Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)

Baru-baru ni Ekin ada ujian JPJ. Alhamdulillah, semua bahagian lulus dengan jayanya. Beberapa hari sebelum nak ambil ujian JPJ ni, dia punya tahap nervous, risau semua ada. Yelah, taknak lah ulang alik pergi sekolah memandu dah. Nak cepat-cepat dapat lesen kereta. Hikhok.

Dengan pula ada tambahan untuk RPK dengan RSM ni. Lagilah menambahkan tahap kerisauan nak ambil ujian JPJ. Risau kalau ada terlepas pandang atau ada elemen yang tak sebut, dah kena tolak markah. Tak ke seram tu?! So, dekat sini Ekin nak share dengan korang semua yang bakal ambil ujian JPJ ni, nota lengkap RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN. Nota ni memang cikgu dari sekolah memandu tu bagi dan sangat sangatttt lah membantu Ekin yang serba tak tahu apa-apa ni. Hihi.

Ekin harap nota ni dapat membantu korang semua untuk buat revision dan korang bolehlah take notes kalau ada apa-apa penambahan ke apa ehhh.


Apa itu RPK?

RPK adalah singkatan bagi Rutin Pemeriksaan Kenderaan. RPK ini adalah rutin dimana anda semua perlu memeriksa di bahagian luar kenderaan termasuklah ruangan enjin dan perkakasan yang ada di boot belakang.

Di bawah ni Ekin sertakan nota lengkap beserta gambar untuk anda ulang kaji dan menambahkan  lagi kefahaman anda mengenai elemen-elemen yang ada di kenderaan.

Untuk rutin pemeriksaan kenderaan ini, haruslah diperiksa mengikut arah jam.


Nota Lengkap

1. KENALKAN DIRI
-memberi salam
-ucapan selamat pagi / petang
-sebut nama penuh
- no ic / passport
-pemegang lesen belajar memandu kelas D / DA
-tempoh sah lesen mulai - hingga

2. CUKAI JALAN
-no pendaftaran
-tamat tempoh sah sehingga.....

*cukai jalan disini adalah roadtax yang ada di bahagian cermin hadapan kenderaan



3. CERMIN HADAPAN
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

4. WIPER HADAPAN, KANAN DAN KIRI
-getahnya masih lembut
-tidak terkoyak
-dalam keadaan baik

5. BONET HADAPAN
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

6. LAMPU HADAPAN KANAN DAN KIRI, LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN DAN KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

7. BUMPER HADAPAN
-tidak longgar
-tidak calar dan kemek
-dalam keadaan baik

8. PLAT HADAPAN
-no pendaftaran.....
-jelas dibaca
-tidak pecah dan tertanggal
-dalam keadaan baik

9. BUKA BONET HADAPAN
-sebut POWDER

10. P/PETROL
-tiada bau bahan bakar

11. O/OIL
-minyak brek pada paras yang mencukupi
-dalam keadaan baik

-minyak enjin pada paras yang mencukupi
-dalam keadaan baik

-minyak power stereng pada paras mencukupi
-dalam keadaan baik

12. W/WATER
-air wiper didapati penuh / kurang
-dalam keadaan baik

-air tangki radiator didapati penuh / kurang
-dalam keadaan baik

-air tangki simpanan radiator didapati penuh / kurang
-dalam keadaan baik

13. D/DAMAGE
-dalam keadaan baik

14. E/ELEKTRIK
-bateri jenis sel basah
-air bateri pada paras mencukupi / tidak mencukupi
-dalam keadaan baik

-bateri jenis sel kering
-dalam keadaan baik

-wiring positif dan negatif wayarnya terikat kemas, tidak tercabut, longgar atau terputus
-dalam keadaan baik

15. R/RUBBER
-hose getah
-masih lembut, tidak bocor dan tercabut
-dalam keadaan baik

-tali sawat
-masih tegang, tidak berbulu
-dalam keadaan baik


untuk pemeriksaan ruangan enjin dengan lebih jelas, korang boleh tengok dekat youtube link bawah ni ya :)



16. TAYAR HADAPAN SEBELAH KANAN
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

17. LAMPU ISYARAT SISI SEBELAH KANAN
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

18. CERMIN SISI SEBELAH KANAN
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

19. CERMIN PINTU SEBELAH KANAN, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

20. PINTU SEBELAH KANAN, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

21. TAYAR BELAKANG SEBELAH KANAN
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

22. CERMIN BELAKANG
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

23. LAMPU BREK KETIGA, LAMPU BELAKANG KANAN DAN KIRI, LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN DAN KIRI, LAMPU REVERSE BELAKANG KANAN DAN KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

24. BONET BELAKANG/BOOT
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

25. BUMPER BELAKANG
-tidak longgar
-tidak calar dan kemek
-dalam keadaan baik

26. PLAT BELAKANG
-no pendaftaran.....
-jelas dibaca
-tidak pecah dan tertanggal
-dalam keadaan baik

27. BUKA BONET BELAKANG/BOOT MEMERIKSA PERALATAN
-segi tiga amaran
-pemutar dan jeck tayar
-pemutar nat (pembuka) tayar
-spanar/skru driver
-peti kecemasan
-tayar simpanan


untuk pemeriksaan ruangan but dekat youtube, korang boleh klik je link dekat bawah ni



28. TAYAR BELAKANG SEBELAH KIRI
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

29. CERMIN PINTU SEBELAH KIRI, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

30. PINTU SEBELAH KIRI, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

31. CERMIN SISI SEBELAH KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

32. LAMPU ISYARAT SISI SEBELAH KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

33. TAYAR HADAPAN SEBELAH KIRI
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

34. SELESAI RPK


TIPS

Make sure masa nak buat RPK ni... pusingan dia adalah mengikut arah jam. Dan masa awal-awal dulu, Ekin selalu confuse dengan masalah masa satu kanan dan kiri. Hahaha. Kadang-kadang, part bahagian kanan, Ekin tersebut kiri. So, masa nak buat RPK ni... Ekin memang dah set dalam kepala otak yang kita akan periksa bahagian kanan kenderaan terlebih dahulu. Selesai bahagian kanan, baru kita akan periksa bahagian kiri kenderaan.

Akhir sekali, Ekin harap dengan nota ni sedikit sebanyak dapat membantu korang semua untuk mahir dalam rutin pemeriksaan kenderaan ni. Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa untuk share kepada rakan korang yang lain okay :)

Baca Lagi: Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)

~

Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee



31 comments

  1. Sangat bermanfaat.Terima kasih perkongsian ya.. :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing... sgt berguna info ni tuk mereka yg baru nak ambil lesen

    ReplyDelete
  3. Serius.. Masa Sha dulu macam tak adalah sedetail nie.. Good sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhehe... ni pun nota dari cikgu ekin juga..

      Delete
  4. Tq ekin. Sangat2 membantu. Tmpt sy belajar depa skip this part. Terlalu cepat diorg berckp tak dpt catch up. Thanks again ekin for this notes.

    ReplyDelete
  5. Tq ekin. Sangat2 membantu. Tmpt sy belajar depa skip this part. Terlalu cepat diorg berckp tak dpt catch up. Thanks again ekin for this notes.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum terima kasih ya
    May Allah bless you

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. sama-sama :) harap nota ni membantu..

      Delete
  7. Replies
    1. supaya senang untuk ingat elemen yang ada dekat bonet hadapan awak :D boleh tengok drpd nombor 10-15 dekat atas apa yang ada dalam POWDER.

      Delete
  8. his sis, kalau kat bahagian isi minyak tak perlu sebut ke? takde tolak markah ehh ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi 🖐🏻 maksud awak bahagian isi minyak pam petrol tu ke? kalau yang tu, tak perlu sebut pun & tak kena tolak markah pun 👌

      Delete
  9. Mashaallah. Terima kasih sangat2 for the ilmu! true macam orang kat atas2 cakap, May Allah bless you dear! <3333

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. thank you for the dua.. 🤲🏻 harap nota ni dapat membantu 😉

      Delete
  10. Thanks Ekin, saya ada ujian jpj 20/10 ni. Tolong doakan saya tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awak 😃 good luck anyway! you can do it 💪🏻

      Delete
    2. Assalam Ekin, esok saya test jpj ni huhuhu takutnya...

      Delete
    3. waalaikumussalam.. jangan takut2.. hehehe all the best anyway

      Delete
  11. Terima kasih banyak banyak untuk nota ini! Sangat membantu dan jelas. Doakan saya jpj 10/11/2020 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awak , semoga ni membantu:D harap awak lulus jpj dengan jayanya..

      Delete
  12. tq sharing note yg mudah d fahami, dan ianya sgt bermanfaat bagi saya yang bru nak cari2 tempat tuk ambik lesen ni. dan dlm masa yang sama sy boleh mempersiapakn diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awak.. semoga bermanfaat.. jangan lupa untuk save dekat bookmark :D nanti boleh buat untuk bahan ulang kaji.. apapun good luck kalau dah start belajar memandu nanti

      Delete
  13. Seperti manusia biasa, saya di sini untuk membuat gerak gempur pada minit akhir kerana esok ada ujian memandu. Terima kasih untuk nota bermanfaat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lulus. Heeeeeee.

      Delete
    2. wahhhhh.. tahniah!!! walaupun buat gerak gempur pada minit terakhir, berjaya juga untuk lulus.. hehehe.. congrats again!

      Delete
  14. This discussion will examine how to perform successful PPC keyword research and what PPC keyword research tools to use in this process. All of the changes to how and when Google displays ads have created an entirely foreign PPC marketing landscape. More than ever do marketers need a PPC keyword research tool to help navigate these uncharted waters.
    https://ppcexpo.com/blog/ppc-keyword-research-tool

    ReplyDelete