Focus Point | Cara Beli Cermin Mata Online

Assalamualaikum,


FOCUS POINT | Korang pernah tak alami masalah nak beli cermin mata, tapi malas nak tunggu lagi-lagi kedai cermin mata area rumah korang tu jauh. Lagi lah malas nak drive kan. Nak start enjin kereta pun ibarat hidup segan mati tak mahu. *ehh, ada kena mengena ke peribahasa ni. ahaha

Okay, Ekin ada satu berita menarik untuk korang semua yang masih tak tahu lagi ni. Untuk pengetahuan korang semua, FOCUS POINT (Malaysia) ada tawarkan pembelian cermin mata melalui online services tau. Hahh, macam mana pulak tu kan? "Saya noob lah sis, boleh terangkan tak dengan lebih details" Ahahaha, okay okay korang jangan risau. Ekin akan terangkan dengan lebih details gitcheww. Korang duduk je diam-diam sambil baca make sure baca sampai habis, mulakan dengan bismillah... Insya Allah korang akan faham. Okay.

Kita teruskan ye...


APA ITU PEMBELIAN MELALUI ONLINE SERVICES?


Pembelian cermin mata melalui online services ni lebih kurang korang beli barang online macam tu lah. Selalu kalau korang nak buat cermin mata, mesti kena pergi kedai kan? Ada separuh orang tu leceh nak pergi kedai semata-mata buat cermin mata. Lepastu nak kena tunggu beberapa minggu, datang balik untuk ambil cermin kan?! Mesti malas kan?

Melalui cara pembelian online services ni, akan memudahkan lagi kerja korang. Masa pun jimat. Duit minyak pun tak payah keluar. Parkin pun tak perlu risau. Semuanya hujung jari. Siapa yang suka berjimat ni, mesti korang suka!


MACAM MANA CARA NAK BELI MELALUI ONLINE?


Korang dah faham kan apa itu pembelian melalui online services ni kan? Sekarang Ekin akan tunjukkan cara-cara nak tempah secara online. Jom ikut step di bawah ni:

STEP 1: Dekat CATEGORY PAGE, korang pilih eyewear yang korang minat.


STEP 2: Korang pilihlah sama ada frames yang korang pilih tu didatangkan dengan 'prescription' atau tidak. Kalau ada, korang klik 'Customize Prescription' tu.


Korang akan dibawa melalui 'Lens Selection Module' untuk pilih korang punya final product. So, dekat sini korang pilih lah apa yang sesuai dengan korang.

Eg: Brand yang korang minat, single vision or near vision, lens package, etc etc.


Lepas dah complete 'Lens Selection Module' ni, sub-total untuk Frames + Lens akan dipaparkan before korang add to cart.


STEP 3: Lepas tu, korang dah boleh klik button 'Add to Cart'. Kalau korang nak shopping online/buat tempahan lain, korang repeat je step dekat atas ni. Dan klik 'View Cart' untuk check balik items yang korang beli.


STEP 4: Checklist

A - Check details product. Dekat sini korang boleh tambah/tukar quantity atau delete items yang korang taknak beli. Once dah tukar, jangan lupa untuk click 'Update Shopping Cart'

B - Untuk tebus reward point/kupon, korang masukkan je dekat sini.

C - Dah siap semua, klik 'Proceed to Checkout' untuk isi maklumat detail payment dan delivery.


STEP 5: Masukkan maklumat billing information.


STEP 6: Pilih payment method korang.


STEP 7: Pastikan maklumat yang korang isi tu, double-check okay before klik place order. Dah confirm semua, baru klik 'Place Order'.


STEP 8: Lepas dah klik 'Place Order', korang akan isi details bank/card details untuk proceed payment semua. Once dah berjaya, korang boleh track pembelian korang melalui confirmation email daripada FOCUS POINT.


So, total semua sekali ada 8 step cara untuk pembelian cermin mata secara online. Walaupun nampak panjang, sebenarnya simple je. Sama je macam korang shopping online beli barang-barang lain melalui website. Cuma beza dia, korang kena pilih frames and lens yang korang nak tu macam mana. Yang lain, sama je macam yang lain. Senang sangat!


SELAIN CERMIN MATA, ADA BARANG LAIN JUGA KE?


Okay, untuk pengetahuan korang bukan cermin mata sahaja je yang korang boleh beli online. Ada banyak lagi items yang korang boleh cari di website FOCUS POINT ni. Apa macam-macam yang ditawarkan oleh FOCUS POINT (Malaysia) ni tau. 

Dekat website FOCUS POINT ni, korang boleh cari:




Dekat sini korang boleh pilih brand apa yang korang suka, design, pemilihan warna dan bentuk untuk setiap items yang korang pilih. Memang sangat senang dan mudah. Jimat masa korang tau. Jadi, sesiapa yang berminat korang boleh klik je terus dekat bawah ni:

FOCUS POINT

Instagram: @focuspoint_my

1 comments

  1. Cermin mata pun dah ada online.. Tapi akak kalau buat spek mesti nak kekedai.. Baru puas hati.. kikiki..

    ReplyDelete