Hada Labo Hydrating Trial Set For Oily/Combination Skin

By Asyiqin Roslee - Tuesday, August 28, 2018

Hello readers!

Good to be back blogging again. For those yang ada baca blog Ekin mesti korang semua tahu sebelum ni laptop Ekin ada buat masalah. Tu yang jarang bukak blog. Nasib masih tak berhabuk debu bagai.

Dan paling sakit hati nya, entry sebelum ni kalau korang semua perasan Ekin ada bagitahu yang laptop Ekin dah tak buat hal dia dah. Dah boleh bukak macam biasa. TAPI... sejurus je Ekin update entry dalam blog haritu. PAPPPPP. LAPTOP EKIN TERPADAM BALIK. Tahan jelah. Adududu.

Okay lah, Ekin taknak merepek banyak sangat dalam entry ni sebab entry ni dibuat untuk review skincare HadaLabo yang Ekin baru pakai haritu.

Ni entry dia yang Ekin kata nak cuba skincare Hydrating daripada HadaLabo ni >> Trying Out Skincare Routine From HadaLabo

Okay, kalau korang masih tertanya-tanya skincare yang mana satu, Ekin tepek sekali gambar dekat bawah ni ya (yelah kan, product hadalabo ni kan ada banyak range dia)


Trial set Hada Labo yang Ekin pakai ni adalah Hydrating set, perfect combination for deeply moist skin.

Hydrating trial set ni sesuai untuk korang yang skin jenis oil / combination skin sebab dia light. So, bila korang pakai, takde lah rasa berlengas sangat. Ehh, betul ke berlengas? Ke belengas? Berlenggas? Takpe lah. Janji korang faham.

Trial set ni juga didatangi dengan facial wash (foam), hydrating lotion (light) dan moisturizer. 


Dekat belakang box ni, dah tertera function setiap items dan direction macam mana nak guna setiap item tersebut.

This is what it says:


AHA + BHA Mild Exfoliating Face Wash



Double Action Exfoliating Formula - AHA (Glycolic Acid) and BHA (Salicylic Acid) help to soften skin, gently remove blackheads and impurities trapped within pores, elevate skin absorption and polishes away dull and rough skin for visibly clear, smooth and radiant skin.

Triple Anti-Pollution Formula - Helps to purify and protect skin against environmental pollution. Reduces the ability of polluted particles adhering onto skin, removes heavy metal pollutants and forms a protective barrier to shield skin against damage caused by pollution.

  • Skin pH balanced.
  • Free from alcohol, fragrance, colorant and mineral oil.
Directions: Use twice a day. Squeeze sufficient amount onto palm. Lather with water and massage onto face, using gentle circular motions. Rinse thoroughly with water. 


Hydrating Lotion - Light



This is the vital first step after cleansing to prepare the skin for any skin care regime. Lotion helps to soften and drive moisture deep into skin and prepare skin to receive the full benefit of the Hada Labo regime that follows.

  • Combine with 4 types of Hyaluronic Acid to deeply hydrate skin and help preserve its optimum moisture balance.
  • Helps to improve dehydrated skin.
  • Skin pH balanced. Low irritation.
  • Free of alcohol, fragrance, colorant and mineral oil.

Directions: Use twice a day after cleansing face. Pour sufficient amount on palms and gently pat onto skin until thoroughly absorbed.




Hydrating Water Gel



Light watery gel texture with 4 types of Hyaluronic Acid (HA) that are powered by High Performance Penetrating & Deep Moisturizing (HPP&M) Technology to lock, replenish and store moisture deep in skin, layer after layer.

  • Ultralight, watery-feel gel texture that quenches skin an instant surge, leaving a 'breathable' skin feel.
  • Enriched with Ceramide that forms moisture-protecting shield for long lasting hydration.
  • Skin pH balanced. Low irritation.
  • Free of fragrance, colorant and mineral oil.

Directions: Use twice a day after Hada Labo Hydrating Lotion. Take sufficient amount and apply evenly on face & neck. Gently massage and pat to allow absorption into the skin.




Texture moisturizer water gel from Hada Labo. Nampak kan, dia jenis watery gel macam tu.


So far, Ekin memang suka ketiga-tiga product Hada Labo ni. Bagi Ekin set ni memang macam miracle betul. Sebelum ni kulit muka Ekin memang breakout sebab pakai produk local (bertukar-tukar product Ekin pakai) hampir segala jenis high end product Ekin pakai untuk treat balik kulit muka ni.

Tapi, alhamdulillah lepas je guna hydrating set daripada Hada Labo ni... kulit muka Ekin dah kembali sihat. Paling best antara tiga-tiga ni Ekin suka dia punya hydrating lotion. Kulit muka Ekin yang selalunya bila tengah hari je berminyak.. Lepas pakai, rasa macam skin ni skin normal pulek (perasan jap)


Nota tuan rumah:
Maaf lah kalau review Ekin ni tak berapa nak umphh sangat. Hohoho. Maklumlah first time review. Review pulak lepas balik kerja. Tak dannn lah nak review sungguh-sungguh. Apapun, Ekin harap information dekat atas ni berguna bagi korang yang first time nak review box dia. Kira kata macam unboxing review lah kan. Gituhh.

Alright korang. Thank you for reading. Nanti singgah lagi :)


  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. teringin nak try hado labo ni tapi kalau nak beli ke gi bandar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, takpe..boleh usahakan :) best hada labo ni...

      Delete
    2. Untuk dry skin boleh pakai tak yang set ni

      Delete
  2. Wah maybe I should try this set instead. I'm currently trying hada labo facial wash yang mild and sensitive face wash tu but it's a bit drying for my face. Where did you buy it btw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should try this one because it really reallyyy amazing since it give hydration to our face.. and i buy it at watsons :D

      Delete
    2. Untuk kulit yang sensetive dan berminyak sesuai tak

      Delete
  3. Replies
    1. Untuk trial set ni murah je dalam RM20 something.. hihi

      Delete
  4. Seriously love dgn Hydrating Lotion Hada Labo ni. Melembutkan kulit wajah kita

    ReplyDelete
  5. tak tau pulak dah ada Light version. sebelum ni nampak yang original and Premium version. boleh la nak try especially AHA+BHA cleanser tu. thanks for this unboxing post! Keep it up!

    Myra | www.myrabeautydiary.com

    ReplyDelete
  6. Berapa lama eh boleh tahan trial set

    ReplyDelete
  7. saya pakai ini. lepas pakai saya rasa gatal2 pada jerawat tu .knp ye. ada cakap itu macam kesan sebelum ini pakai product local.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pn prnah dgr , dia mcm detoxify kulit sebab nak keluarkan chemical drpd muka kita .

      Delete
  8. Kak asyiqin kita nak tanya kita guna set hadalabo ni sama macam kak asyiqin tapi muka kita ni ade jerawat sebab dah banyak sgt campur so kita try hadalabo first pakai hadalbo ni esok pagi Serious naik jerawat. So kita nak tanya satu set ni bagus untuk jerawat ke? Ke atau hadalabo ni ade pencuci muka untuk muka org yang berjerawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi , untuk set bagi kulit muka berjerawat.. hada labo ada face wash untuk acne control.. boleh refer link ni (https://www.hadalabo.com.my/aha-bha-skin-lab/face-wash-acne-control-130g)

      tapi my advice, sebelum beli sesuatu produk better awak baca dan buat research ingredients produk tu.. possibility, mungkin ada certain ingredients yang tak sesuai dengan kulit muka :) tips dia, know your skin concern first okies darling <3

      Delete
  9. Replies
    1. as your skincare routine awak :)
      cleanser > hydrating lotion > moisturizer

      Delete
  10. Salam hi i nak tanya. Sebelum ni i pakai product lain. Tapi kalau nk try kene rest muka dulu ke? Btw trial set ni tahan berapa lama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam and hi.

      1. boleh pakai terus je :D
      2. depends. tapi less than a month, hehehe

      Delete
  11. haiii nak tanya untuk set ni boleh hilangkan acne scars tak ?

    ReplyDelete