Renew Lesen L (Kereta) Kali Kedua

Dah nak expired lesen L ni, barulah terhegeh-hegeh nak renew lesen. Tak sedar ke diri tu baru lesen L. Aduh, Ekin ni pun. Hahaha. Kali ni kiranya masuk kali kedua Ekin renew lesen L. Entah bila lah nak upgrade ke lesen P pulak nih. Maklum lah, bila dah semester akhir ni... Makin membusy pulak dengan segala projek dan assignment. Rasa tak cukup rehat pun ada. 

Berbalik pulak pasal lesen kereta ni. Kalau nak diikutkan, lesen L Ekin akan tamat pada 10/10/2018. So, petang semalam dalam 4 petang macam tu barulah terkejar-kejar pergi ke JPJ Padang Jawa, Shah Alam ni. Nasib baik lah sempat berkejar. Kalau ikutkan, pejabat dorang tutup jam 4.30pm.

Dah masuk kawasan JPJ Padang Jawa ni, terus cepat-cepat cari parking. Nasib baik petang-petang tak ramai orang, banyak parking kosong. Dapat je parking, terus naik atas ke tempat untuk pembaharuan lesen. Masuk, lepastu cakap dengan staff yang jaga tepi tu kata nak renew lesen dan ambil no giliran. Tengok dalam tu takde orang.

Tak lama tu, terus nombor kena panggil.  Ekin pun apa lagi. Cepat cepat pergi ke kaunter. Bagi IC. Bagi lesen L. Tunggu sekejap je, terus lesen L Ekin dah siap. Pantas dan efisien. Ni yang kita mahukan. Hoho. 


Taraaa. Done renew lesen L kali kedua. Hehe. Rasanya dah boleh jadi pengumpul lesen L dah ni.

Actually, sebelum nak ke JPJ Padang Jawa untuk renew lesen L ni, Ekin ada risau tau sebenarnya. Yelah, sebelum ni dah pernah renew lesen L untuk tempoh 3 bulan. Ekin fikir, boleh ke nak renew lesen L ni lagi?

Jadi, masa dekat kaunter nak renew tu... Ekin tanyalah dekat akak yang uruskan pembaharuan lesen L Ekin ni, "erm, kak. Sebelum ni saya dah pernah renew lesen L ni. Kalau saya nak renew lagi boleh kan?" sambil tangan hulur lesen L Ekin yang sebelum-sebelum ni. Akak tu pun tengok lesen Ekin (mungkin nak tengok tarikh lesen L Ekin) sambil kata, "ohh, boleh :)". Dalam hati Ekin, fuhhh selamat. "Kiranya boleh lah ya kak, asalkan tak lebih 2 tahun ya?" Saje lah tanya nak double confirm. Kihkih. Akak tu pun jawab, betul. 

Kiranya boleh lah renew lesen L ni kalau dah tamat tempoh walaupun berkali-kali. At least, tempoh lesen L kita tak lebih 2 tahun. Kalau tak, terpaksalah ambil ujian berkomputer semua tu balik. Dah melayang lagi duit. Hoho. 

Okay lah, itu sahaja entry kali ni. Korang doakan lah Ekin supaya cepat-cepat upgrade ke lesen P pulak ya. Harap-harap lah Ekin lulus sekali untuk ujian QTI dengan JPJ.

Ohh, lupa nak bagitahu. Ekin renew untuk tempoh 3 bulan, hanya perlu bayar RM30 sahaja.

Nota kaki : Hello readers! Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh komen je di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME supaya korang akan dapat notification bila ekin reply komen korang di bawah :)

~

Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube : @asyiqinroslee


43 comments

  1. Replies
    1. kalau dah mati, brapa lama tempoh untuk renew balik ?

      Delete
  2. Lepas nie kalau ada masa boleh dah ambik lesen P tu , sebab 3 bulan sekali kan kena renew kalau L ..

    ReplyDelete
  3. Wishing u all the best! You can do it!

    ReplyDelete
  4. Congrats. Moga Moga cepat dapat

    ReplyDelete
  5. Asallammualaikum Shah alam kat mana ad kels memandu murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti, mungkin awak boleh try tanya harga dekat ManduCekap Shah Alam :)

      Delete
  6. Nak tnyaa klau lmbat renew lesen l tak pe kaa... Or beebayar lgy?? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, cuma time nak belajar memandu tu kena makesure lesen tu hidup ok πŸ˜ƒ renew macam biasa je, takde bayaran penalti rasanya πŸ‘ŒπŸ»πŸ™ŒπŸ»

      Delete
    2. kalau kita dah habis belajar semua kpp tp lesen L mati mcm mana ? sbb kita taktahu bila test jpj tp lesen tu tetap kena renew ke mcm mana ?

      Delete
    3. Dalam tempoh berapa bulan paling lama kena renew lesen L kita ?

      Delete
    4. soalan:
      kalau kita dah habis belajar semua kpp tp lesen L mati mcm mana ? sbb kita taktahu bila test jpj tp lesen tu tetap kena renew ke mcm mana ?

      jawapan:
      masa dah dapat tahu bila tarikh test jpj, make sure lesen L tu hidup.. kalau dah mati boleh renew semula :) tak ada masalah..

      soalan 2:
      Dalam tempoh berapa bulan paling lama kena renew lesen L kita ?

      jawapan 2:
      kalau rasa tarikh lesen dah nak expired, boleh cepat2 renew lesen.. kalau terlambat, boleh je renew lagi cuma ada tambahan bayaran denda sahaja..

      Delete
    5. Hi . Saya nak tanya tarikh lesen saya expired 11/3/20 and jpj saya esoknya . So kerani bagitau kena renew . Jadi selepas saya renew adakah saya akan dapat lesen p tu selepas lesen renew saya cukup 1 bulan atau cukup 3 bulan ? Ke dia lepas siap baru dia bagi

      Delete
    6. hi awak,

      kalau nak amik test JPJ, lesen L kena hidup.. kalau dah nak expired, make sure renew awal-awal.. tempoh masa siap dalam masa satu hari sahaja..

      untuk lesen P, kena lulus test dengan JPJ dulu baru boleh buat lesen P.. biasanya 2,3 hari selepas lulus test JPJ, baru boleh pergi pejabat JPJ utk buat lesen P.. tempoh masa siap dalam satu hari sahaja :)

      harap membantu ;)

      Delete
  7. Nk tnya, cth klu sy dh trlmbt renew lesen l mcmne yer ? Kene ujian kmputer balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu, boleh terus renew mcm biasa tapi saya tak sure akan kena bayaran denda atau tidak.. biasanya dalam rm20-rm30 seingat saya :)

      Delete
    2. pembetulan: kalau lesen L dah tamat tempoh, boleh renew je mcm biasa.. tiada bayaran penalti/denda dikenakan.

      Delete
  8. Hi... Nak tanya... Saya dah lupa renew lesen L... Tarikh pun dah terlepas...still boleh renew ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. boleh awak, tak ada masalah, masih boleh renew cuma kena bayar denda dalam rm20-rm30 macam tu..

      Delete
    2. pembetulan: kalau lesen L dah tamat tempoh, boleh renew je mcm biasa.. tiada bayaran penalti/denda dikenakan.

      Delete
  9. ε¦‚ζžœLη‰Œε·²η»θΏ‡ζœŸδΈ‰εΉ΄ζœ‰δΊ† η„ΆεŽηŽ°εœ¨θ¦θ€ƒθ½¦ι‚£δΈͺLη‰Œζ˜―θ¦ι‡ζ–°θ€ƒθΏ‡θΏ˜ζ˜―δΈιœ€θ¦ηš„?

    ReplyDelete
  10. ε¦‚ζžœLη‰Œε·²η»θΏ‡ζœŸδΈ‰εΉ΄ζœ‰δΊ† η„ΆεŽηŽ°εœ¨θ¦θ€ƒθ½¦ι‚£δΈͺLη‰Œζ˜―θ¦ι‡ζ–°θ€ƒθΏ‡θΏ˜ζ˜―δΈιœ€θ¦ηš„?

    ReplyDelete
  11. Bole ke renew lesen L kereta kat pejabat pos?

    ReplyDelete
  12. lesen L saya 21/11/2017 - 20/02/2018 , sekarang mungkin boleh renew lagi tak? atau dah lebih 2 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tarikh lesen L yg first2 tu kan? kalau ya, ikut perkiraan boleh renew lagi..

      apa2 boleh tanya pada jpj

      Delete
  13. kalau dah renew lesen L, nak kena tunggu 35 hari lagi ke bru bole ambil test jpj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lulus ujian QTI dah boleh book untuk ambil test JPJ awak :)

      Delete
  14. Denda utk renew lesen L yg lewat tu. Memang maksimum denda dia smpai rm20-rm30 jer ke? Atau bergntung kepda bulan kelewatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak,, renew je macam biasa.. rasanya takde bayaran denda..

      Delete
  15. Hi nak tanya, kalau lambat renew lesen dalam 2 atau 3 hari macam tu, kena test computer semula kee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat renew lesen L ke maksud awak? tak perlu repeat test pun, boleh renew je macam biasa πŸ‘Œ tak ada masalah..

      Delete
  16. hi kalau lesen saya mati pada tarikh 5/12/2020 boleh renew balik ke dah nak habis 2 tahun ini boleh ke renew balik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. kalau tak silap saya.. boleh je nak renew.. tapi awak kena luluskan ujian jpj sebelum tempoh tu.. sebab dia valid full 2 tahun je.. kalau lebih 2 tahun, rasanya kena ulang semua ujian komputer semua.. apapun, boleh tanya pada cikgu awak (kalau ada) untuk confirmation :D

      Delete
  17. Assalammualaikum. .saudari. .straight forward..mungkin peraturan jpj sudah berubah..but I'm still try to ask the senior...situasi saya sekarang lesen L akan expires pada January 2021..dan saya masih belum buat test jpj lagi....cuma ada bad side effect tak jika saya cuba untuk tukar kelas memandu?.. contoh saya dafter di pahang..dan cuba tukar ke selangor....of course saya tak nak do the same thing..ujian berkomputer tu..its not easy...#need better and activefast solutions

    ReplyDelete
  18. Kalau lesen kita akan tamat tempoh(cukup dua tahun) esok. Dan esok tu ada test jpj. Mcm mna tu. Mohon pencerahan. Contoh diatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan pandangan saya, saya rasa boleh je tapi make sure test JPJ awak tu lulus lah ya πŸ˜„ kalau tak nanti kena repeat, dah lebih tempoh 2 tahun.. apapun boleh tanya pada cikgu atau hubungi pegawai JPJ untuk lebih tepat..

      Delete
  19. sis nak tnya, lesen L saya mati 15/3 ni then cuti sem 19/3, kalau renew lambat takpa kee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. takpe boleh je πŸ‘Œ bila nak belajar memandu balik baru renew.. tapi make sure tak exceed 2 tahun tau πŸ˜„

      Delete
  20. Lesen L boleh renew berapa kali??

    ReplyDelete