Hi readers!
Harini ekin nak cerita dekat korang pengalaman ekin nak mohon pengecualian bayaran balik PTPTN. Baru je tadi selesai urusan penghantaran borang semua, balik rumah terus nak update blog. Laju tak ekin buat kerja? Huhuu.
Seperti mana yang korang kena tahu, ekin kan baru sahaja konvo. Opsss.. yang belum baca entry konvokesyen ekin, boleh klik link dekat bawah.
Entry: Finally Dah Graduate!
Disebabkan ekin dah berjaya graduate dalam kelas pertama, so taknak lah sia-sia kan peluang ni untuk tukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Pengecualian bayaran balik PTPTN ni hanya untuk peminjam yang berjaya mendapat kelas pertama untuk degree je tau. Kalau diploma, for sure kena bayar balik!
Entry: Finally Dah Graduate!
Disebabkan ekin dah berjaya graduate dalam kelas pertama, so taknak lah sia-sia kan peluang ni untuk tukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Pengecualian bayaran balik PTPTN ni hanya untuk peminjam yang berjaya mendapat kelas pertama untuk degree je tau. Kalau diploma, for sure kena bayar balik!
Ekin selesaikan segala urusan dekat Pejabat PTPTN Negeri Selangor yang terletak berdekatan dengan Vista Alam ni. Sebelum pergi ke pejabat PTPTN ni, ekin dah call siap-siap untuk bertanyakan proses bagi memohon pengecualian bayaran balik PTPTN ni.
Segala borang ekin dah print dan sudah siap diisi. Tinggal nak hantar je.
Borang Apa Yang Nak Kena Ada?
1. Borang Permohonan dan Akuan Peminjam Bagi Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kerana Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau Setaraf Dengannya
2. Salinan Transkrip Peperiksaan (perlu disahkan)
3. Salinan Ijazah Kelas Pertama. Pastikan perkataan KELAS PERTAMA dicatatkan pada Ijazah (perlu disahkan)
4. Borang Pengesahan Pendapatan
Notes: Borang Pengesahan Pendapatan tu ekin pun tak tahu kenapa kena sediakan sebab dalam checklist tak ada pun. Tapi pegawai PTPTN suruh sediakan, ekin pun sediakan je lah.
Masa konvo haritu, pihak UiTM dah siap fotostatkan salinan transkrip dan salinan sijil ijazah kelas pertama ekin berserta tandatangan pegawai untuk pengesahan tau. Kiranya, senang sikit lah kerja ekin. Terima kasih UiTM kerana memudahkan kerja saya :) Hihii.
So, ekin tinggal nak print borang daripada PTPTN dan dapatkan tandatangan untuk pengesahan je.
Bila dah selesai semua benda, ekin pun pergi lah dekat Pejabat PTPTN Negeri Selangor tadi. Sampai-sampai je, ambil nombor terus. Tunggu giliran. Nombor dah dipanggil. Serahkan segala borang-borang tadi. Pegawai PTPTN check dan key-in segala maklumat.... pappppp SIAP!
Sekejap je okay.
Tapi, tu baru permohonan je tau. Lulus ke tidak, kita belum tahu lagi. Pegawai tu kata tadi permohonan akan diluluskan dalam masa 3 bulan macam tu. Kalau tak dapat apa-apa feedback, boleh follow up dengan call talian hotline mereka. Fuhhh, harap-harap lah tak ada apa-apa masalah dan segala urusan permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN ekin lulus dengan jayanya.
By the way, ekin baru je tahu benda ni tau. Sementara kita nak tunggu permohonan kita ni lulus ke tidak, kita still kena bayar balik pinjaman PTPTN ni juga tau. Tapi, korang jangan risau bila dah lulus... pihak PTPTN akan refund kembali segala bayaran yang kita dah buat :) Acenggituewww.
Ok lah. Itu sahaja update ekin kali ni. Ekin harap for those yang layak untuk mohon pengecualian bayaran balik ni, jangan lupa memohon tau. Dan semoga urusan kalian dan ekin dipermudahkan. Hahahaha.
Baca sini: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN [PART2]
Baca sini: Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Tahun 2020
Baca sini: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN [PART2]
Baca sini: Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Tahun 2020
Thanks for reading!
Pejabat PTPTN Negeri Selangor
F-G-42 Vista Alam,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
No Tel: 03-55232170
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
8:00 pagi - 5:00 petang
Waktu Rehat Jumaat
12:15 tengah hari - 2:45 petang
Pejabat PTPTN UTC Selangor
No 2-16(A), Tingkat 2,
Kompleks UTC Selangor@Anggerik Mall,
No 5, Jalan 14/8 Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
1:00 tengah hari - 10:00 malam
Jumaat
2:45 petang - 10:00 malam
Waktu Rehat
7:00 petang - 8:00 malam
Sabtu - Ahad
8:00 pagi - 5:00 petang
Cuti Umum / Negeri
Tutup
Nota kaki: For those yang komen dekat bawah, jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME untuk terima notification bila ekin reply komen korang okay :D
~
Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee
40 comments
Tahniah.. bestnya dapat pengecualian PTPTN .. Tak perlu susah2 fikir pasal hutang
ReplyDeletehihihi.. terima kasih atika :)
DeleteTahniah dah grad dan dapat kelas pertama.
ReplyDeletethank you kak kinah :3
Deletetahniah ekin :)
ReplyDeletethank you <3
Deletetahniahh dpt graduate first class, teringinnya 😂😂
ReplyDeletehihiii.. thank youuu :)
DeleteTahniah grad first class. Ingatkan hari tu ada org bagi tahu pengecualian ni dah takda. Rupanya ada je lagi kan. Tahniah sekali lagi
ReplyDeleteitulah.. ingatkan dah tak ada juga.. tapi call pegawai ptptn tu katanya masih valid lagi...
DeleteNak tanya .. borang ni boleh ke hantar dekat cawangan2 PTPTN terdekat ?
ReplyDeleteboleh2.. tak ada masalah :)
DeleteEkin. Pegawai tu ada mention apa apa tak berkenaan dengan syarat untuk pengecualian bayaran balik ptptn ni adalah untuk keluarga B40 (isi pendapatan rumah kurang daripada RM8,000)?
ReplyDeleteMeans tak semua jugak yang dapat first class degree akan dapat pengecualian. Sedihnya :(
ohhh yeke... baru tahu... masa ekin pergi takde pula pegawai tu bagitahu apa2.. anyway.. thanks for the info!
Deleteslip gaji,penyata cukai,penyata epf kena disahkan juga ke?
ReplyDeletebetter sah kan :)
DeleteDi mana boleh sah dokumen slip gaji, penyata cukai ini?
DeleteSha doakan semoga Eqin dapat pengecualian bayaran balik tu.. Aamiin..
ReplyDeleteaamiin.. terima kasih :)
Deleteawak finish the degree before jan 2019 ke??
ReplyDeletehabis degree on jan 2019.. tapi grad lambat.. boleh relate ke? 😅
Deletehai..nak tny. dekat link yang utk ambik borang tu. saya tak jumpa pun borang permohonan pengecualian tu. yg mna satu ye?
ReplyDeletehai, saya pun check jugak tengok borang tu dah tak ada.. dan baru saya tahu sekarang ni dah boleh mohon secara online je :)
Deleteawak boleh klik link ni untuk buat permohonan ya.. https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
hello, nak tanya, tarikh tamat pengajian and tarikh senat mcm mana awak isi eh? camne nak tau tarikh tamat pengajian. sbb kt transkrip and sijil degree xde. dan kat mana nak dptkn dokumen surat pengesahan tamat pengajian? minta tlg
ReplyDeletehi awak, sorry nak tanya utk tarikh tua awak nak isi dekat mana dan utk apa eh? surat pengesahan tamat belajar, awak boleh minta dekat uni..
Deleteutk isi online ptptn. kne isi dulu sblum leh apply. then baru upload dokumen2 tu. uitm gak
DeleteBrpe pointer first class uitm ye?
ReplyDeleteAnd tahniah 💐
3.5 ke atas awak.. thank you :)
DeleteMohon onlinePengecualian Bayaran Balik PTPTN
ReplyDeleteboleh refer entry paling latest dekat sini >>> https://asyiqinroslee.blogspot.com/2020/02/cara-permohonan-pengecualian-bayaran.html
Deleteaslmlkm ASYIKIN nk tanye.. syarat die kate kene mohon 12 bulan sebelum graduate..tapi mase tu belum dapat lagi dapat sijil ijazah ape sume tu.. so cmne tu...
ReplyDeletehi, waalaikumussalam..
Deletesetahu saya syarat dia mengatakan untuk kemukakan permohonan dalam tempoh 12 bulan drpd tarikh konvokesyen :)
maklumat lanjut boleh refer sini > https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-potongan-pinjaman-kepada-pelajar-daripada-isirumah-b40-dan-m40-yang-mendapat-keputusan-kelas-pertama
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehi awak. nak tanya la. pengurangan ptptn ni valid lagi tak untuk tahun 2020 dan ke atas? sebab saya tengok ada yang kata sampai tahun 2019 je.
ReplyDeletemaksud awak pengecualian ptptn ni ke? setahu saya ada je lagi, tapi kena mohon online start tahun 2020. boleh refer post saya yang ini ya :D
Deletehttps://asyiqinroslee.blogspot.com/2020/02/cara-permohonan-pengecualian-bayaran.html
Salam sis berapa pointer kena dapat utk pengecualian bayaran balik ptptn ni ya?
ReplyDeletesorry menyampuk tapi i cuba jawabkan ikut pengetahuan i. kalau nak dapatkan pengecualian bayaran balik ptptn ni kena dapat first class degree mengikut universiti masing2. kalau UiTM, 3.5 ke atas dah first class. kalau uni lain mungkin berbeza.
Deletewaalaikumussalam, betul lah seperti apa yang 'anonymous' tu cakap.. anyway, thank you tolong jawabkan :D maaf lambat reply komen
DeleteAssalammualaikum sis. Degree first class tu maksudnya setiap semester pointer kita 3.5 above ke? Kalau dua tiga semester kita dapat 3.5 boleh mohon tak?
ReplyDeleteHI nak tanya, kalau UiTM memang akan dapat sijil yg ada tertera kelas pertama ke? dan selalunya memang lepas konvo baru boleh mohon ye? sebabnya saya nak mohon cumanya sekarang covid tiada konvo. jadi macammana ye?
ReplyDelete