Korang tahu tak dengan pakai retinol dapat buat kulit muka korang nampak lagi muda dari usia sebenar?! Mesti tak percaya kan? Tapi benda ni legit. Ramai skincare guru memang sarankan for those yang dah masuk 20 series ni untuk add retinol dalam skincare routine korang. Tak kira lah perempuan atau lelaki, dua-dua boleh je pakai.
Sebelum ni, ekin selalu pakai retinol yang jenis cream tau. So, kebiasaanya ekin akan pakai sebelum nak tidur. Tapi, baru-baru ni.. ekin baru tahu yang SOME BY MI ada keluarkan sheet mask yang main ingredient dia adalah RETINOL korang! And I was like.. whuttttttt. Senang giler nak pakai.
Pastu nak tunggu apa lagi kan? Ekin terus lah checkout. Huhuhu. Macam biasa kita beli di TIKTOK sebab lagi jimat gitchew. Nak beli boleh KLIK DEKAT LINK SINI.
Masa mula-mula sampai rumah tu kan, ekin macam "uihhh, besar betul bekas dia ek... boleh pakai lama ni". Hahahhaa. Nak compare dengan sheet mask yang ekin selalu beli dekat drugstore, bagi ekin murah lagi yang ni tau. Sebab dalam bekas ni ada 30 sheet mask tau. BANYAKK WOIII. And harga sebenar dia RM103.36. Tapi sebab beli dekat tiktok dapatlah RM58.77. JIMAT BANYAK ENNN.
Yang ini ekin try compare dengan Numbuzin punya saiz bekas. Nampak tak Some By Mi punya bekas retinol sheet mask ni besar mana?! Walaupun Numbuzin punya bekas ni adalah toner pad.. tapi korang boleh nampak kan perbezaan saiz bekas dia. Besar noks.
Dia punya product hygiene tu ekin boleh katakan NO 1 bebb. Untuk Some By Mi punya Retinol Intense Daily Mask ni, korang akan dapat tools dekat penutup dia. So senang kalau korang nak ambil sheet mask dalam bekas tu. ANDDDDD dia seal sekali tau bekas ni. Hahhh.
Tapi ya ampun.... ekin nak complain ni. Dia punya product hygiene tu dah bagus tau. Tapi.... engkorang tengok lah sendiri gaya ekin buka dia punya seal ni. Dah macam kena gigit tikus dah aku tengok ah.
Wehhhh, kuat namateyy dia punya seal tu. Tapi ada bagusnya juga boleh bagi extra secure. Cuma agak annoying juga lah bila buka tak dapat. Terkeluar tenaga jantan nak buka seal ni.
Yang mana tak tahu macam mana nak guna tools yang dia dah bagi, ni haaa ekin tunjuk caranya. Haks. Korang ambil pastu kepit je. Sonangggg.
So, yang mana dah hit 20s keatas tu kan, ekin memang RECOMMEND korang sangat sangatt sangattt sangatttt untuk add retinol dalam skincare routine korang tau. Lagi-lagi yang asyik complain skin nampak tua tu. Hahhh, kau add je retinol dalam skincare ni. Jangan banyak cekadak dah.
Banyak tau sebenarnya kelebihan retinol ni. Yang paling orang lurve sangat sebab retinol ni adalah salah satu ingredient untuk ANTI-AGING tau. So yang mana dah start ada garis-garis halus atau kedutan dekat muka tu, korang boleh lah start pakai retinol. Confirm esok pagi muka korang akan rasa boink boinkk macam baby skin. Jujur ekin cakap dari pengalaman sendiri.
Banyak lagi tau benefit retinol ni. Yang mana tak tahu, jangan risau. Korang boleh je start sekarang untuk add retinol dalam skincare routine. Macam-macam jenis dah ada dekat pasaran ni tau. Ada yang jenis cream and ni ekin baru tahu ada jenis sheet mask. Depends dekat korang jenis suka sapu cream atau pakai je sheet mask.
Kalau orang malas macam ekin ni, ekin suka pakai sheet mask je. Biar dalam 10-20 minit kat muka, pastu cabut, buang. Senang! Huhuhu.
Tapi kan, ekin ada baca yang untuk wanita hamil.. korang tak sesuai tau pakai retinol dalam skincare. Jadi, kena careful juga take note ingredient apa yang awak boleh and tak boleh guna.
Yang mana nak tahu apa lagi kelebihan retinol ni, ekin share dekat bawah ni untuk side note korang:-
KELEBIHAN ADD RETINOL DALAM SKINCARE ROUTINE
Anti-Aging : Retinol dapat mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah. Ia dapat membantu dalam penghasilan kolagen untuk membuat kulit lebih anjal dan kelihatan muda.
Menambah baik tekstur kulit : Dengan pengunaan retinol yang kerap dapat membantu melicinkan kulit dan mengurangkan lubang pori dengan mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit.
Pengurangan hiperpigmentasi : Retinol dapat mengurangkan bintik hitam, tanda penuaan dan hiperpigmentasi lain dengan mempercepatkan pengelupasan permukaan sel kulit.
Merawat jerawat : Retinol dapat membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Menaikkan seri wajah : Dengan menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghasilkan sel yang baru, retinol dapat menjadikan wajah agar kelihatan lebih cerah dan tona kulit yang sekata.
Banyak kan kelebihan dia? Jadi, tunggu apa lagi. Korang boleh lah grab sekarang. Huhu. Kalau korang nak add retinol ni dalam skincare korang, make sure korang ambil retinol yang lower concentration dia tau. Sebab skin orang lain lain. Untuk pengetahuan korang, retinol ni adalah active ingredient tau. So, yang mana belum pernah introduce retinol dekat skin korang.. better korang start with lower concentration.
Antaranya, korang boleh pakai Retinol Intense Daily Mask by SOME BY MI ni. Untuk sheet mask ni, korang jangan pakai hari-hari tau. Dalam seminggu tu, korang boleh pakai 2-3 kali macam tu. Kalau nak beli, nak jimat.. korang carilah dekat tiktok. Ekin memang beli dari official account SOME BY MI. Kalau korang nak beli, boleh KLIK DEKAT SINI JE.
Okay lah korang, sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Kalau korang ada apa-apa soalan yang nak tanya, boleh je komen dekat bawah. Nanti free ekin akan reply.
Anyway, thank you sudi baca blog ekin.
Bye!
-FOLLOW ME-
Instagram : @asyiqin_roslee
Youtube : @asyiqinroslee
Tiktok : @wnrasyiqiin
0 comments