Semalam adik ekin ajak keluar sebab nak beli bubble tea katanya. Dah craving lama kata adik ekin lagi. Alaaaa, kesiannya. Ekin pun... kalau dah adik craving nih, kita turut craving sekali. Kahkahkah.
Kebetulan pulak, ekin memang banyak benda yang nak dibeli. Dah alang-alang tu, bolehlah keluar berjalan-jalan kejap... setelah sekian lama tak keluar. Asyik duduk terperap dekat rumah jeh.
Destinasi pertama, kita singgah Aeon Bukit Tinggi, Klang terlebih dahulu. Pergi sana naik Grab je sebab transport takdok. Huhuuu. Sampai-sampai je, perut tengah lapar. Keluar dari rumah tadi memang tak makan apa. So, kita penuhkan perut terlebih dahulu. Hihii.
Bab makan memang paling payah gilerr nak buat keputusan kan. Setuju tak?!
Kitaorang punyalah pusing berjalan dari ground floor sampai first floor, fikir tak tahu nak makan apa. Hahahaa. Penyakit keturunan ke ni? Last-last, masuk jelah dekat Old Town tempat kitaorang selalu makan tiap kali datang Aeon Bukit Tinggi ni. Senang! Hahhaa.
Dah selesai makan semua, bermulalah misi mencari barang-barang ekin yang dah lama nak beli ni. Barang pulak memang ada dekat Watsons. Memang berterbangan lah duit-duit ekin. Tsk tskkk... Takpelah, janji beli. Kalau tak beli nanti, lagi lah menyesal.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk misi pencarian seterusnya... Iaitu bubble tea.
Xing Fu Tang | Brown Sugar Boba Milk (RM12.50) |
Selalu kalau craving bubble tea ni, memang kitaorang akan beli Tealive je. Sebab mostly, Tealive kan ada dalam shopping mall. Ni... dah alang-alang Aeon Bukit Tinggi dekat dengan oulet Xing Fu Tang dekat The Landmark, Klang. Jalan kaki sekejap je dah sampai... Boleh lah try Xing Fu Tang pulak. Tengok brown sugar dia ni memang mengancam. Hikhuk.
Harga dia boleh tahan jugak. Satu ni je RM12.50. Yang ekin beli dalam gambar ni, nama dia Brown Sugar Boba Milk. Not bad lah jugak! Sedap pun sedap. Bukan setakat air dia je habis. Bubble dia pun habis ekin kerjakan. Berhimpun lah korang dalam perut ekin nih.
Recommend ke tidak? Yup! Ekin memang recommend air ni dekat korang. Cuma tulah. Kalau beli hari-hari, mahu bankrupt nanti. Nak menunggu turn lagi. Nasib lah beli haritu tak ramai mana. Sebab outlet Xing Fu Tang dekat The Landmark ni kan baru lagi. So, tak ramai lagi yang tahu.
Next, kita try bubble tea yang lain pulak ok.
~
Follow me:
Instagram : @asyiqinroslee
Twitter : @asyiqinroslee
Facebook : @asyiqinlee
Youtube : Asyiqin Roslee
Oppps, lupa nak bagitahu korang.
Kalau korang komen dekat bawah, jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME tau. So, kalau ekin reply balik dekat komen korang... korang akan dapat notification. Oraits, itu sahaja. Apapun, thank you for reading!
7 comments
busyra belum pernah try lagi.. teringin jgk ni.. hehe
ReplyDeletesekali sekala bolehlah belanja diri sendiri..hehe
ReplyDeletekita tak rasa lagi. segala yg trending skrg belum berkesempatan nak rasa. sebab selalu dtg time tu ramai beratur. memang cancel lah hasrat nie. hehehe
ReplyDelete12.50?? Allahuu.. nanti dapat gaji kut baru buleh try hahaha XD
ReplyDeleteSebab kena beratur panjang, mmg mls nk try
ReplyDeleteuihhhh, kena try ni sekali seumur hidup.. pesan je dekat orang lain suruh belikan.. hohohoho
Deletenak beli air ni kene hadap beratur tu yang tak tahan. haha
ReplyDelete