Bersempena hari lahir ibu Ekin hari ni, kami adik beradik decide nak belanja ibu makan. Sebab dari dulu lagi ibu selalu ajak makan dekat tempat yang kitaorang tak pernah makan. Katanya nak mencuba menu yang baru. Jadi, alang-alang birthday ibu hari ni, kitaorang decide lah nak belanja makan.
Cari punya cari, jumpa lah satu tempat yang ramai orang bagi feedback positif. Tengok gambar pun macam menarik je. So, kitaorang pun decide lah nak pergi dekat The Grill, Wangsa Maju ni.
Ini lah tempat nya. Kitaorang sampai dekat sini dalam petang macam tu lah. Dalam pukul 2 lebih sampai dekat sana. Tempat ni dorang buka dari jam 12:00pm sampai 10:00pm (Selasa-Ahad). Hari Isnin, dorang tutup kedai. Disebabkan birthday ibu tahun ni jatuh hari Sabtu, kira ada chance lah nak makan dekat sini. Hehehe.
The Grill ni terletak dekat tingkat atas. So, sampai dekat tempat lokasi tu kitaorang kena lah naik tangga. Nasib baik lah dekat level 1 je. Kalau atas lagi, mahu jenuh nak naik tangga. Kami adik beradik tak pe lah naik tangga banyak kali pun. Hahaha. Takut ibu je yang tak laratnya nak naik tangga. Hiikhokk.
Cafe The Grill ni memang cantik gilerr design dia. Suasana dia pun selesa dan sesuai lah kalau korang nak bawa keluarga makan dekat sini ke apa. Staff dekat sini pun baik-baik je semuanya tapi cuma kurenggg sikit dari layanannya.
Tadi masuk-masuk je dekat pintu masuk tu, kitaorang yang first time datang ni macam nak cari lah tempat duduk dekat mana. Tengok meja paling maximum boleh muat 4 orang. Supposedly, staff yang akan tunjuk tempat duduk and kalau tak cukup boleh rapatkan meja. Tapi, tadi Ekin yang gagahkan diri pergi tarik meja nak gabung bagi cukup 5 orang duduk. Tapi takpe, as they were smile all the time... I maafkan uols githewww. Benda kecikk jeh.
Before datang sini, Ekin memang akan tengok review dan feedback daripada orang ramai tau. Dorang memang cakap makanan dekat sini sedap and berbaloi. Yang paling bestnya, kalau korang pergi dekat instagram The Grill ni kan, dorang memang dah siapkan terus dengan menu serta rate harga makanan yang ada dekat highlight instagram dorang. So, kita boleh lah terus tengok menu apa yang ada dan yang nak order nanti. Senang!
Air yang sampai dulu :) Belah kiri tu air matcha (RM12.00), adik Ekin punya dan sebelah kanan tu air chocolate (RM10.90) sudah semestinya Ekin punya.
Makanan ayah pulak sampai kemudiannya. Yang ni adalah salmon with apple relish with two (2) sides dish. Untuk sides dish ni ayah Ekin ambil grilled mexican corn on cob dengan louisiana coleslaw. Total untuk menu ni RM33.90 sahaja.
Yang ni pula adalah menu yang ibu Ekin ambil iaitu creamy parmesan garlic mushroom chicken with two (2) sides dish. Untuk sides dish, ibu Ekin ambil old fashioned onion rings dengan louisiana coleslaw. Total untuk menu ni RM22.90 sahaja.
Dua atas ni adalah menu yang sama tapi berlainan side dish. Ekin dengan adik Ekin masing-masing ambil satu (1) side dish je. Nama menu atas ni adalah chicken parmigiana with 1 side je. Yang atas tu side louisiana coleslaw adik Ekin punya. Side yang ada mediterranean rice tu pulak Ekin punya. Untuk menu chicken parmigiana with one (1) side ni total dia RM17.90 sahaja.
Overall, tempat ni memang best! Makanan pun sedap dan berbaloi. Kalau nak makan sekali sakala boleh lah. Tapi kalau hari-hari makan dekat sini, memang nipis lah poket. Hehehe.
Korang pernah tak alami, selalunya kalau pergi restoran western cenggini mesti nak kena tunggu lama untuk makanan tu siap kan?! Tapi, The Grill ni memang pantas dan efisien dorang buat kerja. Kitaorang tak tunggu lama pun, tupp tuppp makanan dah sampai. Tempat pun selesa. Senang citerr memang best lah! Hahaha.
Kalau korang pun nak cari tempat makan yang best-best atau nak bawak family/kawan-kawan belanja makan ke apa... try lah pergi dekat The Grill, Wangsa Maju ni. Memang best!
Apapun, Ekin harap my mom happy makan dekat sana. Hikhok. Risau pulak kalau tak tepati citarasa ibu. Tapi, tadi tengok ibu makan sampai licin kira sedaplah tu kan?
Alright, itu sahaja untuk entry kali ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai The Grill, Wangsa Maju ni korang boleh klik je link yang Ekin dah tepek dekat bawah ni. Anyway, kalau korang ada wish birthday untuk my mom boleh lah tepek dekat ruangan komen dekat bawah ni yaa :) Nanti Ekin akan sampaikan dekat my mom.
p/s: this is not sponsored post :)
Instagram: @thegrillbypops
Alamat: Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
4 comments
Selamat ulangtahun kelahiran untuk Ibu Ekin. Moga sentiasa dipermudahkan setiap urusan. Sihat sentiasa agar mudah beribadah. Selalu dikelilingi insan yang baik dan dekat dengan Allah SWT.
ReplyDeleteHappy belated birthday to your mom :)
ReplyDeletesemua foooooood nampak sedap !!
ReplyDeleteThe Grill has the nicest seafood ever especially their fried onions! I am sure they have their food delivered via cold chain logistics services to them. Thanks for the recommendation!
ReplyDelete