Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Hello peeps... So, last night... Me and my friends went out pergi ke sana ke mari. Niatnya nak keluar berjalan untuk release kan tension, stress and so on dek selama 14 minggu asyik menghadap projek and assignments yang perlu disiapkan. Tu yang semalam, rasa macam free sikit... Kitaorang pun decide nak keluar :)


First thing first, mestilah keluar cari makanan nak isi perut ni. Hampir seharian jugaklah perut ni merengek bunyi minta isikan sesuatu. Korang pernah dengar tak? Eh? Hehehe. 

Kalau bab cari tempat nak makan ni, boleh dalam sejam jugak lah nak decide makan dekat mana. Korang pun mesti sama je kan?! Kenapa eh? Hahaha. Kadang-kadang Ekin pun terfikir jugak. Apa lah susah sangat nak cari tempat makan nih. Boleh bawa kekusutan dalam kepala ni.

Fikir punya fikir... Kalau tanya Ekin, memang ke Old Town lah Ekin akan pergi. Favourite Ekin memang dekat sana je. Ekin pulak memang dah lama mengidam nak makan Asam Laksa Old Town tu. Tambah pulak dengan air Chocolate yang Ekin suka tu. Sedapnya! 


Sampai pun dekat Old Town. Sambil tunggu pesanan order, kitaorang pun bergambar lah bertiga dulu :)

Masa order tu, boleh pulak tersilap tulis nama menu. Terus orang tu kata, "dik.. TFF ni apa ye? Setahu saya TFF ni macam bola bla bla bla....". Masatu baru tersedar yang Ekin salah tulis. Padahal, yakin dah ni tulis semua dah betul. Tinggal nak bagi dekat waiter tu je. Ekin pun jawab lah, "Ohhh sorry sorry... TF7 sebenarnya. Salah tulis pulak. Macam mana lah boleh tertulis TFF. Almaklumlah, lapar sangat ni". Hahaha. Lawak betul time tu. Masing-masing gelak. Buat malu je. *tutup muka


Habis pun makan :) Agak-agak pass tak untuk buat review makanan? Semua sedap-sedap nih. Patut nya Old Town kena sponsor kitaorang makan dekat sana. Hehehe. 

Selesai makan, pergi solat dulu.


Sambil tunggu cik nab kita, lelap kan lah mata ni kejap dekat ruang menunggu ni. Tak tahu lah kenapa, tiap kali keluar berjalan mesti rasa mengantuk je nak tidur. Hahha. Macam mana lah nak bawak berjalan nih. 

Cik nab pun dah selesai solat. Kitaorang pun berjalan-jalan lah sekejap dalam shopping complex beli apa yang patut sebelum pergi ke next destination. Dah alang-alang keluar, beli lah segala barang keperluan apa yang perlu. Stok makanan dekat bilik pun dah habis. Hehe. 


Dah beli barang keperluan apa yang patut. Next, kita gerak ke destinasi pilihan seterusnya iaitu...... drum drum drum *bunyi drum


Taraaaa... i-City here we go! 

Cantiknya cahaya malam ni.... <3 Cantikkan?! Cantik takkk?! 

So, malam tadi kitaorang spent time dekat sini. Jalan-jalan tengok lampu. Tengok orang main game. Tengok orang berjalan. Tengok orang tangkap gambar. Tengok je uols. Tengok je.. Hahha. Gurau-gurau..

Tujuan nak pergi i-City ni sebab nak bergambar je. Hoho. Dan dalam masa yang sama memang nak bawa cik nab ni. Sebab katanya tak pernah lagi pergi i-City. So, kita pun merelisasikan impian cik nab. Woww. Kitaorang merelisasikan impian orang. Boleh buat rancangan tv gitchew. 


Cik nab in the i-City uolssss! Awal-awal kena lah ambil mood dulu bergambar bersama-sama kan?! 


Lampu dia ni lawa sangat! Rasa macam ada dekat ladang bunga gergasi yang besar dalam cerita fairy tale je. Hahaha. Berangan jap masa ni. 


Berjalan-jalan keliling i-City sambil perhatikan orang. Hehehe. Seronok betul tengok orang bergambar ramai-ramai. Ada family lah. Kawan-kawan... Ni, actually dekat kawasan belah-belah sana memang ramai giler orang. Ekin suka pergi tempat yang tak berapa crowded sangat sebab senang nak bergambar. 


Indahnya kalau ada camera dslr ni. Ada yang nak bagi pinjam tak? Ekin sanggup datang i-City balik semata-mata nak bergambar. Hohoho. Lampu ni actually lagi cantik tau kalau tengok depan-depan. Rasa macam nak ambil satu pokok ni, letak dalam bilik. Senang!

Next, kita berjalan-jalan tengok orang main game pulak. 




Ekin tengok orang main ni pun dah naik seram. Dorang ni tak takut ke? Hukhuk. Malam tadi rasa nak main jugak. Tapi dia punya seram tu sampai naik bulu roma. Terus tak jadi main. Next time, kalau datang lagi mungkin I'll challenge myself kot nak naik benda alah ni. Fuihhh. 



Bumper car ni hampir je decide nak main. Tapi disebabkan kaki Ekin melecet, terus batal niat nak main. Sobs sobs. Mampu tengok je lah. Best jugak nih main langgar langgar orang. Mana tahu terlanggar jodoh dekat sini :p


Dekat i-City ni pun ada snowalk ni. Tapi, Ekin tak berkesempatan nak masuk lagi. Kawan Ekin kata kalau masuk malam macam membazir sebab dia untuk satu hari. So, kalau datang siang. Berbaloi lah sikit fees dia tu. Boleh main lama-lama dalam tu sampai bertukar jadi olaf. 



Merayau-rayau sampai kesini. Mula lah rasa macam nak beli macam-macam ni.



Setibanya di House of Horror, terus meremang sebab dia punya sound menakutkan tu boleh dengar kalau lalu depan tempat ni. Rasa nak masuk tu ada, tapi disebabkan malam.. tu tak jadi. Hehehe.. Ada je alasan kan!


6D motion adventure. Ni lah game yang paling adventure kitaorang main malam tadi. Hahaha. Untuk 6D motion adventure ni, fee dia RM10 untuk seorang. Korang boleh pilih nak jenis adventure macam mana. Kalau tak silap Ekin, kitaorang pilih nature roller coaster something like that kot. Actually, ada je yang ghost macam tu. So, the choise is yours gitchewww.


Sporting pulak abang ni tolong ambil kan gambar kitaorang. Kerusi punyalah banyak, yang masuknya 3 orang je. Kohkohkoh. Patut ajak satu kampung je tadi. 

Masa main benda alah ni, kitaorang menjerit-jerit. Lebih-lebih lagi cik nab ni hahh. Excited punya pasal tergolek sana, tergolek sini. Naik roller coaster uols. Ekin dari awal sampai kesudah tergelak terbahak-bahak sebab dengar cik nab menjerit. Hohoho. Soryy nab. I kenott tahan. Dengar cik nab menjerit, Ekin pun ikutlah menjerit sekali. Hahaha. Overall, memang best lah naik 6D motion adventure ni. Boleh terhibur bawak cik nab naik benda alah ni. 

Selesai berjalan semua sampai kaki melecet, kitaorang pun pulang lah ke pangkal masing-masing. Balik lewat sangat nanti tak manis kata orang :)

Ciknab pun happy dah dapat pergi i-City! 





Harini baru sempat nak update blog sebab semalam hampir seharian lah jugak Ekin topup balik tidur... Orang lain seronok berjalan-jalan while me... I choose to sleep.  Padahal, jauh di sudut hati... Ku ingin berjalan jalannnn. Kihkih.

Setelah berjaga setiap malam nak siapkan project IDP ni. Rasa macam betul-betul lega bila presentation ni dah lepas. Perasaan dia tu, ibarat dah habis grad dahh.


Integrated Design Project (IDP) ni adalah satu subjek dimana semua student (semester akhir) civil engineering UiTM Shah Alam harus register/ambil sebelum menamatkan pengajian ijazah sarjana muda. So, untuk IDP ni dia adalah per grouping dan dalam satu group at least kena ada 4 atau 5 orang. Lebih daripada ni adalah tidak dibenarkan. *i rasa lah, sebab haritu ada satu group ni kena pecah sebab member lebih sorang gituww 

Untuk semester ni, kami diberi tugasan untuk design hospital 10 tingkat, termasuk dengan infrastructure works sekali. 10 tingkat tau. S E P U L U H T I N G K A T ! Dan H O S P I T A L pulak tuh. Terkejut makkkk.. Kehkehkeh. 



So, inilah di hasil kerja team members TESSA Consult selama 14 minggu.

Projek juta-juta tau ni. Sesiapa yang nak ambil kami bekerja... Boleh lah segera hubungi kami. Kachinggg...


Daripada architectural drawing, convert kepada structural drawing. Import pulak segala details dalam Esteem software. Kira lagi untuk manual calculation... Superstructure design, substructure design, infrastructure design, project management. Pergi pula kepada taking off, bill of quantities, financial, microsoft project dan lain-lain... Semuanyaaaaa kami buat within the time given (14 weeks) Nak kata penat, memang penat. Rasa macam nak give up tu pun ada. Tapi bak kata orang, perjuangan kena lah diteruskan. Hoho.

Semalam adalah pengakhiran bagi segala kepenatan projek 17juta. Nak presentation pun masih berdegup-degup jantung ni. Mana tak nya. Supposedly, duration untuk presentation ni 75minutes. Selalunya buat presentation pun tak sampai 5 minute. Haha. Hahh, menangis lah nak present apa depan panel. Kihkih. But, Alhamdulillah... our presentation went well semalam :))


This photo was taken after the presentation and it's an honoured to be evaluated by our industrial panel, Ir Arulananthan.


We-fie together with our industrial panel.

Habis je presentation. Tak sah lah kan, kalau tak ambil gambar dengan team members.


Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ni memang tempat favourite semua orang :) Termasuklah kitaorang ni. Thank you for this nice place and why ahh everyone soooo serious :p


Pat pattt on my head. Good job everyone. Selesai sudah our project for hospital 10 tingkat together with infrastructure works. Lepas ni dah boleh fokus untuk benda lain pulak :D

Appreciation post to TESSA team members:
Thank you for all of your effort and hard work that you have done. I've might forgot to say this but you did a good job! All of us did a good job!

Adakah anda suka shopping online dari site luar negara? Selalu dikenakan charge penghantaran yang mahal apabila shipping ke Malaysia? Suka shopping online di berlainan site dari luar negara tetapi tidak mahu dikenakan charge penghantaran yang mahal?

Jangan risau!

Dengan adanya BuyandShip Malaysia, anda boleh shopping dari site luar negara tanpa perlu risau memikirkan charge penghantaran yang mahal apabila shipping ke Malaysia. BuyandShip merupakan gudang terbesar one stop centre untuk mengumpulkan barang-barang anda dari luar negara sebelum penghantaran ke rumah anda dibuat dengan kadar harga yang PALING RENDAH!

Charge penghantaran dengan penggunaan servis BuyandShip Malaysia hanya serendah RM15/lb sahaja. Terdapat 6 gudang operasi sendiri dan gudang khusus BuyandShip di seluruh negara yang bertempat di Porland (Amerika), Chiba (Jepun), Portsmouth (United Kingdom), Seoul (South Korea), Dongguan (China) dan Taipei (Taiwan) closed. Anda boleh menggunakan alamat penghantaran gudang-gudang yang dinyatakan untuk membuat penghantaran melalui luar negara.




Jadi... 


Apakah kelebihan menggunakan BuyandShip ni?


1. Lokasi gudang BuyandShip yang terletak di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Taiwan. Penghantaran keluar harian untuk memastikan setiap hantaran akan dihantar ke setiap pelanggan dalam masa 5-10 hari.

2. Untuk mengoptimumkan kualiti servis dan kepuasan pelanggan, BuyandShip telah memantapkan gudang khusus dan gudang operasi sendiri untuk memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah efisyen dan teguh.

3. Bagi memudahkan pelanggan BuyandShip, bayaran boleh dibuat secara kad kredit, Visa, Mastercard dan American Express.

4. Penghantaran terus dibuat ke pintu rumah pelanggan. BuyandShip menyediakan perkhidmatan penghantaran yang tepat dan dipercayai ke semua pelusuk Malaysia.

5. Hantaran boleh disimpan di pusat pengagihan BuyandShip yang terletak di Hong Kong selama 30 hari. Ini membolehkan pelanggan untuk membeli produk dari kedai online dari negara yang berbeza-beza dan memudahkan pelanggan menerima kesemua penghantaran dalam satu bungkusan.

6. Pengguna BuyandShip boleh mengesan status hantaran yang terbaru dari laman sesawang BuyandShip pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja. Status terbaru juga akan dihantar melalui emel untuk memberitahu pelanggan status terkini barang hantaran.

7. Sistem penyulitan yang selamat. Sistem BuyandShip menggunakan penyulitan selamat SSL untuk melindungi maklumat sulit pelanggan dari didedahkan.

Gudang BuyandShip Operasi Sendiri di Portland, Amerika Syarikat

Gudang BuyandShip Operasi Sendiri di Chiba, Jepun

Senangkan guna perkhidmatan BuyandShip ni?! Selain kita dapat menerima barang dalam satu bungkusan, charge penghantarannya pun murah. Ramai juga kaki shopping online ni suka gunakan servis BuyandShip. Yelah, kadang-kadang nak shopping dalam Malaysia ni pilihan dia sikit sangat. Tu yang ada sampai shopping ke luar negara. Kalau bertuah, dapatlah harga yang rendah berbanding beli disini.

Mungkin ada diantara anda yang tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan BuyandShip ni. Jom kita lihat tutorial daripada BuyandShip ni.


Bagaimana BuyandShip berfungsi?

Sebelum memulakan apa-apa... Sebagai langkah pertama, anda haruslah mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip. [KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR]


Seterusnya, anda boleh mula untuk bershopping! Semasa semak keluar ataupun checkout, anda perlu mengisi alamat gudang luar negara BuyandShip, nama penuh dan ID keahlian dalam maklumat penghantaran anda.


Apabila anda menerima nombor jejakkan barang anda atau dikenali sebagai tracking number, anda perlu memasukkannya ke dalam website BuyandShip untuk memastikan barang tersebut kepunyaan anda. Dan anda perlu isytiharkan (declare), masukkan maklumat tracking number barang anda sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip. Kegagalan untuk declare bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan anda ke gudang Hong Kong (gudang pengagihan).


Hantaran anda akan dihantar ke gudang Hong Kong (gudang pengagihan) sebelum dihantar ke Malaysia. Anda akan menerima satu pesanan melalui emel yang memaklumkan barang anda sampai di gudang pengagihan. Anda boleh memilih kaedah pembayaran untuk caj penghantaran sama ada melalui mata ganjaran BuyandShip / kad kredit atau debit. Caj penghantaran haruslah dilangsaikan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan di Hong Kong. Jika gagal berbuat sedemikian, hantaran anda tidak akan dihantar.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana BuyandShip ini berfungsi, anda boleh klik pautan di bawah ini:

KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT

Berikut adalah tarikh penghantaran BuyandShip. Tarikh penghantaran ini adalah seperti berikut mengikut waktu Malaysia:

* Gudang US
5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu

* Gudang UK
2 kali seminggu, setiap Selasa hingga Jumaat

* Gudang Japan
5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu

* Gudang Korea
5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat

Lepasni, senanglah anda semua ingin shopping online di luar negara. Caj penghantaran serendah RM15/lb sahaja yang akan dikenakan untuk pelanggan semua. Shopping banyak-banyak dan hantarkan sahaja ke gudang pilihan BuyandShip anda. Dan mereka akan menyatukan bungkusan anda semua di dalam satu bungkusan sebelum ianya dihantar sehingga depan pintu rumah pelanggan. Jangan lupa untuk like facebook page BuyandShip.

WEBSITE
https://www.buyandship.com.my/ms/

FACEBOOK PAGE
BuyandShip Malaysia


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2018 (53)
    • ▼  December (3)
      • Last Night Gateaway at i-City Shah Alam
      • Integrated Design Project Presentation, Done
      • Servis Penghantaran Online dari Luar Negara | Buya...
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes