Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan dulu, Ekin akan ajar korang semua cara menggunakan website CosDNA dan fungsi-fungsi yang ada. Kepada yang tak pernah dengar lagi, mesti korang pelik bin ajaib kan... apa itu sebenarnya CosDNA ni? Kepada yang pelik peliks ni, korang teruskan lah pembacaan korang ye. Baca satu persatu tau, walaupun mungkin korang ni jenis malas membaca ke? Time subjek membaca je mesti mengantuk. Macam subjek sejarah lah. Ushh, bila kenangkan balik fail terus. Sama macam Ekin. *sobs sobs
Klik pada image untuk direct terus ke website CosDNA
APA ITU COSDNA?
CosDNA adalah sebuah website untuk check ingredients dalam produk kosmetik dan skincare harian kita dari segi comedogenic, irritation and safety. Gambar dibawah menunjukkan contoh bagaimana website ini memberitahu pengguna fungsi setiap ingredients yang ada dalam produk dan skala risiko sesuatu ingredients untuk menyebabkan comedogenic, irritation dan safety setiap ingredients dalam penghasilan sesuatu produk.
LIBRARY
Comedogenic - tending to cause blackheads by blocking the pores of the skin.
Irritation - the state of feeling annoyed, impatient or angry.
Safety - the condition of being protected from or unlikely to cause danger, risk or injury.
APA MAKSUD SKALA NOMBOR DI BAWAH COLUMN ACNE, IRRITANT DAN SAFETY?
Perasan tak dekat gambar atas, di bawah column acne, irritant dan safety ada skala nombor tu? Hahh, nombor yang tertera tu bukan sembarangan nombor tau. Dan bukan saje-saje letak je. Warna bulatan pada nombor itu juga mempunyai maksud tersendiri tau.
Untuk nombor di bawah column acne dan irritant, ianya akan diberi nombor daripada 0 to 5. Lagi lower nombor tu, lagi bagus. Nak senang faham, kiranya 0 tu lagi bagus daripada 5. Sebab apa? Sebab ia menandakan possibility chance untuk terjadi tu tak ada. Kalau nombor 5, maksudnya possibility untuk terjadinya acne dan irritasi tu tinggi lah. Hahh, macam itu!
Untuk bahagian safety index pula, nombor akan diberi daripada 1 sehingga 9. Dekat sini pun sama. The lower the better. Lagi lower nombor tu, lagi bagus. Ia menandakan ingredient yang digunakan tu low hazard untuk jangka masa panjang. Kiranya, keselamatan kulit kita ni terjamin lah. So, kalau warna bulatan tu warna hijau, kira selamat lagi lah. Tapi, kalau dah merah tu Ekin sarankan untuk elakkan kalau boleh elak. Mungkin pengguna tak nampak untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, sel dan tubuh badan pengguna.
Dan, kalau korang perasan dekat gambar atas ni ada ruangan kosong-kosong tu maksudnya sumber data untuk ingredient tu pihak CosDNA tak ada. Sebab sumber yang mereka dapat adalah daripada international experts, institution dan publications. So, yang kosong-kosong tu pihak mereka masih belum kenal pasti sama ada ingredient tu selamat atau tidak. *selagi korang pakai tu okay dan sesuai dengan kulit muka, kira ok lah tu *kenyit mata sikit
CARA MENGGUNAKAN WEBSITE COSDNA.
Ok baiklah. Selesai sahaja penerangan dekat atas ni, Ekin akan ajar macam mana nak guna website CosDNA ni. Untuk mudah faham, follow step ni perlahan lahan tau.
1. Klik sini untuk direct pergi ke website CosDNA >>> www.cosdna.com
Anda akan dibawa ke halaman utama CosDNA.
2. Klik pada 'Input product name/keyword to search' untuk masukkan jenama kosmetik atau skincare anda. Sebagai contoh, Ekin akan masukkan jenama Nutox dekat dalam ni. Dan klik 'Search' untuk teruskan pencarian.
3. Dan akan keluar beberapa product jenama Nutox yang ada dalam senarai sistem. Sebagai contoh anda ingin memeriksa ingredients bagi Nutox Oxyfusion Wrinkle Away Cleanser, klik sahaja pada perkataan tersebut dan akan keluar seperti gambar kedua dibawah.
Itu sahaja. Mudah kan sekarang ni. Segala maklumat berada di hujung jari kita sahaja. Sama ada kita rajin atau tidak sahaja untuk terus belajar dan belajar. Lepasni, senang lah untuk korang periksa dahulu ingredients produk kosmetik dan skincare sebelum membeli.
Okay, tadi Ekin ajar cara mudah untuk korang periksa ingredients setiap produk skincare korang kan. Cuma masukkan jenama produk dan klik search. Sekarang, Ekin ajar korang cara gigih pulak dimana korang perlu masukkan satu persatu ingredient yang ada pada produk korang.
Cara dia senang je cuma gigih sikit lah nak menaipnya. Kalau yang jenis tangan laju menaip tu, alhamdulillah. Ada sejenis manusia ni, dia taip tekan butang satu persatu mahu nak dekat 10 jam baru habis menaip. Ekin sarankan baik korang taip je nama produk tu. Hehehe. Senang.
Cara gigih ni khas untuk orang yang gigih sahaja. Buat mereka yang tak berapa nak gigih ni, korang boleh tutup je browser ni. Ahahahaha. No no no no... Sebenarnya cara ni korang boleh gunakan apabila jenama produk yang korang taip tu tak ada dalam senarai. Maksudnya pihak CosDNA tak review lagi. So, korang lah sendirian berhad kena masukkan satu persatu ingredients yang ada dan search sendiri.
Contoh seperti dibawah:
Kalau korang perasan, Ekin highlightkan (kotakkan) dua category which are 'Ingredients' dan 'Analyze Cosmetics'. Kedua dua ni adalah untuk korang masukkan ingredients skincare korang untuk tahu apa fungsi dia dan sebagainya. Tapi, apa yang membezakan kedua dua ni adalah, bahagian 'Ingredients' ni adalah untuk korang masukkan satu jenis ingredient sahaja untuk kenal pasti fungsi ingredient tersebut. Masih tak faham lagi? Takpe, Ekin akan bagi contoh dekat bawah ni.
Contoh ingredient: butylene glycol
Ini adalah contoh bila Ekin masukkan contoh ingredient seperti tertera. Dekat sini, CosDNA akan paparkan penerangan lanjut mengenai contoh ingredient yang Ekin dah masukkan tadi.
Okay, faham dah kan?
Untuk 'Analyze Cosmetics' ni pulak, korang refer gambar dekat bawah ni pula ya.
Contoh ingredients: Water, Butylene Glycol, Glycerin, Disodium Succinate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid,Hydroxyethycellulose, Methylparaben, PPG-10 Methyl Glucose Ether, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate, Succinic Acid
Dekat sini, korang boleh masukkan kesemua ingredients yang ada dalam produk kosmetik atau skincare yang korang guna dan klik analysis untuk menganalis.
Dan akan keluar analisis seperti gambar di bawah.
Itu sahaja, mudah kan nak analisis produk skincare yang kita guna. Panjang pula content kali ni. Ekin harap korang semua faham cara-cara nak guna website CosDNA ni. Sedikit sebanyak ia membantu kita untuk kenal pasti ingredients yang ada dalam skincare yang mana hari-hari kita dokk guna tu. Mana lah tahu selama ni jerawat timbul, kita ingatkan masalah hormon ke apa. Setelah diperiksa, rupa-rupanya ada ingredient dalam skincare kita yang menyebabkan masalah jerawat itu timbul.
Okay, untuk terus direct pergi ke website CosDNA klik sahaja di bawah:
3 comments
bagus perkongsian ekin nie.. Lupa lak nak cakap.. dah follow ekin.. Hye..
ReplyDeleteBetull..bgus sgt..pnerangn sng fhm..tq
ReplyDeleteThank you ! Sgt membantu
ReplyDelete