Servis Penghantaran Online dari Luar Negara | BuyandShip Malaysia

Tuesday, December 04, 2018

Adakah anda suka shopping online dari site luar negara? Selalu dikenakan charge penghantaran yang mahal apabila shipping ke Malaysia? Suka shopping online di berlainan site dari luar negara tetapi tidak mahu dikenakan charge penghantaran yang mahal?

Jangan risau!

Dengan adanya BuyandShip Malaysia, anda boleh shopping dari site luar negara tanpa perlu risau memikirkan charge penghantaran yang mahal apabila shipping ke Malaysia. BuyandShip merupakan gudang terbesar one stop centre untuk mengumpulkan barang-barang anda dari luar negara sebelum penghantaran ke rumah anda dibuat dengan kadar harga yang PALING RENDAH!

Charge penghantaran dengan penggunaan servis BuyandShip Malaysia hanya serendah RM15/lb sahaja. Terdapat 6 gudang operasi sendiri dan gudang khusus BuyandShip di seluruh negara yang bertempat di Porland (Amerika), Chiba (Jepun), Portsmouth (United Kingdom), Seoul (South Korea), Dongguan (China) dan Taipei (Taiwan). Anda boleh menggunakan alamat penghantaran gudang-gudang yang dinyatakan untuk membuat penghantaran melalui luar negara.




Jadi... 


Apakah kelebihan menggunakan BuyandShip ni?


1. Lokasi gudang BuyandShip yang terletak di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Taiwan. Penghantaran keluar harian untuk memastikan setiap hantaran akan dihantar ke setiap pelanggan dalam masa 5-10 hari.

2. Untuk mengoptimumkan kualiti servis dan kepuasan pelanggan, BuyandShip telah memantapkan gudang khusus dan gudang operasi sendiri untuk memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah efisyen dan teguh.

3. Bagi memudahkan pelanggan BuyandShip, bayaran boleh dibuat secara kad kredit, Visa, Mastercard dan American Express.

4. Penghantaran terus dibuat ke pintu rumah pelanggan. BuyandShip menyediakan perkhidmatan penghantaran yang tepat dan dipercayai ke semua pelusuk Malaysia.

5. Hantaran boleh disimpan di pusat pengagihan BuyandShip yang terletak di Hong Kong selama 30 hari. Ini membolehkan pelanggan untuk membeli produk dari kedai online dari negara yang berbeza-beza dan memudahkan pelanggan menerima kesemua penghantaran dalam satu bungkusan.

6. Pengguna BuyandShip boleh mengesan status hantaran yang terbaru dari laman sesawang BuyandShip pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja. Status terbaru juga akan dihantar melalui emel untuk memberitahu pelanggan status terkini barang hantaran.

7. Sistem penyulitan yang selamat. Sistem BuyandShip menggunakan penyulitan selamat SSL untuk melindungi maklumat sulit pelanggan dari didedahkan.

Gudang BuyandShip Operasi Sendiri di Portland, Amerika Syarikat

Gudang BuyandShip Operasi Sendiri di Chiba, Jepun

Senangkan guna perkhidmatan BuyandShip ni?! Selain kita dapat menerima barang dalam satu bungkusan, charge penghantarannya pun murah. Ramai juga kaki shopping online ni suka gunakan servis BuyandShip. Yelah, kadang-kadang nak shopping dalam Malaysia ni pilihan dia sikit sangat. Tu yang ada sampai shopping ke luar negara. Kalau bertuah, dapatlah harga yang rendah berbanding beli disini.

Mungkin ada diantara anda yang tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan BuyandShip ni. Jom kita lihat tutorial daripada BuyandShip ni.


Bagaimana BuyandShip berfungsi?

Sebelum memulakan apa-apa... Sebagai langkah pertama, anda haruslah mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip. [KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR]


Seterusnya, anda boleh mula untuk bershopping! Semasa semak keluar ataupun checkout, anda perlu mengisi alamat gudang luar negara BuyandShip, nama penuh dan ID keahlian dalam maklumat penghantaran anda.


Apabila anda menerima nombor jejakkan barang anda atau dikenali sebagai tracking number, anda perlu memasukkannya ke dalam website BuyandShip untuk memastikan barang tersebut kepunyaan anda. Dan anda perlu isytiharkan (declare), masukkan maklumat tracking number barang anda sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip. Kegagalan untuk declare bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan anda ke gudang Hong Kong (gudang pengagihan).


Hantaran anda akan dihantar ke gudang Hong Kong (gudang pengagihan) sebelum dihantar ke Malaysia. Anda akan menerima satu pesanan melalui emel yang memaklumkan barang anda sampai di gudang pengagihan. Anda boleh memilih kaedah pembayaran untuk caj penghantaran sama ada melalui mata ganjaran BuyandShip / kad kredit atau debit. Caj penghantaran haruslah dilangsaikan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan di Hong Kong. Jika gagal berbuat sedemikian, hantaran anda tidak akan dihantar.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana BuyandShip ini berfungsi, anda boleh klik pautan di bawah ini:


Berikut adalah tarikh penghantaran BuyandShip. Tarikh penghantaran ini adalah seperti berikut mengikut waktu Malaysia:

* Gudang US
5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu

* Gudang UK
2 kali seminggu, setiap Selasa hingga Jumaat

* Gudang Japan
5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu

* Gudang Korea
5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat

Lepasni, senanglah anda semua ingin shopping online di luar negara. Caj penghantaran serendah RM15/lb sahaja yang akan dikenakan untuk pelanggan semua. Shopping banyak-banyak dan hantarkan sahaja ke gudang pilihan BuyandShip anda. Dan mereka akan menyatukan bungkusan anda semua di dalam satu bungkusan sebelum ianya dihantar sehingga depan pintu rumah pelanggan. Jangan lupa untuk like facebook page BuyandShip.

WEBSITE

FACEBOOK PAGE


You Might Also Like

1 comments

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete

Promotion

Shop Now

Subscribe