin pun confuse. Tu yang nak beli bedak colourless no sebum mineral powder ni. Eh.. colourless ke?
Ekin dah try dah pun. Rupanya, sama je dengan hasil pakai bedak baby Johnson tu. Beza dia cuma Alia No Sebum Mineral Powder ni hasil dia lagi smooth berbanding bedak baby tu.
Watsons | Rexona Advance Whitening Fresh Rose | RM15.40 |
Ehhh... tiba-tiba sesat deodorant dekat sini dah kenapa?
Okay, apa-apapun. Ekin beli Rexona Advance Whitening Fresh Rose ni sebab deodorant lama ekin dah habis. So, kita belilah yang baru pulek. Yang ni sama jugak. Beli dekat Watsons dengan harga RM15.40.
Jangan main-main tau.. budget untuk wangikan ketiak je dah belasan henggettt. Belum skincare lagi tuh.
Watsons | Pixy Make It Glow Dewy Cushion | RM46.66 |
Next item yang ekin grab adalah Pixy Make It Glow Dewy Cushion. Beli dekat Watsons jugak dengan harga RM46.66. Ohhh ya... Ekin ambil code 201 untuk natural. Dia ada 3 code tau. Light, natural, beige. Entah betul.. entah tidak. Tapi, korang faham-faham jelah eh. Hehehe.
Tujuan beli ni sebab nak ada satu cushion sebab rasa leceh bila pakai foundation/bb cream yang dalam botol/tube tu. Benda pulak semua nak rushing je kerja dia. Kita yang nak bermake-up ni pun, tak tenteram hidup. Hohohoo. So, nak tak nak.. belilah satu cushion ni. On-the-go je uols.
Dah beli cushion ni, happy lah kan.. sebab akhirnya aku miliki bb cushion jugak.
Sampai je dekat rumah, tepek tepekk dekat muka... hmmm tak sukanya. Colour dia buat muka ekin nampak gelap + kusam. Rip my money! And then sebab kulit ekin jenis combination, rasa macam tak sesuai pulak sebab tekstur dia jenis dewy. Nampak lagi berminyak muka aku nih.
Watsons | Hada Labo AHA BHA (Exfoliate) | RM25.13 |
My favourite cleanser, Hada Labo AHA + BHA Facial Wash (Exfoliate). Beli sebab dah habis. Yang ni sama jugak. Ekin beli dekat Watsons, harga RM25.13. Mahaiii nohhh.
Cleanser ni best sebab kulit muka licin plus dah tak kusam dah. Tapi, kalau pakai cleanser ni... skincare routine kena ada sebab function cleanser ni kan dia exfoliate kulit kita. So, hydration dengan moisturizer kena jaga. Kalau tak, kulit kering nanti.
Sasa | The Creamy Mattes by coloursensational | RM27.90 |
Last but not least, ekin beli lipstick ni dekat Sasa. Hahaha. Masuk Sasa semata-mata nak beli lipstick ni je sebab dekat Watsons dah habis stock. The Creamy Mattes by coloursensational ni ekin beli harga dia RM27.90. Code warna 685 craving coral.
Beli sebab colour dia cantik. Colour dia jenis merah oren orenn macam tu. Hahh, korang faham-faham kan jelah.
Okayyyy..
Itu sahaja Watsons & Sasa Beauty Haul ekin untuk kali ni. So far semua barang yang ekin beli, semua ekin puas hati. Kecuali yang Pixy Dewy Cuhsion tu. Tak suka sebab code colour dia tak kena dengan kulit dan tekstur dia buat kulit nampak lagi berminyak.
Hahh, korang suka tak ekin buat entry beauty haul macam ni? Kalau korang suka... ekin boleh update beauty haul untuk yang seterus-seterusnya. Apapun, thanks for reading!
~
Follow me on social media:
Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee
Ohhh ya. Kalau korang komen di bawah, jangan lupa untuk TICK BOX NOTIFY ME supaya korang terima notification email bila ekin reply dekat komen korang okay :)