Percaya atau tidak, korang tahu tak yang ekin dah jatuh cinta dengan skincare daripada LUQFA BEAUTY ni. Anyway, haiiiii korang! Harini ekin nak share satu skincare brand yang bakal merubah 360 darjah wajah korang. Acececehhh.. over sangat nau. NOTA KAKI... posting ekin ni bukan paid review ke apa-apa tau. Yang ni memang 100% personal experience gitchew. Macam biasa, ekin akan share benda-benda yang ekin suka sahaja.
Untuk korang yang selalu usha-usha skincare LUQFA BEAUTY tu, korang boleh lah baca posting ni dulu tau. Apapun, skincare ni memang best dooh.
Sebelum ni, ekin tak pernah tahu menahu tau pasal skincare daripada LUQFA BEAUTY ni. Disebabkan hidup ekin ni memang 24/7 menghadap tiktok je memanjang kan... tiba-tiba video Founder Luqfa Beauty ni lalu dekat fyp ekin.
Seperti biasa, permulaannya ekin scroll ke atas. Hahahaha. First time video Founder dia lalu ekin terus scroll. Maklum lah, kitoonyo suka tengok video lawak-lawak je. Lepastu, eh.. tak lama tu dia lalu lagi. Tapi sebab taknak kalah, ekin scroll laju-laju keatas.
Keesokannya, live Founder dia pulak keluar dekat fyp. Kitonyoo apa lagi. Masuk lah kejap tengok dia buat apa. Lahhhh, rupanya Founder dia ni chemist lah korang! Bukan calang-calang Founder ni. Tak kosong bak orang kata. Dari awalnya ekin abaikan video tiktok dia, terus teralit tengok live Founder Luqfa Beauty ni. Hampir sejam korang!. Amaze gilerr dengan orang yang pandai ni tau. Walaupun tak faham bahasa chemistry yang Founder dia ni share, tapi sebabkan dia asyik dok gaul-gaul bahan2 yang nak dijadikan skincare, kita pun teralit tengok sekali.
Dari situlah titik perkenalan ekin bersama skincare Luqfa Beauty ini bermula. Ceh.
Korang tengok lah packaging skincare Luqfa Beauty ni. Very cutesy.. very demure.. I like it.
Memandangkan masa tu skincare ekin pun dah nak habis dan KEBETULAN pula ekin tengah cari skincare lain (sebab skincare yang lama tak bagi apa-apa kesan pada skin) juga... ekin pun terus lah grab Luqfa Beauty punya Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen.
Masa nak checkout tu macam tercekik juga lah, sebab ya allah harga dia. Nak menangis rasa. Huhuhu. Tapi memikirkan yang founder dia sendiri develop ingredients skincare Luqfa Beauty ni, ekin pun pasrah kan aje. Yelah, ingat nak develop skincare tu cuma memerlukan satu malam je ke asyiqin oiii?! Dia pun try and error sana sini sampai dapat hasil yang betul-betul bombastic. Bersyukur sikit eh sebab ada local skincare yang function giler macam ni.
Tumpang lalu lah ek korang. Sajelah nak tunjuk packaging dia macam mana. Ekin suka lah dengan gabungan warna pink & putih ni. Nampak sangat soft soft je. Actually kan korang, yang ni adalah my 2nd purchase tau. Huhu.. Nampak tak betapa sukanya ekin dengan skincare Luqfa Beauty ni.
Apa maksud kalau saya repeat order??? Maksudnya produk ni BAGUS! Haks.
Masa awal-awal ekin pakai skincare ni kan, ekin macam tak nampak kesan dia tau. Macam tak nampak apa-apa yang best je. Sekali masa keluar dengan kawan ekin, dia tegur "Ekin pakai skincare lain eh? Nampak lain muka" And I was like "Ahhh lain?"
"Haah, nampak harini muka ekin GLOWINGGGGGGG"
Wutttttts, dalam hati dah melompat-lompat dah weh kalau ada orang puji skin kita glowing ni. Tapi, muka kena relax cool je. Takleh tunjuk excited sangat. Nanti member tarik pujian tu balik. Haks.
Dari situ, baru lah ekin tahu yang kita tak akan nampak terus kesan dia. Dia kena tunggu lama sikit, kau kena keluar berjalan dulu.. lepastu BOOMMMM terus glowing muka kau. Serious tak tipu tau.
Bukan kawan ekin je yang puji. Colleague dekat tempat kerja pun cakap benda yang sama tau. "Ehh Shikin, aku nak tanya kau satu soalan ah. You pakai apa ah dekat kulit muka you. Nampak glowing"
Dengar je perkataan GLOWINGGG.. dalam hati ekin ni bukan dah melompat-lompat dah, ini dah terus tergolek-golek jatuh terpusing-terpusing tak bangun bangun.. kawan kerja puji cakap skin ekin glowing, bahagia dia lain macam ya.
Ini adalah tekstur Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen daripada Luqfa Beauty. Memang best. Dia tak melekit and cepat absorb pada kulit. Ekin akan pakai dua-dua ni pagi dan malam tau. Walaupun moisturizer dia jenis tinted, korang jangan risau sebab boleh je korang nak pakai malam sebelum tidur. Tak ada masalah.
Bawah ni ekin share INGREDIENTS TINTED MOISTURIZER & GLOWY SUNSCREEN daripada LUQFA BEAUTY. So korang boleh lah copy and paste dekat website Skincarisma.
INGREDIENTS LUQFA BEAUTY TINTED MOISTURIZER
Aqua, Glycerin, Cyclopentasiloxane, Coco-Caprylate/Caprate, Trehalose, Phenyl Trimethicone, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Tetrasodium EDTA, Allantoin, Isononyl isononanoate, Hyaluronic Acid, Adenosine, Oleth-10, Polysorbate 60, 1,2-Hexanediol, Silica, Triethoxycaprylylsilane, Tocopheryl Acetate, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Hydrogenated Polydecene, Sodium Acrylates Copolymer, Trideceth-10, Propylene Glycol, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Polymethylsisesquioxane, Erythritol, Hibiscus Sabdariffa, Fruit Extract, Ophiopogin Japanicus Root Extract, Caesalpinia Spinosa Fruit Pas Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Helianthus Anuus Sprout Extract, Ethylhexylglycerin, Phenoxyethanol, Lecithin, Sodium Benzoate, Sophora Flavenscens Root Extract, Pentylene Glycol, Silanetriol.
May Contain: Titanium Dioxide, Cl 14720, Cl 19140
INGREDIENTS LUQFA BEAUTY GLOWY SUNSCREEN SPF 50 PA+++
Aqua, Glycerin, Coco-caprylate/Caprate, Sodium Acrylates Copolymer, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Polymethylsilsesquioxane, Phenyl Silicone Oil, Hyaluronic Acid, Tetrasodium EDTA, Allantoin, Lecithin, Octocrylene, Phospholipids, Butylene Glycol, Isononyl isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Hydrogenated Lecithin, Cholesterol, Bisabolol, Silanetriol, Tocopheryl Acetate, Hydrogenated Polydecene, Hydroxystearic Acid, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Trideceth-10, Cyclopentasiloxane, Dimethicone / Vinyl Dimethicone, Crosspolymer, Pentylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Fragrance, Ethyhexylglycerin, Trehalose, Centella Asiatica Extract, Honey Extract, Ophiopogon Japanicus Root Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Hellanthus Anuus Sprout Extract, Caesdalpinia Spinosa Fruit Pas Extract, Sophora Flavescens Root Extract.
May Contain: Titanium Dioxide
Untuk kedua-dua Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen Luqfa Beauty ni, dia pakai packaging picit yang macam ni tau. Kalau korang tengok lubang dia halus je. So senang nak budget masa nak apply skincare korang tu nanti. Kalau lubang dia besar, takut terpicit banyak pulak kan. Lurve yang ni.
Belanja lah sikit dekat korang before and after untuk Tinted Moisturizer Luqfa Beauty ni. Kalau korang perasan, tinted moisturizer dia warna pink tau. So bila pakai tu, dia punya glow memang nampak natural betul. Nak nak pula kalau pakai sekali dengan sunscreen dia. Terus auto glow macam kulit Korean.
Sunscreen Luqfa Beauty ni memang lurve teruks. Kalau korang pakai skincare daripada Luqfa Beauty ni kan, confirm kawan-kawan korang auto puji terus. Yang best, ekin suka sebab dia tak rasa melekit tau. And dia punya glow tu, memang nampak natural. EKIN MEMANG RECOMMEND DEKAT KORANG UNTUK TRY. Sumpah tak rugi.
Tapi kalau korang tanya ekin, antara Tinted Moisturizer atau Glowy Sunscreen mana yang PALING best? Ekin akan suruh korang beli dia punya Glowy Sunscreen. Hahahaha. Kalau korang pakai dia punya Glowy Sunscreen je pun, terus boleh nampak glow dia tau.
Kalau korang nak beli.. korang carilah kat tiktok. Hahaha. Lately ni ekin memang suka beli dari tiktok je sebab tiktok suka bagi FREE SHIPPING and kadang-kadang boleh dapat offer, ihiksss. Kitonyo suka berbelanja dengan bijak.
Ekin share juga link kedai yang ekin selalu beli skincare Luqfa Beauty dekat bawah ni. Kot kalau korang nak usha-usha dulu kan. Ekin letak sekali dengan harga dia supaya korang boleh terbeliak mata sama-sama dengan ekin. Hahaha. Btw, kalau korang nak try.. Luqfa Beauty pun ada keluarkan set mini trial untuk skincare dorang. Murah je. Korang boleh check dekat bawah ni juga tau...
SHOP HERE
Hydrating Gentle Cleanser | RM45.00 (Klik sini untuk pembelian)
Cleansing Balm | RM14.90 (Klik sini untuk pembelian)
Pure Hyaluronic Aquarich Serum | RM65.00 (Klik sini untuk pembelian)
Tinted Moisturizer | RM49.90 (Klik sini untuk pembelian)
Glowy Sunscreen | RM59.90 (Klik sini untuk pembelian)
Set Tinted Moisturizer + Glowy Sunscreen | RM109.80 (Klik sini untuk pembelian)
Set Acne Free (Cleanser + Moisturizer + Sunscreen) | RM139.90 (Klik sini untuk pembelian)
Set Glowing (Serum + Moisturizer + Sunscreen) | RM169.00 (Klik sini untuk pembelian)
Set 5 in 1 Mini Trial Luqfa Beauty | RM19.90 (Klik sini untuk pembelian)
Okay lah korang. Sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Sampai ketemu di next posting ya.
Bye!
-FOLLOW ME-
Instagram : @asyiqin_roslee
Youtube : @asyiqinroslee
Tiktok : @wnrasyiqiin
0 comments