Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)

Kalau sebelum ni Ekin ada share dengan korang semua nota lengkap RPK. Kali ni, Ekin nak share dengan korang nota lengkap untuk RSM pula. Bagi korang yang terlepas nota lengkap RPK daripada Ekin... korang boleh klik link dekat bawah ni untuk rujuk semula okay :D



Untuk pengetahuan korang semua lah kan, RSM ni adalah RUTIN SEBELUM MEMANDU dan ianya adalah sangat berbeza dengan Rutin Selamat Memandu. Hahhh, jangan tertukar pulak tau.

Rutin Sebelum Memandu ni adalah rutin yang kita perlu lakukan sebelum memulakan pemanduan. Kata senang dia adalah pemeriksaan dekat dalam kenderaan yang korang kena check sebelum memandu tu.

Rutin Selamat Memandu pula merangkumi CITO tu. Cermin. Isyarat. Titik buta. Dan Olahgerak. Hahh, dah tahu ni jangan tertukar pulak ya.

Okay, selesai mukadimahnya. Marilah kita mulakan dengan nota lengkap rutin sebelum memandu.


Nota Lengkap

1. memeriksa brek tangan (handbreak)

2. menentukan kedudukan tangan

3. melaraskan tempat duduk

4. melaraskan cermin
-pandang belakang
-cermin sisi kanan dan kiri

5. memastikan penunjuk instrumen berfungsi - kunci "switch on"

6. tolok bahan bakar - berfungsi

7. tolok suhu enjin - berfungsi

8. lampu amaran brek tangan - berfungsi

9. lampu amaran tekanan minyak enjin - berfungsi

10. lampu amaran bateri - berfungsi


11. memeriksa gear dalam keadaan bebas

12. kunci "switch start enjin"

13. lampu isyarat kanan dan kiri - berfungsi

14. lampu kecil, besar dan tinggi - berfungsi

15. wiper 1, 2 dan 3 - berfungsi

16. hon - berfungsi

17. lampu hazard - berfungsi

18. takometer - berfungsi

19. menguji keselamatan tali pinggang keledar - berfungsi

Okay, itu sahaja rutin sebelum memandu yang korang kena buat masa ujian QTI atau JPJ nanti. RSM ni korang kena buat dalam masa 5 minit sahaja tau. Nampak macam senang je kan?! Tapi, kalau dah nervous tu... memang akan blank jugak lah jawabnya. Hahaha. So, apa nak kena buat? Kena lah selalu praktis RSM ni tak kira dimana jua korang berada gitcheww.

Untuk refer video RSM ni dekat youtube, Ekin dah tepekkan sekali untuk korang link youtube yang memang Ekin sendiri recommend untuk korang study. Manalah tahu kot kott korang ni jenis yang visual kan. So, kena jugak tengok video baru boleh hadam.


Tips

Okay, masa Ekin buat JPJ test haritu... enjin kereta ni memang dah hidup tau. Masa nak menunggu tu, Ekin pun macam risau lah jugak kan. Macam-macam benda bermain dekat fikiran ni. "Kalau enjin  kereta dah hidup, nak kena matikan ke tak eh?" "Kalau tak matikan enjin, macam mana nak check instrument dekat kereta tu nanti kan"

So, masa turn Ekin nak buat ujian jalan raya, Ekin pun tanya lah dekat pegawai JPJ tu sama ada nak kena matikan enjin ke tidak sebab nak check instrument kereta tu berfungsi ke tidak kan?! Pegawai tu pun jawab, "tak payah matikan enjin, awak sebut je apa yang bernyala dekat situ".

Fuhh, masa tu lega sikit. Hahaha. Jadi, tips dekat sini untuk korang yang bakal nak ambil test JPJ nanti... tak payah nak kalot sangat tau nanti. Kalau enjin dah hidup, korang sebut je instrument apa yang bernyala and then, terus buat RSM macam biasa.

Mana yang memang awal-awal enjin tak hidup lagi tu, korang kenalah periksa semuanya tau. Jangan pergi hidupkan enjin terus pulak. Hehehe.

Itu sahaja nota lengkap RSM daripada Ekin. Maaflah kalau ada terkurang ke apa ya. Hope entry kali ni dapat membantu korang semua yang bakal ambil test QTI mahupun JPJ dengan jayanya. Apapun, good luck!

p/s: kalau korang nak tanya apa-apa soalan, boleh tinggalkan je dekat ruangan komen di bawah ni ya :) jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME supaya korang akan dapat notification bila ekin reply komen korang okay.

Baca lagi: Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)

~

Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

46 comments

  1. nice tips untuk pemula. good luck

    ReplyDelete
  2. Teori nampak biasa je tapi bila JPJ dah duk sebelah untuk test, yang senang nielah yang jadi susah.. hahaha.. Serius kelakar..

    ReplyDelete
  3. Notes nmpak simple tapi sgt bermanfaat..😄

    ReplyDelete
  4. kak kat bahagian ni kena perkenalkan nama tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu saya test, tak perlu kenalkan nama.. masuk kenderaan, terus buat RSM :)

      Delete
    2. alhamdulillah terima kasih kak nota tu sangat membantu, saya lulus ujian jpj hari ni. alhamdulillah

      Delete
    3. wahhhh,, sama2 awak :)

      anyway congratss dah lulus jpj..

      Delete
  5. Thank you sangat sangat! Esok ujian jpj saya. May Allah bless your kindness!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak atas nota yang saat bermanfaat ni. Saya terpaksa repeat haritu sebab litar, tapi saya teruskan baca nota awak ni untuk repeat JPJ lepastu, and alhamdulillah lulus dengan jayanya part RPK RSM ni. Litar pun alhamdulillah smooth. Thanks awak.

      Delete
    2. sama2 awak.. sukanya dpt tahu nota ni bermanfaat utk orang lain juga :) anyway congratss dah lulus dgn jayanyaaa :D

      Delete
  6. Tq! Sangat2 membantu 😙

    ReplyDelete
  7. Tq 😃 tips sgt2 membantu saya

    ReplyDelete
  8. Hi kak, untuk test litar pegawai jpj duduk sebelah saya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, masa saya test litar dulu.. pegawai JPJ akan perhati dari luar :)

      Delete
  9. Wktu buak RSM ni pelu sebut ke ataupun buat je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu saya buat sambil sebut.. tapi sebut macam cakap dengan diri sendiri je awak :D harap membantu

      Delete
  10. Akak, akak pakai kereta apa waktu biat rsm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. sebab dah lama lupa pula pakai kereta apa masa tu.. rasanya macam viva.. kalau tak silap..

      Delete
  11. Sumpah membantu gile nota ni

    ReplyDelete
  12. akak, yg time cermin sisi tu kn..mcm mane kita nk betulkn yg sblh penumpang..sbb jauh kn..kene paksa capai jugak ke kene kluar kete betulkn ke kene mnta tlg penumpg? klu kene mntak tlg penumpang nk ckp mcm mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cermin belah sisi penumpang tu dah ok, awak just bagitahu je “cermin sisi kiri ok”..

      tapi kalau tak ok,

      rasanya kena turun untuk betulkan cermin sisi belah penumpang.. harap membantu :)

      Delete
  13. Esok ujian qti..Doakan saya dpt buat dengan tenang ya

    ReplyDelete
  14. Thank you for the notes. Saya lulus ulangan JPJ harini sebab baca note ni hehe. Mashehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure awakkk... and congratssss! 😄

      Delete
  15. Tq sis, note membantu sy, nk amik ujian jpj dlm msa trdekat, smoga dipermudahkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. thank you sudi baca note saya.. wish you luck! all the best tau.. semoga lulus dengan jayanya

      Delete
  16. thank u untuk post ni. saya refer post ni je. semoga saya lulus. and semoga Allah SWT permudahkan urusan awak sebab senangkan org dgn post ni :)

    ReplyDelete
  17. Hrmmmmm rasa xjadi nk ambil lesen 😭😭😭

    ReplyDelete
  18. Akak doakan saya jpj pada 10/08/2023 ye

    ReplyDelete
  19. Untuk periksa takometer, perlu tekan pedal minyak atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu. sebab haritu pegawai QTI saya mention saya gagal sebab test takometer tanpa press pedal minyak.

      Delete
  20. terima kasih sangat kak bagi tips , semoga dipermudahkan urusan selalu ya.

    ReplyDelete
  21. kak, perlu keluar kereta untuk check lampu sume menyala ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pun awak. Just bagitahu lampu kereta tidak retak dalam keadaan baik mcm tu je.

      Delete
  22. doakan saya pass jpj esok kak

    ReplyDelete
  23. Kebetulan saya tengah cari rsm dan rpk terjumpa blog ni.harap ii otak saya dapat beri kerjasama 😭.esok dah test jpj apa pun x study lg

    ReplyDelete
  24. Kalau dah selesai buat RSM kena bgth apa2 ke dkt pegawai jpj?

    ReplyDelete