Lunch With Food Panda


Harini, disebabkan Ekin tak bawa bekal makanan ke pejabat. Kita order makanan tengah hari delivery through Food Panda. First time jugak lah order makanan dengan Food Panda ni. Hehehe. Nasib baik pandai guna. Nampak ciri-ciri dewasa sikit. Eheh. Nahh, Ekin tunjuk sikit main gambar di edit bersama logo Food Panda. Bukan main gigih lagi. Yelah, bosan-bosan duduk dekat office kita main main edit gambar. *terfikir jugak rasa macam nak tukar course editing pulekk

main gambar taknak kalah uols

Biasanya, setiap hari Ekin akan selalu bawa bekal makanan ke pejabat. Jimat gituww. Padahal, sebenarnya dekat area tempat Ekin kerja ni susah nak cari kedai makan. Nak nakk pulak dengan takde transport. Nak pakai Grab pulak, kena fikir dua tiga kali tuuu. Selagi boleh jimat, kita berjimat lah kan?! Lagi pun, officemate Ekin pun makan dekat office je. So, tak ada lah guee kesunyian gituw.

Okay, mehh Ekin cerita kisah pagi tadi terjadi dekat rumah yang supposedly Ekin boleh je bawa bekal makanan dari rumah tapi tak jadi. Kisahnya bermula sebegini... *fuhh, macam cerita zaman dulu kala pulek.

Macam biasa Ekin akan bangun awal pagi untuk mandi dan solat. Dan kebiasaannya ibulah yang akan bangun lebih awal untuk siapkan sarapan dan bekalan makanan untuk anak dia ni (thank you ibu). Tengah bersiap-siap solek nak pergi kerja, Ekin kedengaran dekat dapur sepertinya ibu lagi goreng telur *dengan nada sinetron hatiku bicara gituww. Tak lama tu, tiba-tiba dengar ibu jerit "Alamak Ekin! Nasi takde lah ni. Harini kena beli nasi dekat luar".

Adehh, Ekin bukannya apa. Ekin lagi prefer makan makanan air tangan ibu daripada air tangan orang lain. Hahaha. Konon nak tunjuk anak yang baik lah ni. Apapun, sebenarnya Ekin tak suka beli makanan dekat luar sebabnya tak tahu lah kenapa selera dia tak sama bila makan makanan yang ibu masak walaupun sekadar nasi dan telur goreng je. Korang sama tak macam Ekin juga?

Masa dalam kereta nak hantar pergi kerja, Ekin dah bagitahu ayah siap-siap yang Ekin taknak beli makanan dekat tempat sama. Ekin nak delivery je. McD ke. Food panda ke. Dah Makan ke. Mana-mana je lah asalkan makanan sampai ke lokasi. Huhuhu.

So, akhirnya Ekin pun decide nak try order makanan dekat Food Panda. Banyak sikit pilihan. Dalam kepala dah fikir dah nak makan apa. Kalau boleh nak order sushi. Lama jugak ngidam nihh. Dengan senang hatinya (walaupun first time) Ekin buka browser dan taip 'Food Panda'. Masukkan lah alamat office ni dan search pilihan makanan apa yang ada.

Loading punya loading... tup tupp keluar pilihan McD je yang ada. Sedih tak dapat makan sushi. Ahaha. McD pun McD jelah. Lama-lama muka Ekin dah macam atuk McD dah. Dekat uni makan McD. Dah kerja ni pun McD menjadi pilihan hati nombor 1. Ekin pun pilihlah menu kebiasaan McD yang selalu Ekin order. Nak checkout tu tengok total dia... ushhh RM24.80 semua sekali. Kalau hari-hari macam ni, boleh bankrupt Ekin. Selalu bawak bekal je. Hari ni terpaksa keluar kan duit. *sobs sobs

Ekin pun tunggulah beberapa minit untuk makanan sampai. Nasib baik order awal. Kalau order lambat tadi, mesti dah terlepas waktu rehat Ekin.

taraaa, nilah menu kebiasaan yang Ekin order dekat McD

MY FAVORITE MENU
-doublecheese burger (set milo)
-apple pie

Tiap kali pergi McD, menu yang sama jugak lah yang Ekin order. Kalau korang tanya, tak bosan ke Ekin? Jawapan Ekin would be definitely NOOOO. Entah lah, Ekin pun teringin juga nak try order menu yang lain. Tapi bila tengok je rasa macam tak berselera. So, Ekin pun stick lah dengan apa yang Ekin selalu order.

Paling penting fries McD memang wajib! Dalam banyak-banyak fries, fries McD lah yang menjadi pujaan hatiku. Tapi, kalau makan banyak-banyak naik muak jugak uols. Kalau dah lama tak makan pulak, jadi mengidam pulekk. Selalunya makanan yang banyak garam ni lah yang jadi makanan favorite. Contoh tak baik betul Ekin ni. *ampunkan sayaaa

always love

terus rasa insaf lepas tengok ni

pilihan poojaan hatiku

lepas korang tengok ni, ada rasa tergoda tak? ahahaha. cheese dia memang tak reti duduk diam

kempen KATAKAN TAKNAK STRAW

Ni lagi satu kisah sedih pendek yang Ekin nak cerita... Dapat je makanan order daripada Food Panda, Ekin ingat nak terus minum air milo yang Ekin order sambil melayan facebook. Belek punya belek tengok ehhh straw tak ada lah. Macam mana i nak minum air ni. I dahaga lah. *sambil belek belek lagi tak puas hati tak jumpa straw

Tiba-tiba ada sticker terlekat dekat tangan (entah macam mana boleh terlekat ntahh). Ekin pun perhatikan satu persatu huruf yang ada.

K.A.T.A.K.A.N.T.A.K.N.A.K.S.T.R.A.W

"Katakan taknak straw?!"

"Ehh, sejak bila Ekin bagitahu taknak straw ni?"

Ahhahaha, diri sendiri pun confuse.

Rupa-rupanya mulai 1 Ogos 2018, menerusi McDelivery ni straw sudah tidak akan diberi demi membina dunia yang lebih mesra untuk generasi yang akan datang. Ekin pun check tarikh. Ohh laaa. Harini lah yang 1 Ogos nya. Tepat betul timing order Ekin ni. Terus rasmi kempen KATAKAN TAKNAK STRAW. Lepasni, korang jangan lah terkejut pulak tiba-tiba order McD tak dapat straw. Korang minum je lah air tu macam dalam cawan biasa. 

Alright! Itu sahaja kisah untuk hari ini. Thank you for those yang sudi membaca. Kita jumpa lagi dalam next content. Saranghaeyo unnies...

4 comments

  1. bawa bekal bukan sahaja jimat, kena dgn selera malah potion pun banyak.. Tapi sesekali membeli pun apa salahnya.. ye tak.. kikiki.. Comel gambar-gambar ekin..

    ReplyDelete
  2. takde masalah kalau takde straw kan...boleh hirup gitu je..kat sini food panda macam takde

    ReplyDelete
  3. Saya selalu guna Food Panda untuk order makanan. Saya sedang mencari lori sewa barang untuk business saya. Saya suka gaya tulis blog sis and keep writing ya.

    ReplyDelete