The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner

Tak tahu lah sama ada korang ingat lagi atau Ekin yang tak pernah cerita (hehehe) mengenai kisah muka Ekin yang breakout teruk giler. Setelah bermacam-macam produk Ekin guna... Ada yang makin elok, ada yang buat makin teruk dan ada kan yang sampai takde function langsung dekat muka Ekin ni. Huhuhu. 

Memang banyak sangat lah produk yang Ekin try and error untuk pulihkan balik muka yang breakout ni. Dari range harga mahal bagai nak rak sehinggalah harga semampu milik gitueww.


Dalam tengah try and error tu, ni lah dia salah satu skincare product yang Ekin pernah cuba untuk pulihkan kulit muka yang breakout ni. Tujuan nak cuba range product The Body Shop ni adalah sebab satu sahaja untuk kembali ke organic skincare macam tu lah. 

Buat research sana sini. Akhirnya tiada juga jawapan yang kutemukan. Hikhok. Jadi, mendarat lah seketul asyiqin ni dekat depan kedai The Body Shop ni. Entah macam mana lah ada keberanian nak masuk kedai ni (sebab selama ni memang main lalu je gara-gara harga rangkaian produk The Body Shop ni menyebabkan Ekin berfikir lima ratus kali) Hehehe.

Lepas dah mendarat dekat depan kedai TBS ni, konon-konon masuklah sambil buat muka tengah mencari barang. Setibanya promoter disitu, Ekin pun apa lagi... Tanyalah produk mana yang sesuai nak rawat masalah jerawat ni hahh. Dengan harapan, harap-harap ni lah last produk duit Ekin pergi. Hoho.

And then, promoter tu suggestkan untuk cuba rangkaian TBS Seaweed ni. Untuk pengetahuan korang lah kan, TBS ni jugak ada rangkaian tea tree. Tapi, promoter TBS tu tak suggestkan Ekin pakai sebab ia akan mengeringkan lagi kulit muka Ekin yang sememangnya nampak kering walaupun dah tepek dengan foundation. 


Jadi, Ekin pun purchase lah dua items seperti dalam gambar rajah diatas. Uish, ada gaya macam nak menjawab soalan BM tak? Kohkohkoh. So, berhuhuhuhu lah Ekin keluar daripada kedai TBS ni. Boleh menangis jugaklah tengok harga dia. 

Apa dia dua produk tu? 
1. The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash
2. The Body Shop Seaweed Oil Balancing Toner

Harga untuk setiap item ni Ekin tak berapa nak pasti. Tapi, yang pastinya range harga memang RM50 ke atas. Ni kalau nak pakai, memang kena berjimat cermat teramat sangattttt.

Opsss, sebelum Ekin terlupa. Untuk rangkaian The Body Shop Seaweed ni adalah untuk jenis kulit combination/oily skin okay :)

1. The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash


Sebelum ni memang Ekin selalu dan dah terbiasa pakai face wash yang jenis berbuih punya. Bila nak beralih kepada face wash jenis gel ni, ada beberapa tanggapan yang Ekin tak suka. Tanggapan pertama yang Ekin tak suka adalah bila kebanyakan jenis gel face wash ni dia tak berbuih. Ekin pulak tak suka pakai face wash jenis tak berbuih ni. Hohoho, belum pakai lagi dah ada tanggapan tak menarik. Apolahhh. Hihi. Okay, tanggapan kedua yang Ekin tak suka adalah bila pakai gel face wash ni, bila basuh dengan air... Dia akan meninggalkan kesan tak habis basuh a.k.a melekit macam tu lah.

Tapi...!

Tanggapan Ekin bertukar 360° bila dah cuba The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash ni. Ternyata deep cleansing gel wash daripada rangkaian produk TBS ni memang best! Walaupun face wash ni jenis gel, ia tetap mengeluarkan buih bila nak cuci muka. Kira okay lah daripada takde langsung. Dan gel face wash ni memang jenis tak tinggal kesan lekit malah dia bagi 'cool effect' lepas cuci muka sebersih-bersihnya. 

Yang paling Ekin suka bila dia tinggalkan kesan glowing dekat kulit muka lepas cuci. Rasa segar sikit daripada asyik kurang bermaya akibat breakout sebab salah pakai produk. 


Gambar atas ni kita close-up sikit tengok macam mana tekstur The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash ni.

2. The Body Shop Seaweed Oil Balancing Toner


Apa yang Ekin suka mengenai The Body Shop Oil Balancing Toner ni satu je iaitu ia meninggalkan 'cool effect' selepas pemakaiannya. Lepas sahaja cuci muka dengan TBS Deep Cleansing Gel Face Wash tadi, Ekin akan terus apply TBS Oil Balancing Toner ni dekat muka dengan menggunakan kapas muka.

Personal Review

Setelah try and error dengan rangkaian produk daripada The Body Shop Seaweed ni, apa yang Ekin boleh kata... Rangkaian produk TBS Seaweed ni betul-betul memainkan peranan untuk mereka yang mempunyai jenis kulit muka combination/oily. Bila korang pakai produk ni, korang akan rasa segar dan kulit muka korang tampak lebih sihat.

Siapa yang jenis kulit muka combination/oily yang mengalami masalah kulit muka kusam dan nampak tak bermaya, Ekin recommend kan rangkaian TBS Seaweed ni untuk korang. Memang best sebab rangkaian TBS Seaweed ni buat kulit muka Ekin tampak lebih sihat dan glowing.

Tapi, untuk masalah kulit muka Ekin yang breakout ni... Ekin tak rasa rangkaian TBS Seaweed ni mampu menyelesaikan masalah kulit muka Ekin. Hampir 3 atau 4 kali dah Ekin mencuba nasib dengan rangkaian produk ni, lama-lama duit Ekin pun terbang melayang. Huhu.  Masalah jerawat/breakout ni masih juga tak selesai (dalam tempoh Ekin cuba rangkaian produk ni). Cuma kulit muka sahaja nampak lebih sihat and i loikeeee :)

Okay, itu sahaja bebelan Ekin pada masa ini. Jumpa korang semua di next entry! 

2 comments