Sesiapa yang follow social media Ekin, mesti korang tahu yang Ekin ada post mengenai Sneapy "Talking Gift Card" ni. Talking gift card ni lebih daripada sekeping kad tau. Korang boleh customize gift card ni kepada sesuatu yang lebih indah, gituewww. Macam mana nak customize gift card ni menjadi sesuatu yang lebih indah ? Hahhh, korang kenalah baca entry Ekin ni sampai habis tau. Jangan tak baca pulak :P
Okay,
Entry ni sangatlah sesuai untuk korang yang suka bagi surprise dekat someone special. Atau mungkin korang dalam proses nak pujuk boy/girlfriend korang ke. Atau mungkin korang nak bagi ucapan khas untuk kawan-kawan atau keluarga korang sendiri. Pendek cerita, memang sesuai untuk semua orang lah! Hohoho.
Taraaaaa... Ini lah dia rupa talking gift card from Sneapy ni. Kalau korang perasan, dekat gift card ni ada QR code tau. So, dengan QR code ni lah korang akan scan dan korang akan dibawa ke satu laman dimana korang kena masukkan ucapan dalam bentuk text / video / audio untuk seseorang yang korang nak tujukan tu. Confirm orang tu akan rasa terharu plus akan senyum-senyum sipi di bawah pohon sena gitchew. Eh? Hehee.
Kita close-up sikit lah front and back Sneapy talking gift card ni. QR code tu I terpaksa tutup, hehehe. Kang ada pulak orang scan I punya QR code. Nangis I nanti. Huhuhu.
Alright, kita sambung balik,
Untuk korang yang nak tahu macam mana fungsi Sneapy Talking Gift Card ni, korang boleh tengok video dekat bawah ni tau :) Memang senang, mudah dan merupakan satu experience baru lah bagi Ekin bila guna gift card ni. Bestnya lah kalau crush I yang bagi gift card ni dekat I. Hukhuk *batuk depan tangga
Kalau korang tak dapat tengok video dekat atas ni, korang boleh tengok video yang Ekin post dekat instagram ya :) Nak mudah dan senang, KLIK JE SINI
Dah tengok video tutorial Ekin macam mana nak guna Sneapy talking gift card ni?
Senang je kan?! Korang hanya perlu SCAN, RECORD, masukkan PASSCODE dan ACTIVATE. Mudah je. Lepastu, tinggal nak bagi dekat someone special je. Ekin pun dah try, memang best! Hihi.
Macam Mana Nak Guna Talking Gift Card?
mula-mula korang kena scan QR code dekat belakang gift card ni. bukak je kamera phone korang, and scan :)
korang akan dibawa ke satu laman sneapy ni. dekat sini, korang boleh pilih sama ada nak customize wish korang dalam bentuk text/video/audio.
setup password untuk secure korang punya message tu. nak letak password boleh, taknak letak pun tak apa. terpulang :)
password ni akan digunakan bila si penerima scan card ni untuk baca message korang.
last sekali, korang activate gift card korang ni. makesure korang double check dulu sebelum bagi dekat someone tau. takut lah pulak dapat-dapat je, gift card korang kosong. tak ke sodihhh. sobs sobs.
Ekin dah record dah video dekat talking gift card ni. Cuma tak pasti lagi nak bagi dekat siapa?
Korang rasa-rasalah kan... Ekin nak bagi talking gift card ni dekat siapa ya? :P Hehehe.
Okay. Taknak merepek panjang-panjang, kihkih.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sneapy Talking Gift Card ni, korang boleh direct pergi dekat social media dorang tau. Korang boleh hantar talking gift card ni dekat orang kesayangan korang semua.
Jangan lupa juga untuk like dan follow facebook dan instagram Sneapy untuk tidak ketinggalan sebarang update yang menarik daripada mereka...
FACEBOOK
INSTAGRAM
2 comments
Wah.. canggih.. Menarik pula nak dicuba..
ReplyDeleteThis is so cute :D
ReplyDelete