Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Bersempena hari lahir ibu Ekin hari ni, kami adik beradik decide nak belanja ibu makan. Sebab dari dulu lagi ibu selalu ajak makan dekat tempat yang kitaorang tak pernah makan. Katanya nak mencuba menu yang baru. Jadi, alang-alang birthday ibu hari ni, kitaorang decide lah nak belanja makan.

Cari punya cari, jumpa lah satu tempat yang ramai orang bagi feedback positif. Tengok gambar pun macam menarik je. So, kitaorang pun decide lah nak pergi dekat The Grill, Wangsa Maju ni.


Ini lah tempat nya. Kitaorang sampai dekat sini dalam petang macam tu lah. Dalam pukul 2 lebih sampai dekat sana. Tempat ni dorang buka dari jam 12:00pm sampai 10:00pm (Selasa-Ahad). Hari Isnin, dorang tutup kedai. Disebabkan birthday ibu tahun ni jatuh hari Sabtu, kira ada chance lah nak makan dekat sini. Hehehe.


The Grill ni terletak dekat tingkat atas. So, sampai dekat tempat lokasi tu kitaorang kena lah naik tangga. Nasib baik lah dekat level 1 je. Kalau atas lagi, mahu jenuh nak naik tangga. Kami adik beradik tak pe lah naik tangga banyak kali pun. Hahaha. Takut ibu je yang tak laratnya nak naik tangga. Hiikhokk.

Cafe The Grill ni memang cantik gilerr design dia. Suasana dia pun selesa dan sesuai lah kalau korang nak bawa keluarga makan dekat sini ke apa. Staff dekat sini pun baik-baik je semuanya tapi cuma kurenggg sikit dari layanannya.

Tadi masuk-masuk je dekat pintu masuk tu, kitaorang yang first time datang ni macam nak cari lah tempat duduk dekat mana. Tengok meja paling maximum boleh muat 4 orang. Supposedly, staff yang akan tunjuk tempat duduk and kalau tak cukup boleh rapatkan meja. Tapi, tadi Ekin yang gagahkan diri pergi tarik meja nak gabung bagi cukup 5 orang duduk. Tapi takpe, as they were smile all the time... I maafkan uols githewww. Benda kecikk jeh.

Before datang sini, Ekin memang akan tengok review dan feedback daripada orang ramai tau. Dorang memang cakap makanan dekat sini sedap and berbaloi. Yang paling bestnya, kalau korang pergi dekat instagram The Grill ni kan, dorang memang dah siapkan terus dengan menu serta rate harga makanan yang ada dekat highlight instagram dorang. So, kita boleh lah terus tengok menu apa yang ada dan yang nak order nanti. Senang!


Air yang sampai dulu :) Belah kiri tu air matcha (RM12.00), adik Ekin punya dan sebelah kanan tu air chocolate (RM10.90) sudah semestinya Ekin punya.


Makanan ayah pulak sampai kemudiannya. Yang ni adalah salmon with apple relish with two (2) sides dish. Untuk sides dish ni ayah Ekin ambil grilled mexican corn on cob dengan louisiana coleslaw. Total untuk menu ni RM33.90 sahaja.


Yang ni pula adalah menu yang ibu Ekin ambil iaitu creamy parmesan garlic mushroom chicken with two (2) sides dish. Untuk sides dish, ibu Ekin ambil old fashioned onion rings dengan louisiana coleslaw. Total untuk menu ni RM22.90 sahaja.



Dua atas ni adalah menu yang sama tapi berlainan side dish. Ekin dengan adik Ekin masing-masing ambil satu (1) side dish je. Nama menu atas ni adalah chicken parmigiana with 1 side je. Yang atas tu side louisiana coleslaw adik Ekin punya. Side yang ada mediterranean rice tu pulak Ekin punya. Untuk menu chicken parmigiana with one (1) side ni total dia RM17.90 sahaja.

Overall, tempat ni memang best! Makanan pun sedap dan berbaloi. Kalau nak makan sekali sakala boleh lah. Tapi kalau hari-hari makan dekat sini, memang nipis lah poket. Hehehe.

Korang pernah tak alami, selalunya kalau pergi restoran western cenggini mesti nak kena tunggu lama untuk makanan tu siap kan?! Tapi, The Grill ni memang pantas dan efisien dorang buat kerja. Kitaorang tak tunggu lama pun, tupp tuppp makanan dah sampai. Tempat pun selesa. Senang citerr memang best lah! Hahaha.

Kalau korang pun nak cari tempat makan yang best-best atau nak bawak family/kawan-kawan belanja makan ke apa... try lah pergi dekat The Grill, Wangsa Maju ni. Memang best!

Apapun, Ekin harap my mom happy makan dekat sana. Hikhok. Risau pulak kalau tak tepati citarasa ibu. Tapi, tadi tengok ibu makan sampai licin kira sedaplah tu kan?

Alright, itu sahaja untuk entry kali ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai The Grill, Wangsa Maju ni korang boleh klik je link yang Ekin dah tepek dekat bawah ni. Anyway, kalau korang ada wish birthday untuk my mom boleh lah tepek dekat ruangan komen dekat bawah ni yaa :) Nanti Ekin akan sampaikan dekat my mom.

p/s: this is not sponsored post :)

Instagram: @thegrillbypops

Alamat: Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 

Disebabkan malam ni Ekin free sikit, so Ekin nak cerita dekat engkorang semua pengalaman Ekin pergi buat lesen P dekat JPJ Padang Jawa yang terletak di daerah Shah Alam ni. Baru je pergi haritu, tak silap Ekin hari selasa yang lepas (26/03/2019).

Actually, dah lama dah lulus ujian JPJ ni. Rasanya haritu Ekin test dengan JPJ masa 16/03/2019. Kira lama lah jugak kan. Huhu. Nasib baik terus lulus. Kalau tak melayang lagi lah duit Ekin jawabnya nak kena belajar apa yang tak betul lagi.

JPJ Padang Jawa (Pintu 6)

Sebelum engkorang tanya Ekin belajar memandu dekat mana?! Ada lah lebih baiknya Ekin jawab dulu kan?! Mungkin ada sesetengah daripada korang yang baru nak ambil lesen kereta, masih tercari-cari institusi mana yang bagus dekat Shah Alam ni kan. So, untuk belajar memandu Ekin memang buat dekat Institute ManduCekap Hi-Tech Shah Alam. Korang boleh pilih sama ada nak direct terus daftar dekat sekolah memandu tu atau cari agent under sekolah tu sendiri. Korang google je. Nanti ada lah tu dia keluar.

Okay, bersambung balik pengalaman Ekin buat lesen P ni. Eh, actually bukan lah pengalaman mana pun kan?! Saje jelah nak cerita dengan engkorang semua apa yang nak kena buat, mana tahu ada lah jugak sedikit sebanyak manfaatnya bila Ekin cerita dekat korang ni. Huhuu.


Apa yang perlu buat sebelum pergi JPJ?

Pertama-tama mestilah kena lulus ujian JPJ. Ye dokk?! Ohokk ohokkk.

Bila dah lulus ujian JPJ, sebelum nak pergi JPJ untuk buat lesen P bagi pertama kali, engkorang kena lah fotostat ic depan dan belakang dekat kedai. Kalau ada printer sendiri, hahhh lagi senang engkorang boleh fotostat sendiri. Tak perlu susah-susah pergi kedai.

Gambar passport korang (background putih) pun korang kena prepare awal-awal sebelum nak pergi JPJ. Gambar tu pulak perlulah bersaiz 25mm x 32mm. Senang cerita, masa engkorang pergi tangkap gambar tu... cakaplah dekat orang tu "nak tangkap gambar passport background putih untuk buat lesen". Nanti dia faham lah tu nak kena buat apa.

Dan, untuk pengetahuan korang... nak buat lesen P bagi pertama kali ni korang memang WAJIB pergi JPJ tau dan bukannya pejabat pos ataupun JPJ yang ada dekat UTC and so on lah. Nak tukar nanti pun kena pergi JPJ. Untuk renew baru korang boleh pergi pejabat pos atau JPJ dekat UTC tu.


Apa yang perlu dibawa semasa ke JPJ?

Ini adalah benda yang korang kena bawa masa pergi dekat JPJ tu nanti. Ekin list kan je supaya korang senang nak take notes.
  1. Kad pengenalan & Salinan kad pengenalan
  2. Keputusan JPJ
  3. Gambar passport background putih (25mm x 32mm)
  4. Duit RM60.00 untuk tempoh 2 tahun
Bila dah prepare semua benda ni, dan dah sampai dekat JPJ Padang Jawa... engkorang kena ambil tangga belah kiri untuk naik ke level 1 JPJ Padang Jawa tu. Nanti belah kanan korang akan jumpa pintu 6 dimana dekat sini lah korang akan buat lesen P.

Ambil je nombor, duduk sampai nombor kena panggil. Dekat kaunter tu nanti, korang bagilah dekat pegawai yang bertugas segala benda yang korang bawak tu. Dekat situ juga korang kena bayar RM60 untuk lesen kereta manual/auto bagi tempoh 2 tahun.

Lepas dah selesai, pegawai bertugas tadi akan bagi dekat korang bukti pembayaran dan gambar passport berlatar putih semula dekat korang untuk dihantar ke kaunter 11@12. Dah hantar, korang kena tunggu lagi sehingga nama dipanggil. Dekat sana baru dorang akan proses buat lesen P korang tu.

Tunggu je sampai nama kena panggil. Bila dah kena panggil, pergi dekat pegawai bertugas tu... ambil lesen P korang dan dah selesai... korang pun boleh balik. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai permohonan lesen memandu percubaan (PDL), korang boleh baca di website rasmi JPJ atau klik je dekat bawah ni.

Website : Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL)

~

Pesanan tuan rumah:

Kalau korang nak tanya apa-apa, boleh tanya je dekat ruangan komen di bawah ni tau. Jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME tu supaya korang akan dapat notification bila ekin reply komen korang okay :)

Kalau nak maklum balas yang cepat, korang boleh terus DM je dekat ig ekin tau.

Find me on social media:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee


Hello beauty readers semua!

Kali ni Ekin nak review one of the multi-factor age reverse cream yang Ekin dah pernah cuba iaitu Revesol daripada Neil Armayan. Ekin dah pakai this cream for two weeks and now, Ekin nak share my personal review dengan korang semua :)

Untuk makluman korang, Revesol ni bukan jenis multi-factor age reverse cream yang biasa-biasa tau. Ianya didatangi bersama dengan teknologi hyaluronic filling spheres dimana ia memberi maximum hydration kepada kulit muka kita. Memang best sangat!


Inilah dia Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream with Hydration daripada Neil Armayan tu. Sebelum Ekin explain dekat korang mengenai produk ni, jom kita unboxing Revesol cream ni dulu :D


Unboxing Neil Armayan Revesol Box.


Front view dekat box Neil Armayan ni tertera nama Revesol Complex seberat 30 gram yang menggunakan teknologi PhytoCellTee Malus Domestica Stem Cells.


Back view ni pula menunjukkan cara penggunaaan, ingredients produk, manufactured date dan expired date.


Once kita buka box Revesol ni, akan tertera manfaat dan kebaikan teknologi daripada PhytoCellTee ni. Kalau korang nak tahu, box daripada Revesol ni memang exclusive tau. Box ni dia ada magnet dekat hujung tu. So, kalau korang tutup box ni.. akan nampak cantik, kemas dan exclusive lah! Hoho. Dah tak perlu risau dah nak simpan dekat mana kan?! Letak je dalam kotak ni elok-elok. Cantik je terletak dekat meja make-up korang tu.


Close-up Revesol cream. Dekat dalam gambar ni tak tertunjuk pulak. Kehkehkeh. Actually, dekat bekas Revesol ni dia ada tulis fungsi produk ni, cara penggunaan dan active ingredients yang ada dalam Revesol. Nanti Ekin akan tuliskan sekali apa fungsi dan active ingredients produk ni ya.


Tekstur Revesol.


Okay,

Now, kita akan bincang mengenai tekstur cream ni ya. Tekstur Revesol multi-factor age reverse cream with hydration ni more kepada cream-gel tekstur. Hahhh, macam mana tu kan?

Awal-awal masa Ekin nak apply, Ekin ingatkan tekstur produk ni jenis cream. Sebab sekali pandang memang nampak macam cream. And once you apply... taraaaaaaa. Magic happen! Bila korang apply je muka kan, dia more kepada gel cream. Sesiapa yang jenis kulit muka combination tu, memang sesuai dengan korang jugak tau.

Yang best masa apply gel cream ni, ia tak tinggal kesan lekit ke apa tau. Revesol ni memang cepat absorb dekat kulit muka. Dan selepas pemakaian, kulit muka akan rasa lebih lembap, lembut dan lebih glowing.




Korang nampak kan, lepas apply revesol cream ni... kulit lebih lembap, lembut dan glow. Sekarang, jom kita lihat apa kebaikan dan manfaat Revesol ni boleh buat dekat kulit muka kita.



Kebaikan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream with Hydration.



Fungsi dan Ingredients.

FUNCTION
To smooth away deep wrinkles and long lasting hydration. Hydrates to firm skin and allows the natural regeneration of collagen. Resulting a younger looking, more radiant and revitalized skin.

(Untuk melicinkan kedutan yang mendalam dan penghidratan tahan lama. Menghidrat bagi menegangkan kulit dan membolehkan regenerasi semula oleh kolagen. Hasilnya akan kelihatan lebih mudah, lebih berseri dan menghidupkan semula kulit)

INGREDIENTS
Aqua, Hydrogenated Polydecene, Saccharomyces Lysate, Ceteareth-25, Ceteareth-6, Dimethicone, Simmondsia Chinesis Seed Oil, Cetearyl Alcohol, Cyclohexasiloxane, Cyclopentasiloxane, Propanediol, Butylene Glycol, Carbomer, Copernicia Cerifera Cera, Ethylhexyl Palmitate, Malus Domestica Fruit Cell Culture Extract, Silica Dimethyl Silylate, Panthenol, Phenoxyethanol, Acacia Senegal Gum, Cera Microcristallina, Glycerin, Lecithin, Paraffin, Polymethylsilsesquioxane, Salicylic Acid, Stearic Acid, Tapioca Starch, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin, Triethanolamine, Tocopheryl Acetate, Acetyl Hexapeptide-8, Fragrance, Disodium EDTA, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Sodium Hyaluronate



ACTIVE INGREDIENTS
Ethylhexyl Palmitate, Silica Dimethyl Silylate, Butylene Glycol, sodium Hyaluronate, Saccharomyces, Lysate Corn Starch Modified, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Malus Domestica Stem Cell, Salicylic Acid, Acacia Senegal Gum, Acetyl Hexapeptide-3, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil


Cara Penggunaan.

Apply it every morning and night after cleansing and toning.
Gently massage on to your skin. Let the cream fully absorbs into the skin.


Personal Review.

Okay, sudah tiba masanya untuk Ekin review Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream with Hydration ni. Personally, Ekin memang suka gilerr dengan cream ni. Kulit Ekin jenis combination skin tau, but surprisingly cream ni buat muka Ekin rasa tak berlekit langsung after application. Dia memang really absorb well to skin and definitely, cream ni memang one of hydration cream yang Ekin suka!


Because I ada experience skin breakout gilerr2, acne and pimples memang senang sangat naik dekat muka ni and after the breakout season tu my skin become very sensitive. Can you see dekat small picture atas ni, I had few pimples on my skin and masa ni skin I rasa teruk and kusam. I sendiri segan tengok muka sendiri tau. *isk iskkk

And after using this revesol cream with hydration, kulit muka Ekin nampak lebih bermaya and well hydrated.

Acne and pimples pun tak berani naik tau sebab it has ingredient of salicylic acid yang sesuai untuk kulit muka berjerawat. So, I really love this cream. Ekin dah jatuh cinta dengan revesol cream ni. My skin become elastic and smooth.

Walaupun, it look small kan... but for sure cream ni mampu bertahan 2-3 months sebab after 2 weeks pakai pun memang still banyak lagi. Ekin pakai siang dan malam before tidur and still tak luak sangat pun tau. Memang berbaloi.

So, kalau korang nak dapatkan this Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream with Hydration ni, korang boleh klik je link dekat bawah ni okay :D

Dan khas untuk my beauty readers ♥ for those yang nak dapatkan this cream, you can use this voucher code (NEILASY50) to claim 20% discount on shopee apps/website. Klik je link dekat sini (bit.ly/revesol) untuk direct pergi ke shopee apps/website. 20% discount voucher code ni terhad kepada 10 orang terawal sahaja tau. So, grab it while you still can.


Facebook : Neil Armayan
Website : Neil Armayan
Shopee : NeilArmayan

Kali ni Ekin nak share dengan korang semua satu brand skincare yang sememangnya fokus dorang dalam pembuatan penjagaan kulit muka adalah daripada bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya seperti Sodium Laureth Sulphate (SLS), parabens, derivetif haiwan, pewarna dan sebagainya.

Sanny & Joleen Lifestyle skincare.

Apa yang Ekin suka dengan brand dorang ni adalah dorang memang fokus terhadap skincare yang terdiri daripada bahan semulajadi. Dan mereka sememangnya akan meneliti dalam pemilihan setiap bahan seperti anti-oksida agar kulit tampak lebih sihat.


Taraaaaa... Ini lah dia Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum. Best mengenai antioxidant serum ni, korang boleh pakai sama ada di wajah ataupun badan. Kiranya multi-purpose lah. Jimat memang jimat kan?! Senang! Tak perlu beli banyak-banyak produk penjagaan diri. Kihkih.

Dalam gambar atas ni adalah saiz botol serum yang 10ml punya. Antioxidant serum by Sanny & Joleen Lifestyle ni didatangi dalam dua saiz. Saiz kecil dan besar. Untuk saiz kecil (seperti gambar di atas) isipadunya adalah sebanyak 10ml manakala untuk botol saiz besar, isipadunya adalah sebanyak 30ml.
Kecil (10ml)
Besar (30ml)


Ini adalah what it wrote on the box. 

"This antioxidant serum is packed with antioxidant goodness from tocotrienol (vitamin E), calendula oil and olive oil. We love applying it for that added radiant glow and hydration throughout the day. It is non greasy and absorbs quickly into the skin. Use a few drops daily during day and night to boost skin brightness and nourish the skin."

Korang nampak tak Ekin highlight tulisan dekat atas tu. Antioxidant serum ni memang best tau sebab dia tak berminyak/berlekit dan serum ni memang quickly absorbs dekat dalam kulit muka kita tau. Lepas pakai, rasa licin je kulit muka ni.

Ini pula adalah ingredients untuk antioxidant serum daripada Sanny & Joleen Lifestyle.

aqua, niacinamide, glycerin, trehalose, citrus reticulata (tangerine) peel extract, yeast beta glucan, sodium acrylates copolymer, sorbitan caprylate, panthenoll, lecithin, tocotrienols, calendula officinalis seed oil, olea europaea (olive) fruit oil, propanediol, benzoic acid, tetrasodium glutamate diacetate


Antioxidant serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk for those yang ada sensitive skin. Serum ni dermatologist tested, free from sulphates and paraben dan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya for long term which is:
  • No sodium lauryl sulfate
  • No sodium laureth sulfate
  • No animal derivatives
  • No mineral oil
  • No alcohol
  • No harsh detergent
  • No artificial colours
  • No EDTA
  • No propylene glycol
  • No synthetic fragrance

Kebaikan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle.

1. Lighten pigmentation
2. Reduce acne & post acne mark
3. Reduce scar
4. For dehydrated skin
5. Reduce sunburn effect
6. Stretch mark

Beauty Check Result.

beauty check from cosdna website

Kalau korang tengok ingredients analyzer daripada website cosDNA ni juga menunjukkan semua ingredients dia colour hijau which is safe to our skin githewww.


Ni pula adalah tekstur untuk antioxidant serum ni. Tekstur untuk antioxidant serum ni adalah jenis liquid with non-oily formulated serum. Dia memang meresap cepat ke kulit dengan satu sapuan je korang. 

Untuk dapatkan antioxidant serum ni korang boleh dapatkan melalui online dan juga offline. Untuk dapatkan antioxidant serum ni secara online, korang KLIK SINI untuk direct ke website mereka atau korang klik je link di bawah ni.

ANTIOXIDANT SERUM SANNY & JOLEEN LIFESTYLE

Untuk mendapatkan antioxidant serum ni secara offline pula, korang boleh pergi ke kedai farmasi yang terpilih sahaja. Kedai farmasi terpilih ni mostly ada di semua negeri termasuklah Johor, Pahang, Perak, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Kedah, Kelantan, Melaka dan juga Negeri Sembilan (KLIK SINI UNTUK SENARAI FARMASI TERPILIH)

Okay, itu sahaja entry kita untuk kali ni. See you guys in my next entry ;)

Sesiapa yang follow social media Ekin, mesti korang tahu yang Ekin ada post mengenai Sneapy "Talking Gift Card" ni. Talking gift card ni lebih daripada sekeping kad tau. Korang boleh customize gift card ni kepada sesuatu yang lebih indah, gituewww. Macam mana nak customize gift card ni menjadi sesuatu yang lebih indah ? Hahhh, korang kenalah baca entry Ekin ni sampai habis tau. Jangan tak baca pulak :P

Okay,

Entry ni sangatlah sesuai untuk korang yang suka bagi surprise dekat someone special. Atau mungkin korang dalam proses nak pujuk boy/girlfriend korang ke. Atau mungkin korang nak bagi ucapan khas untuk kawan-kawan atau keluarga korang sendiri. Pendek cerita, memang sesuai untuk semua orang lah! Hohoho.


Taraaaaa... Ini lah dia rupa talking gift card from Sneapy ni. Kalau korang perasan, dekat gift card ni ada QR code tau. So, dengan QR code ni lah korang akan scan dan korang akan dibawa ke satu laman dimana korang kena masukkan ucapan dalam bentuk text / video / audio untuk seseorang yang korang nak tujukan tu. Confirm orang tu akan rasa terharu plus akan senyum-senyum sipi di bawah pohon sena gitchew. Eh? Hehee.



Kita close-up sikit lah front and back Sneapy talking gift card ni. QR code tu I terpaksa tutup, hehehe. Kang ada pulak orang scan I punya QR code. Nangis I nanti. Huhuhu.

Alright, kita sambung balik,

Untuk korang yang nak tahu macam mana fungsi Sneapy Talking Gift Card ni, korang boleh tengok video dekat bawah ni tau :) Memang senang, mudah dan merupakan satu experience baru lah bagi Ekin bila guna gift card ni. Bestnya lah kalau crush I yang bagi gift card ni dekat I. Hukhuk *batuk depan tangga


Kalau korang tak dapat tengok video dekat atas ni, korang boleh tengok video yang Ekin post dekat instagram ya :) Nak mudah dan senang, KLIK JE SINI

Dah tengok video tutorial Ekin macam mana nak guna Sneapy talking gift card ni?

Senang je kan?! Korang hanya perlu SCAN, RECORD, masukkan PASSCODE dan ACTIVATE. Mudah je. Lepastu, tinggal nak bagi dekat someone special je. Ekin pun dah try, memang best! Hihi.


Macam Mana Nak Guna Talking Gift Card?

mula-mula korang kena scan QR code dekat belakang gift card ni. bukak je kamera phone korang, and scan :)

korang akan dibawa ke satu laman sneapy ni. dekat sini, korang boleh pilih sama ada nak customize wish korang dalam bentuk text/video/audio.

setup password untuk secure korang punya message tu. nak letak password boleh, taknak letak pun tak apa. terpulang :)

password ni akan digunakan bila si penerima scan card ni untuk baca message korang.

last sekali, korang activate gift card korang ni. makesure korang double check dulu sebelum bagi dekat someone tau. takut lah pulak dapat-dapat je, gift card korang kosong. tak ke sodihhh. sobs sobs.


Ekin dah record dah video dekat talking gift card ni. Cuma tak pasti lagi nak bagi dekat siapa?


Korang rasa-rasalah kan... Ekin nak bagi talking gift card ni dekat siapa ya? :P Hehehe.

Okay. Taknak merepek panjang-panjang, kihkih.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sneapy Talking Gift Card ni, korang boleh direct pergi dekat social media dorang tau. Korang boleh hantar talking gift card ni dekat orang kesayangan korang semua.

Jangan lupa juga untuk like dan follow facebook dan instagram Sneapy untuk tidak ketinggalan sebarang update yang menarik daripada mereka...

FACEBOOK
@SneapyMY

INSTAGRAM
@sneapymy

Kalau sebelum ni Ekin ada share dengan korang semua nota lengkap RPK. Kali ni, Ekin nak share dengan korang nota lengkap untuk RSM pula. Bagi korang yang terlepas nota lengkap RPK daripada Ekin... korang boleh klik link dekat bawah ni untuk rujuk semula okay :D

NOTA LENGKAP RPK (RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN)


Untuk pengetahuan korang semua lah kan, RSM ni adalah RUTIN SEBELUM MEMANDU dan ianya adalah sangat berbeza dengan Rutin Selamat Memandu. Hahhh, jangan tertukar pulak tau.

Rutin Sebelum Memandu ni adalah rutin yang kita perlu lakukan sebelum memulakan pemanduan. Kata senang dia adalah pemeriksaan dekat dalam kenderaan yang korang kena check sebelum memandu tu.

Rutin Selamat Memandu pula merangkumi CITO tu. Cermin. Isyarat. Titik buta. Dan Olahgerak. Hahh, dah tahu ni jangan tertukar pulak ya.

Okay, selesai mukadimahnya. Marilah kita mulakan dengan nota lengkap rutin sebelum memandu.


Nota Lengkap

1. memeriksa brek tangan (handbreak)

2. menentukan kedudukan tangan

3. melaraskan tempat duduk

4. melaraskan cermin
-pandang belakang
-cermin sisi kanan dan kiri

5. memastikan penunjuk instrumen berfungsi - kunci "switch on"

6. tolok bahan bakar - berfungsi

7. tolok suhu enjin - berfungsi

8. lampu amaran brek tangan - berfungsi

9. lampu amaran tekanan minyak enjin - berfungsi

10. lampu amaran bateri - berfungsi


11. memeriksa gear dalam keadaan bebas

12. kunci "switch start enjin"

13. lampu isyarat kanan dan kiri - berfungsi

14. lampu kecil, besar dan tinggi - berfungsi

15. wiper 1, 2 dan 3 - berfungsi

16. hon - berfungsi

17. lampu hazard - berfungsi

18. takometer - berfungsi

19. menguji keselamatan tali pinggang keledar - berfungsi

Okay, itu sahaja rutin sebelum memandu yang korang kena buat masa ujian QTI atau JPJ nanti. RSM ni korang kena buat dalam masa 5 minit sahaja tau. Nampak macam senang je kan?! Tapi, kalau dah nervous tu... memang akan blank jugak lah jawabnya. Hahaha. So, apa nak kena buat? Kena lah selalu praktis RSM ni tak kira dimana jua korang berada gitcheww.

Untuk refer video RSM ni dekat youtube, Ekin dah tepekkan sekali untuk korang link youtube yang memang Ekin sendiri recommend untuk korang study. Manalah tahu kot kott korang ni jenis yang visual kan. So, kena jugak tengok video baru boleh hadam.

RUTIN SEBELUM MEMANDU (YOUTUBE)

Tips

Okay, masa Ekin buat JPJ test haritu... enjin kereta ni memang dah hidup tau. Masa nak menunggu tu, Ekin pun macam risau lah jugak kan. Macam-macam benda bermain dekat fikiran ni. "Kalau enjin  kereta dah hidup, nak kena matikan ke tak eh?" "Kalau tak matikan enjin, macam mana nak check instrument dekat kereta tu nanti kan"

So, masa turn Ekin nak buat ujian jalan raya, Ekin pun tanya lah dekat pegawai JPJ tu sama ada nak kena matikan enjin ke tidak sebab nak check instrument kereta tu berfungsi ke tidak kan?! Pegawai tu pun jawab, "tak payah matikan enjin, awak sebut je apa yang bernyala dekat situ".

Fuhh, masa tu lega sikit. Hahaha. Jadi, tips dekat sini untuk korang yang bakal nak ambil test JPJ nanti... tak payah nak kalot sangat tau nanti. Kalau enjin dah hidup, korang sebut je instrument apa yang bernyala and then, terus buat RSM macam biasa.

Mana yang memang awal-awal enjin tak hidup lagi tu, korang kenalah periksa semuanya tau. Jangan pergi hidupkan enjin terus pulak. Hehehe.

Itu sahaja nota lengkap RSM daripada Ekin. Maaflah kalau ada terkurang ke apa ya. Hope entry kali ni dapat membantu korang semua yang bakal ambil test QTI mahupun JPJ dengan jayanya. Apapun, good luck!

p/s: kalau korang nak tanya apa-apa soalan, boleh tinggalkan je dekat ruangan komen di bawah ni ya :) jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME supaya korang akan dapat notification bila ekin reply komen korang okay.

Baca lagi: Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)

~

Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Baru-baru ni Ekin ada ujian JPJ. Alhamdulillah, semua bahagian lulus dengan jayanya. Beberapa hari sebelum nak ambil ujian JPJ ni, dia punya tahap nervous, risau semua ada. Yelah, taknak lah ulang alik pergi sekolah memandu dah. Nak cepat-cepat dapat lesen kereta. Hikhok.

Dengan pula ada tambahan untuk RPK dengan RSM ni. Lagilah menambahkan tahap kerisauan nak ambil ujian JPJ. Risau kalau ada terlepas pandang atau ada elemen yang tak sebut, dah kena tolak markah. Tak ke seram tu?! So, dekat sini Ekin nak share dengan korang semua yang bakal ambil ujian JPJ ni, nota lengkap RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN. Nota ni memang cikgu dari sekolah memandu tu bagi dan sangat sangatttt lah membantu Ekin yang serba tak tahu apa-apa ni. Hihi.

Ekin harap nota ni dapat membantu korang semua untuk buat revision dan korang bolehlah take notes kalau ada apa-apa penambahan ke apa ehhh.


Apa itu RPK?

RPK adalah singkatan bagi Rutin Pemeriksaan Kenderaan. RPK ini adalah rutin dimana anda semua perlu memeriksa di bahagian luar kenderaan termasuklah ruangan enjin dan perkakasan yang ada di boot belakang.

Di bawah ni Ekin sertakan nota lengkap beserta gambar untuk anda ulang kaji dan menambahkan  lagi kefahaman anda mengenai elemen-elemen yang ada di kenderaan.

Untuk rutin pemeriksaan kenderaan ini, haruslah diperiksa mengikut arah jam.


Nota Lengkap

1. KENALKAN DIRI
-memberi salam
-ucapan selamat pagi / petang
-sebut nama penuh
- no ic / passport
-pemegang lesen belajar memandu kelas D / DA
-tempoh sah lesen mulai - hingga

2. CUKAI JALAN
-no pendaftaran
-tamat tempoh sah sehingga.....

*cukai jalan disini adalah roadtax yang ada di bahagian cermin hadapan kenderaan



3. CERMIN HADAPAN
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

4. WIPER HADAPAN, KANAN DAN KIRI
-getahnya masih lembut
-tidak terkoyak
-dalam keadaan baik

5. BONET HADAPAN
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

6. LAMPU HADAPAN KANAN DAN KIRI, LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN DAN KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

7. BUMPER HADAPAN
-tidak longgar
-tidak calar dan kemek
-dalam keadaan baik

8. PLAT HADAPAN
-no pendaftaran.....
-jelas dibaca
-tidak pecah dan tertanggal
-dalam keadaan baik

9. BUKA BONET HADAPAN
-sebut POWDER

10. P/PETROL
-tiada bau bahan bakar

11. O/OIL
-minyak brek pada paras yang mencukupi
-dalam keadaan baik

-minyak enjin pada paras yang mencukupi
-dalam keadaan baik

-minyak power stereng pada paras mencukupi
-dalam keadaan baik

12. W/WATER
-air wiper didapati penuh / kurang
-dalam keadaan baik

-air tangki radiator didapati penuh / kurang
-dalam keadaan baik

-air tangki simpanan radiator didapati penuh / kurang
-dalam keadaan baik

13. D/DAMAGE
-dalam keadaan baik

14. E/ELEKTRIK
-bateri jenis sel basah
-air bateri pada paras mencukupi / tidak mencukupi
-dalam keadaan baik

-bateri jenis sel kering
-dalam keadaan baik

-wiring positif dan negatif wayarnya terikat kemas, tidak tercabut, longgar atau terputus
-dalam keadaan baik

15. R/RUBBER
-hose getah
-masih lembut, tidak bocor dan tercabut
-dalam keadaan baik

-tali sawat
-masih tegang, tidak berbulu
-dalam keadaan baik


untuk pemeriksaan ruangan enjin dengan lebih jelas, korang boleh tengok dekat youtube link bawah ni ya :)

PEMERIKSAAN RUANGAN ENJIN (YOUTUBE)


16. TAYAR HADAPAN SEBELAH KANAN
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

17. LAMPU ISYARAT SISI SEBELAH KANAN
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

18. CERMIN SISI SEBELAH KANAN
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

19. CERMIN PINTU SEBELAH KANAN, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

20. PINTU SEBELAH KANAN, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

21. TAYAR BELAKANG SEBELAH KANAN
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

22. CERMIN BELAKANG
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

23. LAMPU BREK KETIGA, LAMPU BELAKANG KANAN DAN KIRI, LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN DAN KIRI, LAMPU REVERSE BELAKANG KANAN DAN KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

24. BONET BELAKANG/BOOT
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

25. BUMPER BELAKANG
-tidak longgar
-tidak calar dan kemek
-dalam keadaan baik

26. PLAT BELAKANG
-no pendaftaran.....
-jelas dibaca
-tidak pecah dan tertanggal
-dalam keadaan baik

27. BUKA BONET BELAKANG/BOOT MEMERIKSA PERALATAN
-segi tiga amaran
-pemutar dan jeck tayar
-pemutar nat (pembuka) tayar
-spanar/skru driver
-peti kecemasan
-tayar simpanan


untuk pemeriksaan ruangan but dekat youtube, korang boleh klik je link dekat bawah ni

PEMERIKSAAN RUANGAN BUT (YOUTUBE)


28. TAYAR BELAKANG SEBELAH KIRI
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

29. CERMIN PINTU SEBELAH KIRI, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

30. PINTU SEBELAH KIRI, HADAPAN DAN BELAKANG
-tidak calar
-tidak kemek
-dalam keadaan baik

31. CERMIN SISI SEBELAH KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

32. LAMPU ISYARAT SISI SEBELAH KIRI
-tidak retak
-tidak pecah
-dalam keadaan baik

33. TAYAR HADAPAN SEBELAH KIRI
-tekanan angin mencukupi
-bunga tayar masih tebal
-fizikal tayar dalam keadaan baik

34. SELESAI RPK


TIPS

Make sure masa nak buat RPK ni... pusingan dia adalah mengikut arah jam. Dan masa awal-awal dulu, Ekin selalu confuse dengan masalah masa satu kanan dan kiri. Hahaha. Kadang-kadang, part bahagian kanan, Ekin tersebut kiri. So, masa nak buat RPK ni... Ekin memang dah set dalam kepala otak yang kita akan periksa bahagian kanan kenderaan terlebih dahulu. Selesai bahagian kanan, baru kita akan periksa bahagian kiri kenderaan.

Akhir sekali, Ekin harap dengan nota ni sedikit sebanyak dapat membantu korang semua untuk mahir dalam rutin pemeriksaan kenderaan ni. Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa untuk share kepada rakan korang yang lain okay :)

Baca Lagi: Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)

~

Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (7)
      • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
      • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Pada...
      • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydrat...
      • Sanny & Joleen Lifestyle | Antioxidant Serum
      • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
      • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
      • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes