Pengalaman Buka CDS Akaun dengan Kenanga Group

Assalamualaikum & hi semua,

Tadi, ekin baru je buka CDS akaun dengan Kenanga Group. So, alang-alang tu ekin nak update story lah mengenai pengalaman ekin buka CDS akaun dekat sana. Ekin ingatkan proses dia macam lama tau, nak kena tunggu giliran.. beratur ke apa semua. Tapi, rupa-rupanya senang gilerr korang! Hahahaha. Kemungkinan juga, entry kali ni pun pendek je.

Siapa yang berminat nak buka CDS akaun tu, boleh lah baca pengalaman ekin ni.


Bagi yang tertanya-tanya apa itu CDS akaun, meh sini ekin terangkan serba sedikit apa itu CDS akaun. Korang pernah dengar pasal saham tak? Invest saham dalam Bursa Malaysia. Hahh, kalau korang nak tahu... untuk membeli saham yang ada dekat bursa malaysia ni, korang kena ada CDS akaun. Macam mana nak buka CDS akaun? Korang boleh pergi je mana-mana pilihan bank yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut atau mana-mana broker yang korang suka. Kalau macam ekin, ekin daftar dekat broker Kenanga ni lah.

Apa itu CDS akaun?

Mengikut definisi Bursa Malaysia, CDS ni bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Masa buka CDS akaun ni, ekin pergi dekat cawangan Kenanga di The Curve. So, sebelum datang tu... ekin memang dah prepare siap-siap lah segala dokumen yang nak kena bawa. Dengar macam banyak je kan dokumen nak kena bawa. Actually, sikit je. Hehehe. Ekin prepare salinan kad pengenalan 4 keping dan bank statement (muka surat hadapan sahaja) 4 keping. Tu je. Untuk bank statement, ekin guna maybank akaun. Tapi kalau korang pakai bank islam atau CIMB.. dia macam leceh sikit. Boleh google cara untuk download statement bank.

Kenanga The Curve
Lot 240, 2nd Floor
No. 6 Jalan PJU 7/3, The Curve Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya Selangor.
No tel: 03-7725 9095


Ekin bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi macam tu dan sampai dekat The Curve dalam pukul 12 lebih. Dah sampai cari parking semua.. terus pergi dekat pejabat Kenanga ni. Cakap nak buka akaun CDS. Nanti pegawai tu akan bagi borang untuk diisi.


Ohh ya btw, ekin bukan pergi sorang je tau. Ni hahh, ada bawa adik-adik ekin sekali untuk buka akaun CDS. Untuk yang bertanya, bukan orang yang dah bekerja je tau yang boleh buka akaun CDS ni. Student yang masih belajar lagi pun boleh je buka akaun CDS. Yang penting umur 18 tahun ke atas lah ya.

Lepas dapat borang ni, ekin pun berkumpul lah dekat meja ni dengan adik-adik ekin untuk isi borang ni. Mostly, isi maklumat peribadi je. Masa datang pun, memang tak ada orang pun. So, kurang lah segan sikit. Hahaha. Segan kenapa pun tak tahu lah. Dia take time, untuk isi borang ni je lah. Ada berapa keping borang pun tak ingat dah. Rasa dalam 5 minit jugak lah ambil masa untuk isi.


Excited betul ekin nak isi borang untuk pembukaan CDS akaun ni. Ekin memang suka dengan investment. Senang cerita, ekin suka dengan duit lah! Hahahhaa. Rasa tak sabar pula nak timba pengalaman invest saham dalam bursa malaysia ni. Selalu invest dengan robo-advisory. Ni, sendiri yang kena monitor nak invest saham apa.

Ok, dah isi lengkap borang tadi... ekin pun submit lah dekat pegawai yang bagi ekin borang ni tadi beserta RM10 untuk pembayaran proses pembukaan akaun CDS.

Katanya, ambil masa dalam 3,4 bulan ATAU LEBIH untuk proses buka akaun CDS ni sebab ramai gilerrr orang yang register untuk buka akaun CDS. So, sekarang kita dalam proses menunggu lah ni. Kebiasaanya, proses dia tak ada lah lama macam ni tau. Dari pembacaan ekin, biasanya seminggu dua macam tu je. Ni disebabkan ramai yang nak buka akaun CDS, tu yang dia drag masa sampai berbulan bulan.

Alright, itu sahaja update ekin kali ni. Siapa yang berminat nak invest dalam Bursa Malaysia tu... korang boleh lah register laju laju. Takut kena tunggu lama lagi untuk buka akaun CDS ni sahaja.

Apapun, thank you sebab sudi baca entry ekin kali ni.

Btw, kalau korang nak share apa-apa mengenai CDS akaun atau korang ada tahu mana-mana broker yang best... boleh lah komen dekat bawah.

~

Follow me:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

4 comments

  1. saya pun baru buka akaun cds juga tpi dengan RHB investment. berminat juga dengan kenanga nih

    ReplyDelete