Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank

Assalamualaikum & hi,

Korang pernah tak alami masalah dimana korang nak buat transaksi menggunakan VISA debit/credit maybank, tapi MSOS code tu dihantar ke telefon lama korang? Sebab haritu ekin nak buat transaksi dengan menggunakan VISA debit ni tau, tapi bila nak request untuk dapatkan MSOS code tu... rupanya dia hantar ke nombor lama ekin yang dah lama tak aktif.

Pelik lah jugak kan? Sebab setahu ekin, ekin dah update nombor ke nombor telefon terkini untuk maybank2u bagi menerima TAC code ni. Rupanya, dia tak update sekali. Selama ni ingatkan dah tak ada masalah dah dengan nombor telefon. Alamatnya... kena lah update sekali lagi dengan pihak maybank.

Jadi, puas lah ekin godek-godek macam mana nak update nombor telefon terkini untuk terima MSOS code ni. Oleh itu, untuk entry kali ni ekin nak cerita lah dekat korang proses macam mana ekin update nombor telefon untuk menerima MSOS code dengan pihak maybank.

Semoga entry ni bermanfaat untuk korang yang tengah cari cara untuk update ke nombor telefon terkini :)


Bagi yang tidak tahu apa itu MSOS code, MSOS code adalah singkatan bagi Maybank Secure Online Shopping. Biasa kalau korang buat payment untuk online shopping, mesti kebanyakkannya korang akan bayar pakai maybank2u kan? Sama lah macam ekin. Kalau nak tahu, ekin pun baru je tahu kewujudan MSOS ni. Rupanya, pemegang kad debit maybank pun boleh bayar pakai VISA jugak korang! Punyalah kuno ekin ni. Hahaha.

Ekin ingatkan bayar pakai VISA ni untuk pemegang kad kredit je boleh. Rupanya, pemegang kad debit pun boleh jugak. Tapi, kena makesure dekat kad korang tu ada logo VISA lah baru boleh bayar pakai VISA ni.

So, bila dah berhadapan dengan masalah sedemikian... ekin agak frust lah jugak sebab nya ingat dah tak ada apa-apa masalah dengan nombor telefon. Sebab masa nak update nombor telefon maybank2u tu pun kena pergi ATM kan untuk update. Macam leceh lah sikit. Hehehe. Ekin ni dah lah tahap kerajinan tu senipis kulit bawang je.

Google punya google, ekin adalah nampak satu post facebook orang ni tanya dekat page maybank macam mana nak update nombor telefon untuk terima MSOS code ni. Kebetulan pulak, kes dia sama dengan kes ekin. Ekin pun apa lagi, menyibuk lah jugak baca komen dekat posting orang tu. Sebab nak tahu ennn. Hiihii.


Dah baca segala komen yang ada, ended up maybank suruh private message mereka untuk bantuan selanjutnya. Jadi, ekin pun macam terpanggil lah untuk hantar private message dekat fb page maybank bagi membantu masalah ekin juga.

"Hi Maybank, saya nak tanya macam mana kalau saya nak tukar nombor telefon untuk terima MSOS code? Sebab saya dapati code tersebut dihantar ke nombor telefon lama saya yang dah terminated"

Hahh, lebih kurang macam tu lah ayat ekin. Hahahha. Tak lama tu dalam 2 jam lah jugak, pihak maybank pula tanya sama ada nombor telefon terkini ekin dah dikemaskini untuk perkhidmatan TAC ke belum. So, ekin jawab jelah yang ekin dah kemaskini ke nombor telefon terkini bagi perkhidmatan untuk mendapatkan kod TAC. Kemudian, pihak maybank minta ekin untuk berikan details nama, no ID dan no telefon untuk bantuan lanjut. Lepas dah bagi details tu, pihak maybank kata mereka akan mengaturkan bagi panggilan semula daripada pegawai berkenaan isu yang diajukan ni. So, dalam pukul 9 pagi macam tu ekin dah terima panggilan masuk daripada pihak maybank. Ekin pun macam double woww gituh. Sungguh cepat ya tindakan mereka. Bagus bagus..

Masa call tu, pegawai tu ada lah minta pengesahan terlebih dahulu sebelum dia tukarkan nombor telefon kita ke nombor telefon terkini. Kalau tak silap ekin, pegawai tu minta pengesahan untuk bacakan nombor kad, nombor ID, nama penuh, no akaun maybank dan nombor telefon kita... kalau tak silap. Dah confirm semua tu, pegawai yang call kita akan tukarkan nombor telefon ke nombor terkini. Senang je korang! Tak sampai 10 minit pun.

Lepas dah tukar nombor telefon, nanti kita akan terima sms notification yang mengatakan nombor telefon kita telah ditukar ke nombor telefon terkini.

So, lepas ni boleh lah kalau nak shopping guna VISA pula. Hehehe. Tapi kalau ada yang tanya apa beza shopping guna VISA dengan maybank2u, korang jangan tanya ekin. Ekin tak tahu. Kahkahkah. Ok lah, sekian sahaja pengalaman cerita ekin nak update nombor telefon lama ke nombor baru untuk perkhidmatan MSOS. Harap bermanfaat untuk korang juga.

Thanks for reading and bye!

21 comments

  1. Tq for the info..blum. pernh experience tukar no sebab terfikir bnda mcmni akn jdi..sebb byk dh reg no dengan bank n lain2 financial institution..tpi ni good info... pernh hilng fon, pergi celcom centre..buat sim baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. susah juga kalau tukar2 nombor phone.. nanti macam2 nak kena tukar. hahaha

      Delete
  2. Nak call dorg kat talian ape ek..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh call customer service mereka.. nombor ni saya ambil dekat website maybank msos Customer Care Hotline at 1-300-88-6688

      Delete
  3. fon x bleh call lg dk kena block bil blom byar

    ReplyDelete
  4. mcm mne nk buat ni nk call x bleh plak bil kna block hadoi haii meleecet pisang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak nak tukar ke nombor telefon yang dah kena block tu ke? kalau ya, awak boleh je clear kan bil yang belum bayar tu atau boleh je tukar ke nombor lain yg awak guna

      Delete
  5. Tukar msos code tu sama je ke dengan tukar tac number?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud awak proses cara nak tukar ke? haah sama.. kena hubungi pihak bank..

      tapi msos code tu tak sama dengan tac number..

      tac number tu adalah nombor tac yang kita terima melalui sms apabila buat pembayaran online banking (maybank2u / cimb clicks / dll)

      tapi msos code tu adalah code yang kita akan terima melalui sms juga.. apabila buat pembayaran online dengan memasukkan details card (selain maybank2u , dll)

      harap awak faham.. maaf lah saya tak tahu nak terangkan macam mana sangat hehe

      Delete
  6. Boleh ke tukar no telefon maybank2 online yang baru melalui mesin atm may bank

    ReplyDelete
  7. hi may i know how long is the whole process from messaging them on fb to successfully renewed your code's number? cuz i just messaged them on fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. dalam 2,3 days macam tu dorang dah reply dah..

      Delete
  8. Hai sis mcmna sis buat call kt hotline tu eh pstu ? Nt operator tu suh pilih mna kita tk tau yg mne stu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. saya tak call.. pihak bank yang akan call saya sebab masa saya message tu, dorang dah bgtau yang mereka akan arrange kan panggilan untuk kita gitcheww..

      Delete
  9. Dia minta id apa kak ? Mb2u punya id ke ? Kalau mb2u kita tk aftifkan perbankan online,mcm mana ? Boleh ke kita request nk update msos nombor je ? Melalui hotlines maybank tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh bukan2.. no ID tu nombor IC ☺️

      Delete
    2. Kita nak tukar nombor telepon,supaya kita boleh buat mybank2u,yang lama sudah hilang

      Delete
    3. Macam mana nak tukar nombor telepon

      Delete
  10. tq ekin perkongsian, semoga bermanfaat kepada yang lain2

    ReplyDelete
  11. Tq ekin.. sangat9 berguna maklumat awak ni.. 😊👍👍

    ReplyDelete