Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar

Assalamualaikum & hi :)

Selesai dah urusan ekin buka akaun bank islam al-awfar ni. Niatnya memang dari dulu lagi nak buka. Tapi, baru harini berkesempatan nak luangkan masa menepek dekat bank islam. Ekin buka akaun al-awfar ni dekat cawangan bank islam di PKPS, Shah Alam.

Kalau korang nak buka akaun bank islam al-awfar ni, pergi lah dekat cawangan bank islam dekat PKPS sana. Ekin memang recommend sangat-sangat. Customer service dia memang tip top!

Tanpa berlengah lagi, meh ekin ceritakan pengalaman ekin buka akaun bank islam al-awfar ni.


Sebagaimana yang korang tahu, ekin buka akaun al-awfar ni dekat cawangan bank islam di PKPS, Shah Alam. Nak tahu waktu operasi dia, boleh tengok dekat bawah ni.

WAKTU OPERASI CAWANGAN BANK ISLAM, PKPS SHAH ALAM
Isnin - Khamis | 9:30am - 4:30pm
Jumaat | 9:30am - 12:30pm , 2:30pm - 4:30pm
Sabtu - Ahad | Tutup


Pagi lagi ekin dah bertapak dekat sana. Kalau datang pagi, cepat sikit siap. Takde lah ramai orang sangat nak kena menghadap tunggu turn nombor untuk dipanggil lagi.

Sesampai je, ekin pergi lah dekat kaunter pertanyaan depan tu.

“Assalamualaikum”, dari jauh pegawai yang bertugas tu bagi salam. Peramah orangnya. Ni kalau tengah bad mood, terus ceria pagi korang. Tak tipu wokehh.

“Waalaikumussalam. Encik, nak buka akaun al-awfar macam mana ye?”

“Ohhh, nak buka al-awfar kena isi online dulu. Dah isi dah?”, tanya pegawai tu tadi.

“Oh, kena isi online dulu ke? Terus buat dekat kaunter je tak boleh?”, tanya aku lagi.

“Kena isi online dulu, baru pergi dekat kaunter”, jelas pegawai tu.

Fuhh, dah macam cerpen pendek ekin cerita dekat korang eh. Ok, apa-apa pun... nak buka akaun al-awfar ni korang kena isi online terlebih dahulu tau. Isi kan maklumat korang dekat virtual account sebelum pergi dekat kaunter bank islam.



Disebabkan ekin tak tahu nak kena isi online terlebih dahulu, ekin isi dekat sana je terus. Buka website ni dekat phone, terus je isi. Senang! Tak tahu nak klik apa, terus je tanya dekat pegawai tadi. Mostly, pegawai tu tolong isikan tick apa yang patut. Hehee.

Dah settle, ambil nombor terus duduk dekat bahagian ruangan kaunter. Tunggulah turn nombor kena panggil.


Kalau pergi pagi memang tak ramai orang sangat. Servis pun laju je.


Oh ye, lepas dah buka virtual account tadi, pegawai tu akan bagi dua keping kad ni. Nanti korang isi lah apa benda yang dia suruh isi. Tadi, ekin isi nama, nombor telefon, nombor ic, reference number dan tandatangan.

Reference number tu korang boleh dapatkan after selesai buka virtual account tadi. Dia akan bagi reference number dekat akhir sekali.

Broucher al-awfar 

“2003”

Nombor pun dah dipanggil. Pergi lah selesaikan urusan dekat kaunter pula. Nanti dekat sini korang boleh request lah sama ada korang nak link kan akaun al-awfar dengan akaun bank islam yang sedia ada atau nak separate kan kad dia.

Ekin minta nak separate kan kad, senang sikit. Kalau link kan dengan akaun bank islam yang sedia ada, memang tak menyimpan lah jawabnya nanti.

By the way, akaun al-awfar ni sama je macam akaun simpanan yang lain. Korang boleh je nak deposit duit dalam tu atau nak withdraw. Cuma, akaun al-awfar ni minimum yang kena ada dekat dalam tu haruslah sekurang-kurangnya RM50.

Dan untuk melayakkan nama korang untuk cabutan bertuah, minimum haruslah RM100. Setiap RM100 yang korang simpan, korang akan dapat satu undian nama untuk cabutan bertuah secara bulanan, suku tahun, setengah tahunan dan banyak lagi.

Hadiah pula merupakan wang tunai, Macbook, kereta mewah, iPhone dan pakej perlancongan.

Jangan risau. Untuk next entry, ekin akan ceritakan apa itu al-awfar dan apa kelebihan dia nanti ok.

Dah selesai urusan dekat kaunter dan dah dapat kad, ekin pun terus lah pergi dekat mesin deposit untuk masukkan duit ke dalam akaun al-awfar ni.

Apapun, itu sahaja pengalaman ekin buka akaun al-awfar. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya je dekat ruangan komen. Yang mana boleh jawab, ekin akan jawab.

Doa-doakan lah agar bulan ni nama ekin kena untuk cabutan bertuah al-awfar ni ye :p 


Terima kasih sudi membaca. Bye!

39 comments

  1. Cepat update next entry! Sebab dari awal dah tertanya-tanya apa perbezaan al-Awfar dengan bank Islam biasa tu. Tapi dapat tahu boleh menang cabutan tu pun dah cukup excited rasanya. Nanti kalau berkelapangan nak buka juga lah. Account bank Islam pun taktau active lagi ke tak sebab dah lama tak guna hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee, oraitss 💪🏻 ni yang tak sabar2 nak update next entry nihh,

      Delete
    2. Setuju,smbung la cpt next entry..best nk baca ni

      Delete
  2. Semoga ada rezeki Eqin menang cabutan bertuah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Berapa minimun kalau nak bukak akaun al-awfar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buka, RM50 awak :)

      tapi untuk melayakkan awak dlm cabutan bertuah, minimum kena ada rm100 untuk 1 undian...

      Delete
  4. Ad cara ke utk isi online acc al awfar

    ReplyDelete
    Replies
    1. account al awfar kena buat dekat kaunter je tak silap saya.. tapi sebelum tu kena buka virtual account secara online.. boleh scroll ke atas, saya ada letak link dekat situ ;)

      Delete
    2. Saya da isi link tu tpi x dapat pon Reference Number tu ?

      Delete
    3. ohhh yeke.. kalau tak silap saya bahagian akhir sekali dia akan bagi reference number.. takpe.. masa nak buka dekat kaunter nanti.. awak boleh je tanya pada pegawai bank islam ..

      Delete
  5. Saya daftar ke. Belum boleh semak tak
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. saya dh daftar kat kaunter, tapi pegawai tak ada suruh saya daftar online. sy dah bank in setiap bulan sejak bulan 4 tahun lepas lagi. skrg saya buka laman web balik nak tgok baki, tapi kene daftar online. saya tak tahu nak buat mcm mana. ada cadangan tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni awak ada akaun bank islam tak? kalau ada, awak boleh je tengok baki akaun al-awfar melalui akaun bank islam yg biasa tu.. harap membantu :)

      Delete
  7. kak nak tanya klau nd buat acc al awfar , kena buat acc bank islam dulu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak, kalau yg ni saya tak pasti.. maaf yaa..

      Delete
    2. Tak perlu. Yang tak pernah ada akaun Bank Islam pun boleh. Terus je pegi kaunter dan kata nak buka akaun Al-Awfar.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. syarat buka account bank islam ape ye?

    ReplyDelete
  10. Bagi pertama Kali buka acc bank Islam..bolehker Saya buat pda Masa yg sama dgn Al awfar dgn Hanya 1 deposit buka acc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf awak.. kalau yang ni saya tak berapa nak sure sangat. mungkin awak boleh tanya kepada customer service / pegawai bank islam itu sendiri :D

      Delete
  11. Salam dear, yang bahagian declaration tu tekan yes je ke

    ReplyDelete
  12. Tahun 2020 ni deposit masih RM50 ke

    ReplyDelete
  13. Salam kak asyiqin, duit dalam akaun awfar ni bank boleh terus guna untuk pelaburan ke? Atau kita yg kena melabur sendiri? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. maksud awak macam mana ya tu ? :D

      Delete
  14. Hi! Saya nak tanya boleh ke nak tukarkan acc al awfar ke acc lain? Sebab saya nak buat transfer dekat orang lain pun tak boleh disebabkan kena ada paling rm50 kan dalam akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, kalau macam kes ni saya tak pasti 🙏🏻 mungkin awak boleh tanya customer service bimb untuk kepastian ☺️

      Delete
  15. Hi, ada possibility ke kita alami kerugian then duit kita akan ditarik semua? Then, boleh ke nak tukar dari acc ni ke acc biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. tak ada possibility untuk mengalami kerugian pun:) jangan risau.. al awfar ni ibarat akaun simpanan untuk awak layak join cabutan bertuah bank islam.. setiap rm100 simpanan akan dapat 1 nama untuk penyertaan..

      Delete
  16. Kalau nk isi acc al awfar..adakah perlu ada acc bank islam terlbih dahulu..sbb sya xde acc bank islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni saya tak pasti.. mungkin awak boleh try contact bank islam tu sendiri atau try inbox mereka dekat fb page bank islam.. :D

      Delete
  17. saya nak tanya boleh ke account al-awfar ni nak tukar kepada akaun saving biasa. mmg kalau deposit kan duit kat atm, duit tu mmg masuk bawah investment ke kalau dlm apps go by bank islam sbb xde baki kat deposit cuma ada bawah investment

    ReplyDelete
  18. hi awak.. saya rasa boleh je kalau nak tukar balik ke akaun biasa.. kena pergi kaunter bank islam tu nanti utk tukar..

    macam saya.. saya separate kan akaun bank islam biasa dengan akaun al-awfar ni.. so saya ada dua no akaun untuk bank islam..

    saya tak pasti sama ada yang awak punya ni dia separate atau sekali.. kalau separate.. duit akan masuk depends akaun mana yang awak pilih.. kalau sekali, sepatutnya kalau deposit.. dia akan masuk ke dlm akaun yg sama :D

    ReplyDelete
  19. Nk tnya, mcm sy ni tkde acc bank islam lgi, bleh ke klau sy nk buka acc biasa 1, acc al-awfar 1 dlm masa yg sama? Jdi klau dpt buat 2 akaun tu sy akan dpt nom acc sama ataupun beza, Apa beza klau kita separate dgn sekali kan dua acc ni? Maaf tnya sbb msih kurg fham lgi.

    ReplyDelete
  20. Nak tanya,akaun al awfar tu disertakan sekali dgn kad atm ke? Maksud sy kita boleh gunakan sebagai debit kad. Contoh mcm kita nk transfer online etc

    ReplyDelete
  21. Nak tanya, boleh ke nak tukar akaun al aufar tu kepada akaun biasa?

    ReplyDelete