Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...

Bergema lah takbir raya menandakan berakhirnya bulan Ramadhan dan tibanya bulan Syawal. Tahun ni, yang pasti kita semua akan menyambut bulan Syawal berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu, pagi-pagi dah bersiap untuk pergi ke masjid untuk solat raya. Tapi tahun ni, kita bersiap-siap untuk solat raya di rumah. Macam tu lah pagi ekin masa 1 syawal ni. Bila fikir-fikir balik, ada juga lah hikmahnya sebab rasanya ini lah first time ekin dan family solat raya bersama-sama dan dapat luangkan pagi 1 syawal ni together.

Selalunya, pagi tu mesti dah rushing nak bersiap-siap pergi masjid. Dan selalunya, lepas solat sunat aidilfitri kitaorang akan straight terus pergi rumah nenek untuk sambut hari raya dengan keluarga besar belah ibu. Biasanya raya pertama mesti akan beraya dengan family belah ibu dan raya kedua akan beraya family belah ayah pula. Depends.

So,

Untuk pagi ni, macam biasa bangun pagi solat subuh berjemaah dekat ruang tamu. Dan selesai solat semua, makan pula nasi impit bersama rendang daging + kuah kacang ibu. Tapi tapi tapi... ekin tak rasa lagi nasi impit dengan rendang daging ibu. Hehehe. Sebab ekin habiskan baki domino's semalam. Punya lah order sampai 5 kotak, lepastu tak habis. Yang ni taknak cerita panjang hehee.

Habis makan semua, sambung borak-borak. Jam dah menunjukkan 8:30am, kitaorang solat sunat raya pula. Lepas solat... dengar khutbah dari ayah pula. First time dengar dan tengok ayah bagi khutbah. Hehehe. Biasanya kalau dekat masjid, mesti dah tersengguk sengguk dengar khutbah. Tapi, bila ayah dah bagi khutbah ni depan mata... tak leh dah nak tersengguk sengguk. Hahaha. Tapi, ibu ekin relax je tersengguk sengguk mengantuk. Kelakar je.


"Cepat, cepat berkumpul... Ambik gambar satu family"

Excited betul ibu panggil untuk tangkap gambar. Ni jelah gambar yang ada untuk pagi raya. Jangan tanya mana baju raya sebab satu family memang tak beli baju raya. Yelah, nak beraya dekat mana je kan? Lagipun dengan situasi macam ni, mood beraya tu tak sama dengan tahun tahun sebelum ni. Rasa sayu pun ada juga.


Bergambar dengan adik-adikku. Bila tengok gambar ni rasa spoil je sebab terpaksa cover tangan yang tak menutup aurat tu. Hahahaha. Dah jelek sikit gambar gue.


Ibu pun nak masuk photobomb juga.


Gambar ni tak ingat dah tahun bila. Ayah hantar balik gambar ni dekat group whatsapp. Rasa ada kecomelan ya disitu. Masa ni ingat lagi, kereta tak boleh start. Tersadai lah dekat masjid lepas habis solat raya. Padahal, masa ni nak otw pergi rumah nenek sebab memang selalu convoy beramai-ramai dengan pakcik makcik semua pergi beraya dekat Melaka. Tapi, tak tahu macam mana tiba-tiba pulak kereta tak boleh start.

Nasib baik lah ada pakcik ekin ni pandai bab-bab kereta ni. Pakcik ekin yang sanggup datang tengok kenapa kereta tak boleh start. Dah check apa semua.. Alhamdulillah, kereta dah boleh start semula. Pengalaman betul masa ni.

Ok lah, itu sahaja kot ekin nak berceloteh pasal pagi raya ekin macam mana dekat sini. Korang pula macam mana korang sambut pagi raya korang. Cerita lah dekat ruangan komen, ekin nak baca :D Kalau ada update entry, paste dekat blog ekin tau. Mood ekin tengah rajin nak membaca ni.

Apapun, ekin nak ambil kesempatan dekat sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog ekin terutama sekali kepada pembaca blog ekin yang setia membaca blog ni dari awal sehingga ke hari ini. Selamat hari raya dan maaf zahir batin.


10 comments