Hada Labo Premium Whitening Lotion (Rich) Review

Assalamualaikum & hi :)

Dah lama rasanya ekin tak review skincare produk. Last yang ekin review adalah produk daripada Revesol. Yang mana tak baca lagi, boleh klik je link dekat bawah ni.

Entry: Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream with Hydration

So, untuk entry kali ni ekin akan review Hada Labo Premium Whitening Lotion (Rich). Kenapa ada braket (Rich)? Sebab, untuk range Hada Labo Premium Whitening Lotion ni dia ada dua. Satu yang (light) version, satu lagi (rich) version.

Macam biasa, kalau range Hada Labo ni yang (light) version ni sesuai untuk jenis kulit combination/oily macam tu. Kalau (rich) version pula sesuai untuk jenis kulit normal to dry.

Apapun ikut kepada penerimaan jenis kulit masing-masing. Ada orang jenis kulit combination, tapi dia lagi prefer pakai yang (rich) version punya. Nasihat ekin for first time user yang baru nak try tu, korang boleh dapatkan size travel kit before beli botol yang besar.


Berbalik kepada Hada Labo Premium Whitening Lotion (Rich). Fokus utama HL Premium Whitening Lotion ni adalah untuk brightening dan memberi intense hydration pada kulit wajah. Seperti yang HL claim, Premium Whitening Lotion ni sesuai untuk mereka yang nak pudarkan bintik hitam di muka, kulit kemerahan dan kusam kerana HL Premium Whitening Lotion ni dia anti dark spots, anti redness dan anti dullness.


Semua dah tahu kan, Hada Labo ni produk daripada Japan? Jangan ada yang gaduh dengan member pulak kata Hada Labo ni dari Korea. Mentang-mentang skincare dekat Korea tengah hype sekarang . Eh, produk skincare daripada Japan pun okay jugak tau. Berpatutan dengan harga dia. Ohok ohoks *batuk ditangga.


Dekat sini, korang boleh tengok kelebihan HL Premium Whitening Lotion. Dalam ni dia ada 2 jenis hyaluronic acid (super HA & nano HA)  which is good ingredient untuk hydration. Star ingredient seperti di highlight oleh HL sendiri adalah Tranexamic Acid. Dan yang ekin suka mengenai HL Premium Whitening Lotion ni sebab dia ada 2 jenis vitamin iaitu vitamin C dan E.


Ni adalah cara dan step untuk korang refer dekat mana nak masukkan HL Premium Whitening Lotion ni dalam skincare routine.


“Ekin, dekat mana nak dapatkan Hada Labo Premium Whitening Lotion ni? Cari dekat kedai runcit takde pun.”

Cari dekat kedai runcit mana pun memang takkan dapat. Korang boleh pergi ke Watsons atau guardian atau mana-mana drugstores yang ada jual produk daripada Hada Labo ni. Tapi, selalunya ekin akan cari dekat Watsons sebab dekat sana kan selalu ada sale. Bijak kan?

Tapi, ada orang kata dekat guardian lagi murah. Hahh, pandai-pandai lah korang survey harga nanti oki.


Kalau orang tanya, apa yang best Hada Labo Premium Whitening Lotion ni ? Mestilah tiga main ingredients ni iaitu tranexamic acid, hyaluronic acid dengan nano hyaluronic acid.

Tranexamic acid
helps to figh dark spots, re-balance skin tone and restore skin radiance

Hyaluronic acid
forms a layer of moisture retention barrier on skin’s surface to prevent moisture loss

Nano hyaluronic acid 
 with fine molecule size that can penetrate deeply into skin to provide moisture deep down into the inner skin layers


Texture HL Premium Whitening Lotion (Rich) ni jenis watery dan texture dia lagi rich daripada yang light version. Dua tiga drop pun dah boleh cover satu muka.

Haritu ekin ada pakai dua cara. Satu yang tuang dekat tapak tangan dan baru sapu dekat muka. Satu lagi tuang dekat cotton pad, then baru sapu dekat muka. Antara dua ni, ekin lagi prefer tuang dekat tapak tangan je kalau nak pakai (make sure tangan tu dah bersih oki). Sebab texture yang rich ni kan dia jenis likat sikit. So kalau tuang dekat cotton pad dulu, texture dia tak berapa nak menyerap. Dia rasa macam tak best je.


Result daripada skincarisma selepas analyse HL Premium Whitening Lotion (Rich) punya ingredients. Yang tak bestnya sebab dia tak paraben-free and can lead to fungal acne without proper skincare routine.

Tapi, yang bestnya HL Premium Whitening Lotion ni dia pH balanced dengan kulit. Free from alcohol, fragrance, colorant and mineral oil.


Yang ni pula result daripada cosDNA selepas analyse ingredients HL Premium Whitening Lotion (Rich) ni. Result untuk safety dia kebanyakannya warna hijau menunjukkan tahap keselamatannya dan takde sebarang harmful ingredients yang boleh merosakkan kulit wajah.

Ingredients:
Water, Diglycerin, Glycerin, Tranexamic acid, Butylene Glycol, PEG-8, PEG-6, PEG-32, PPG-24-Glycereth-24, Methylparaben, Carbomer, Poly-sorbate 20, Styrene/VP Copolymer, Disodium EDTA, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Toccopherol, Sodium Hyaluronte

Atas ni ekin sertakan sekali ingredients HL Premium Whitening Lotion (Rich) untuk sesiapa yang memerlukan. Korang boleh tengok dekat ingredients dia dulu before decide nak beli sebab takut ada one of the ingredients dekat dalam ni buat korang allergic. But, so far so good!

Personal experience ekin pula. Ekin suka dengan hasil pemakaian whitening lotion ni. Kalau nak kata dia buatkan kulit muka kita jadi putih, so far kulit ekin masih dalam keadaan tona warna yang sama. Yang best ekin boleh kata, lotion ni dia ada buatkan kulit kita yang kusam nampak cerah! Dan cover hydration dia memang tip top. Wohooooo!

Apa yang ekin tak suka adalah texture rich dia. Kulit ekin jenis combination, so ekin lagi prefer (light) version punya. Texture rich ni bagi ekin terlalu likat untuk jenis kulit muka macam ekin.

Untuk HL Premium Whitening Lotion (Rich) ni, ekin bagi 4.5/5 bintang.

Ok, apa-apa persoalan mengenai HL Premium Whitening Lotion ni korang boleh tanya dekat ruangan komen di bawah oki.

Bye!

27 comments

  1. hai ekin. mcm nak try lah. nak reduce bintik hitam kat muke ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... try lah! tapi make sure ambil jenis ikut kesesuaian kulit muka tau :)

      Delete
  2. Brpa lama ambil msa utk nmpak kesan jika pkai 1setan... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jual whitening hada labor premium bukan setan.. setan!!

      Delete
    2. maksud nampak kesan tu dari segi apa ya? ;)

      Delete
  3. hai ekin...x nk buat review tentang melano moisturization lotion pulak ke? hihihi...dengarnya itu untuk merawat kulit kusam dan darkspot...btw, take care...
    #snarslim1212

    ReplyDelete
  4. toner ni cause fungal acne ke mcm mna ekin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. for oily/combination skin tendency utk cause fungal acne tu ada.. mungkin boleh kurangkan pakai dkt area dahi

      Delete
  5. didn't know this toner ada light punya, my mom terus grab yang rich punya and I takut kena fungal acne as you said before bcs my skin type is oily to combination.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau nak pakai rich punya.. tapi mungkin awak kena kurangkan kuantiti and jangan apply area possibility akan kena fungal acne

      Delete
  6. Kalau dry skin boleh guna tak?

    ReplyDelete
  7. Nak tnya hada labo prmium nie boleh kurangkan jerawat ke?

    ReplyDelete
  8. hai ekin kalau untuk kulit yang kering , jerawat kemerahan sesuai toner hadalabo yang mana ye . pleass help me

    ReplyDelete
  9. Hada labo premium whitening lotion ver. Ligth nya warna biru jugak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud awak macam mana tu? hehehe.. kalau yang hadalabo premium ni texture dia lagi thick kalau nak di compare dengan light punya..

      Delete
  10. Hai sis emm yang hada labo version light punya boleh pudarkan parut Tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hydrating lotion hadalabo ni more to skin barrier awak :D kalau nak pudarkan parut boleh cari ingredient yg ada vit c and etc :)

      Delete
  11. Hi, awak pernah guna tak whitening essence / serum hada labo? Kalau pernah boleh review tak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, thank you sudi bertanya :D setakat ni ekin tak pernah lagi pakai serum hada labo.. macam nak cuba jugak serum hada labo ni.. kalau ekin pakai, nanti ekin review ya :D

      Delete
  12. hai, nak tanya. ekin pernah pakai hada labo hydrating lotion yang biasa tak? yg botol putih tu. beza ke eh dengan yg hada labo premium whitening lotion ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... pernah2! haah ada beza.. kalau yang botol putih tu , ekin selalu pilih line merah tau.. so kalau nak compare dengan premium whitening lotion ni, ekin lagi suka yang botol putih sebab yang botol biru ni texture dia thick sikit.. kulit muka ekin conbination.. so lagi suka yang botol putih sebab texture dia watery sikit..

      Delete
  13. Hai ekin, saya ada 2 soalan.
    1. ada beza ke botol biru & putih HL ni? Ada staff watson kate sama je cuma packaging baru.
    2. Saya jenis kulit normal tapi kusam, rich @ light yg patut saya guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak , sorry lambat balas..

      1. ada beza HL botol biru dgn putih ni.. paling ketara dari segi texture dia.. kalau HL botol putih, texture dia lagi light compare dengan yg botol biru tu.. kalau dari segi function seakan sama je sebab dua2 utk hydrating ☺️

      2. kalau utk normal, dua2 boleh.. boleh cuba HL yg botol biru tu sebab dia ada whitening effect sekali 😘 yg putih tu takde

      Delete