Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa

Disebabkan malam ni Ekin free sikit, so Ekin nak cerita dekat engkorang semua pengalaman Ekin pergi buat lesen P dekat JPJ Padang Jawa yang terletak di daerah Shah Alam ni. Baru je pergi haritu, tak silap Ekin hari selasa yang lepas (26/03/2019).

Actually, dah lama dah lulus ujian JPJ ni. Rasanya haritu Ekin test dengan JPJ masa 16/03/2019. Kira lama lah jugak kan. Huhu. Nasib baik terus lulus. Kalau tak melayang lagi lah duit Ekin jawabnya nak kena belajar apa yang tak betul lagi.

JPJ Padang Jawa (Pintu 6)

Sebelum engkorang tanya Ekin belajar memandu dekat mana?! Ada lah lebih baiknya Ekin jawab dulu kan?! Mungkin ada sesetengah daripada korang yang baru nak ambil lesen kereta, masih tercari-cari institusi mana yang bagus dekat Shah Alam ni kan. So, untuk belajar memandu Ekin memang buat dekat Institute ManduCekap Hi-Tech Shah Alam. Korang boleh pilih sama ada nak direct terus daftar dekat sekolah memandu tu atau cari agent under sekolah tu sendiri. Korang google je. Nanti ada lah tu dia keluar.

Okay, bersambung balik pengalaman Ekin buat lesen P ni. Eh, actually bukan lah pengalaman mana pun kan?! Saje jelah nak cerita dengan engkorang semua apa yang nak kena buat, mana tahu ada lah jugak sedikit sebanyak manfaatnya bila Ekin cerita dekat korang ni. Huhuu.


Apa yang perlu buat sebelum pergi JPJ?

Pertama-tama mestilah kena lulus ujian JPJ. Ye dokk?! Ohokk ohokkk.

Bila dah lulus ujian JPJ, sebelum nak pergi JPJ untuk buat lesen P bagi pertama kali, engkorang kena lah fotostat ic depan dan belakang dekat kedai. Kalau ada printer sendiri, hahhh lagi senang engkorang boleh fotostat sendiri. Tak perlu susah-susah pergi kedai.

Gambar passport korang (background putih) pun korang kena prepare awal-awal sebelum nak pergi JPJ. Gambar tu pulak perlulah bersaiz 25mm x 32mm. Senang cerita, masa engkorang pergi tangkap gambar tu... cakaplah dekat orang tu "nak tangkap gambar passport background putih untuk buat lesen". Nanti dia faham lah tu nak kena buat apa.

Dan, untuk pengetahuan korang... nak buat lesen P bagi pertama kali ni korang memang WAJIB pergi JPJ tau dan bukannya pejabat pos ataupun JPJ yang ada dekat UTC and so on lah. Nak tukar nanti pun kena pergi JPJ. Untuk renew baru korang boleh pergi pejabat pos atau JPJ dekat UTC tu.


Apa yang perlu dibawa semasa ke JPJ?

Ini adalah benda yang korang kena bawa masa pergi dekat JPJ tu nanti. Ekin list kan je supaya korang senang nak take notes.
  1. Kad pengenalan & Salinan kad pengenalan
  2. Keputusan JPJ
  3. Gambar passport background putih (25mm x 32mm)
  4. Duit RM60.00 untuk tempoh 2 tahun
Bila dah prepare semua benda ni, dan dah sampai dekat JPJ Padang Jawa... engkorang kena ambil tangga belah kiri untuk naik ke level 1 JPJ Padang Jawa tu. Nanti belah kanan korang akan jumpa pintu 6 dimana dekat sini lah korang akan buat lesen P.

Ambil je nombor, duduk sampai nombor kena panggil. Dekat kaunter tu nanti, korang bagilah dekat pegawai yang bertugas segala benda yang korang bawak tu. Dekat situ juga korang kena bayar RM60 untuk lesen kereta manual/auto bagi tempoh 2 tahun.

Lepas dah selesai, pegawai bertugas tadi akan bagi dekat korang bukti pembayaran dan gambar passport berlatar putih semula dekat korang untuk dihantar ke kaunter 11@12. Dah hantar, korang kena tunggu lagi sehingga nama dipanggil. Dekat sana baru dorang akan proses buat lesen P korang tu.

Tunggu je sampai nama kena panggil. Bila dah kena panggil, pergi dekat pegawai bertugas tu... ambil lesen P korang dan dah selesai... korang pun boleh balik. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai permohonan lesen memandu percubaan (PDL), korang boleh baca di website rasmi JPJ atau klik je dekat bawah ni.

Website : Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL)

~

Pesanan tuan rumah:

Kalau korang nak tanya apa-apa, boleh tanya je dekat ruangan komen di bawah ni tau. Jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME tu supaya korang akan dapat notification bila ekin reply komen korang okay :)

Kalau nak maklum balas yang cepat, korang boleh terus DM je dekat ig ekin tau.

Find me on social media:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee


66 comments

  1. assalammualaikum kak, saya nak tanya. Pagi tadi saya dah pergi jpj tu buat lesen p lah kan. semua yang akak cerita tu betullah sampai kena hantar resit pembayaran tu kat kaunter lain. Then , saya terus balik selepas selesai berikan resit tu. tak tau pulak kena tunggu sampai dia panggil nama. sbb staf kat situ pun tak cakap apa apa. So , macam mana ye? ada idea tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, rasanya awak boleh pergi je tanya dekat kaunter tu semula. rasanya dia mungkin ada simpan lesen yang tidak dituntut. apapun, kalau nak selamat, awak cuba call jpj tu tanya macam mana okay :D

      Delete
  2. Salam
    Klu nk buat lesen p bole wakilkn org x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh awak :) tapi rasanya orang nak nak wakilkan tu kena bawa semua dokumen/gambar yang diperlukan lah.

      untuk maklumat lanjut, awak boleh pergi dekat website jpj ni : http://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu

      Delete
    2. Assalamualaikum. Nak tanya, masa ujian jpj b2 tu saya lulus tau. Tapi kertas lulus tu hilang pulak huhuhu. Boleh ke nk buat juga lesen P kt jpj nnti?

      Delete
  3. hai nak tanya. lesen P tu mmg pakai gambar passport eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar passport background putih, kalau pergi kedai.. cakap je nak tangkap gambar utk lesen kereta.. nanti dorang tahu :)

      Delete
  4. hai sis nak. tnya klau buat lesen p then hritu jugak ke dpt or tnggu hari

    ReplyDelete
  5. Hi.. Nak tanya kat sana pun boleh buat lesen L tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay tq. Datang blog ni lagi sebab nak buat lesen P pula. Haha

      Delete
    2. wahhh congratsss :D anyway,, thank you sebab sudi datang blog ni lagi.. hehehe

      Delete
  6. Hye . sy dh lulus jpj isnin lepas kna tunggu bgi cukup 3 hari or harini pon dh boleh buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, congratss 👏🏻 haritu saya tunggu cukup 3 hari but ada my friend dia pergi keesokannya pun dah boleh buat dah 👌🏻

      Delete
  7. assalamalaikum sis .. saya dah lulus jpj (kereta) bulan 4/2019 masa tu tp saya belum buat lesen P lagi .. bole ke saya buat lesen P lagi ?? kena bayar saman ke apa ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, yang tu saya tak pasti.. tapi kalau dah lulus jpj, boleh je buat lesen terus.. apa2, awak boleh call pejabat jpj yang terdekat :)

      Delete
  8. Kak boleh tak citer experience akak buat ujian tu...sius nak tau...nanti tak ada la risau sangat...and nak tau dia ada tanya tak tentang alat pekakas motor tu smua...please kak🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak.. ada masa lapang nanti saya buat ya :)

      tapi kalau nak tanya apa2, boleh DM je dekat ig saya oki

      Delete
  9. Assalamualaikum. Saya pun baru lulus, ikut hari dah 14 hari ni dah! Rasa nya selasa saya nak gi buat ni. Semua saya dah siap gambar, salinan i.c, slip keputusan dan salinan lesen L. Dari gayanya berapa lama ambik masa nak selesai urusan ni?. Saya nak buat kat JPJ Genting Kelang. Saya tak nak ambik cuti ni! Kalau cepat siap saya telefon jer boss kata sampai ofis lewat sikit.
    ..sebab ada hal. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak.. selalunya dalam masa satu hari tu je dah boleh siap.. kalau tak ramai orang, sekejap je proses dia :)

      Delete
  10. Boleh ke nak buat lesen p to dkt utc je x yh g jpj

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak buat lesen P kena pergi cawangan JPJ juga.. melainkan kalau nak renew je baru boleh pergi dkt UTC atau mana2 pejabat yg boleh renew lesen :)

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Hi. Nak tanya kalau ujian litar gagal tapi jalan raya lulus. Dah boleh p ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak..

      Belum.. kena lulus dua2 dulu, baru boleh buat lesen P.. sbb nak buat lesen P, JPJ akan minta slip result lulus kita tu ;)

      Good luck!

      Delete
  13. Salam saya nak tanya . If kita dah bayar semua dekat tempat kita ambik lesen . Kita perlu bayar lagi ke RM 60 tu dekat jpj

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,

      maksud awak dah bayar semua termasuk buat lesen P ke? kalau dah bayar semua termasuk lesen P, cikgu tu yg akan uruskan :)

      tak perlu bayar lagi kepada JPJ 👌🏻 kecuali kalau nak renew

      Delete
  14. Salam, wajib ke bawa keputusan jpj kalau nak buat P? Dalam website jpj cakap bawa ic, gambar & duit je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. saya x pasti sama ada wajib atau tidak.. tapi make sure bawak lah kalau boleh supaya pegawai tu tahu sama ada awak lulus ke tak ✌🏻

      Delete
  15. Hi, nak tanya saya dah lulus jpj khamis lepas. Saya dah ada P utk lesen moto, saya still kena bawa document yang macam awak cakap kat atas tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x pasti kalau kes mcm ni.. mungkin boleh tanya jpj mcm mana..

      Delete
  16. Assalamualaikum sis.. Nak tanya.. Kalau saya dh lepas test jPJ bila ya saya boleh dapat lesen P tu ya.. Berapa lama boleh siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak,

      Kalau dah lulus test JPJ, biasanya kena tunggu 2,3 hari sebelum pergi JPJ untuk buat lesen P (siap dalam 1 hari)

      Delete
  17. Hi sis , nak tanya betul ke tempoh nak buat lesen P ni tak boleh lebih dari setahun ? Sebab saya ambil lesen motor & kereta. Motor saya dh lulus awal tahun 2019 lepastu kereta hujung tahun 2019. Boleh ke tunggu sampai lulus kereta dulu baru boleh buat lesen P utk kedua - duanya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak,, kalau 2 in 1 ni saya tak berapa pasti.. tapi kalau tak silap saya, kalau kereta sahaja kena dapatkan dalam tempoh 2 tahun, kalau tak.. kena daftar semula.. ni kalau tak silap saya.. saya pun dah lupa.. hehee

      Delete
  18. Salam kak maaf nak tanye..saya arini dah lulus ujian lesen kete..boleh ke arini jugak saya buat lesen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak, kalau saya kena tunggu 2,3 hari baru boleh buat.. tapi ada kawan saya dia pergi je masa hari yg sama tu, boleh je..

      Delete
  19. Kalau lesen moto b2 berapa kena bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak, kalau lesen moto b2 saya tak berapa pasti..
      tapi awak boleh check dekat link sini >> https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu

      Delete
  20. Salam, masa buat lesen P di JPJ, slip keputusan dan lesen L pegawai ambil atau dipulang semula ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, kalau saya dulu lesen L dia pulang balik.. cuma slip keputusan je dia ambil

      Delete
  21. found ur blog by chance sebab sy lulus jpj 20/2 haritu tapi sampai harini belum buat lesen p... takut kena daftar balik semula jeee, btw, done follow hehe

    https://itsthesuraya.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak apa.. rasanya boleh lagi tu kalau nak buat lesen p terus sbb mmg dah lulus jpj kan :)

      Delete
  22. Salam nak tanyee..kalau weekend jpj bukak ke??sorry bertanye😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam awak.. kebiasaanya hari minggu pejabat JPJ tutup :)

      Delete
  23. Aslm ..klau kite hilang salah satu slip keputusan jpj x kesah laa bahagian 2 atau 3 , nk kne buat apee yee ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, yang ni saya tak pasti pulak.. awak boleh tanya JPJ sebab rasanya mereka mesti ada simpan rekod dalam sistem.. apa apapun, awak boleh tanya dulu tau.

      Delete
  24. Assalammualaikum sis, saya baru lulus jpj. Ambik di kedah, now nk buat lesen P di putrajaya. Tetapi, pusat latihan memandu saya hanya bagi keputusan jpj bahagian 2 je, bahagian 3 tak diberi. Mcm mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. mungkin awak boleh call jpj untuk maklumat lanjut.. saya tak pasti sangat kalau macam ni.. mungkin kot kott mereka dah ada keputusan jpj awak dalam sistem mereka ke..

      Delete
  25. hi nk tny, brp lama ya tnggu nk siap P kt jpj tu? sy nk pegi esk tkut tak smpt pulak klu tnggu lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak.. maaf lambat balas komen.. haritu saya pergi sekejap je dah siap sebab masatu tak ramai orang.. tapi kalau awak pergi time peak hour tu mungkin ambil masa sikit sebab nak kena tunggu giliran.

      Delete
  26. hi, saya repeat test 3 kali. time kali kedua tu saya lulus bahagian 3 dan kali ketiga saya lulus bahagian 2. boleh ke pergi buat kad p tu if dekat kertas jpj tu just tulis lulus dekat salah satu bahagian je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. sebab nanti dia faham lah yang bahagian satu lagi tu dah lulus, kalau tak dia mesti tulis gagal kan. lagipun semua dah ada dalam sistem :)

      Delete
    2. maaf lambat jawab.. betul tu awak..terima kasih tolong jawabkan :D

      Delete
  27. Hi..assalamualaikum.. Sy nk tanya.. Nak buat lesen P tu, kena dtg hari selasa je ke? .. Atau hari lain pun boleh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi waalaikumussalam, boleh je datang hari lain 👌

      Delete
  28. Assalamualaikum akk..saya nk tnye..jpj saya di selangor dan saya nk msuk bljr balik di poli di kedah ...slip jpj dah ada dkt.saya..boleh ke saya buat di kedah?

    ReplyDelete
  29. Nak tanye kalau buat lesen P SHJ UNTK MOTOR DAN KERETA BERAPA YEE..???

    ReplyDelete
  30. Hi, nk tanya keputusan hasil test jpj tu both ujian ke kena bawa? Sbb yg test jpj bahagian jalan raya sayabtah kemana hilangnya, 🤦‍♀ ya lah pkp punya pasai, tapi dedua lulus lah, yg litar masih ada sbb baru buat 26.10 ritu🤭 hilang/x igt mana simpan kes pkp yg menyebabkan hampir tamat tempoh lesen L yg 2 taun tu😭 nasib lulus juga test bhgn litar 26 ritu🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis mcm mana? takpe ke if ada slip lulus test jpj utk 1 bahagian je? 😭😭 saya ada problem yang sama nak gi jpj buat lesen p hope sis boleh jawabkan

      Delete
  31. Assalamualaikum siss..kalau slip keputusan jpj tu hilang mcm manaaa takkan la nak kene repeat test lagii😢

    ReplyDelete
  32. Kalau test JPJ dah lulus tapi test JPJ ni buat di Kedah. Boleh ke saya buat lesen P di Selangor?

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum, jika slip result test jpj tu hilang. macam mana ye? tunjuk gmbr boleh ke? gmbr slip result test jpj tu. sbb saya gagal jalan raya. so saya ambik ujian ulangan. so slip yang ada dgn saya slip test jpj jalan raya yg ulangan sahaja. slip test jpj yg lulus litar tu hilang.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum kak. Kan akk kata ada kena bwk keputusan lulus ujian jpj tp tmpt yg sy blaja tu dia x bg pun slip yg sy dh lulus. Cmne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis mcm mana? takpe ke if tak dpt slip lulus test jpj tu? 😭 saya ada problem yang sama jugaaaa tolonggg

      Delete