Dr. Morita Hyaluronic Acid Moisturizing Essence Facial Cream

Hello beauty readers semua, 

Korang pernah tak dengar skincare product jenama Dr. Morita ni? Produk jenama Dr. Morita ni pernah viral tau sebab facial mask hyaluronic acid dia memang superb dan best giler! Ekin pun dah jadi peminat sejati no. 1 dengan kesemua facial mask daripada Dr. Morita ni. Memang dah tak pandang yang lain dah. Hihu.

Tapi kali ni, Ekin taknak borak pasal facial mask Dr. Morita ni. Sebaliknya, Ekin nak review Dr. Morita punya moisturizing essence facial cream dia iaitu HYALURONIC ACID MOISTURIZING ESSENCE FACIAL CREAM. 


Inilah dia essence cream yang Ekin katakan tu. Actually, Ekin sendiri tak tahu yang jenama Dr. Morita ni dia ada facial cream. Ingatkan dia ada facial mask je. Rupa-rupanya ada juga moistirizing essence facial cream ni.

Haritu masa tengah jalan-jalan cari skincare dekat guardian, mata Ekin tertangkap pula dengan moisturizing cream ni. Setelah berfikir ke seratus puluh kali, Ekin pun decide nak beli. Kebetulan pulak memang tengah cari moisturizer sebab kebelakangan ni rasa kulit muka ni asyik kering je. Memang kebetulan sangat lah jumpa face cream ni. Adakah ini jodoh ku? Kuikui.

Masa Ekin tengah fikir seratus puluh kali tu, agak teragak jugaklah nak beli face cream ni sebab masa tu produk ni takde tester dekat sana. So, nak tengok tekstur moisturizer ni pun tak dapat. Tak terfikir pulak nak google tengok tekstur produk ni macam mana. Pakai main beli je. Hahaha. Maklumlah, kalau bab skincare ni main pakai tibai je Ekin rembat.


Bestnya Dr. Morita essence facial cream ni adalah sebab produk ni dia datang bersama-sama dengan spatula. So, senang lah kita nak main masak-masak gituewww. Hehehe, okay gurau je.

Sebab kan face cream ni dia dalam bekas besar macam ni, jadi senang lah korang nak cedok pakai spatula sebelum tepek face cream ni dekat kulit muka korang. Takdelah korang pakai jari korang untuk ambil face cream ni. Kiranya, untuk hygiene purpose lah gituww. Memang bagus! 


Tekstur moisturizing essence facial cream ni jenis krim. Siapa yang jenis kulit muka dia dry skin memang sesuailah dengan korang.

Untuk korang yang jenis kulit muka combination / oily skin, Ekin tak berapa nak recommend kan dekat korang.... takut korang tak suka dengan tekstur dia. Sebabkan face cream ni tekstur dia jenis krim, so potensi untuk orang yang jenis kulit muka combination / oily mungkin tak suka sebab korang akan rasa sticky and rasa macam krim dia tebal je dekat muka.


Kita closed-up sikit tekstur face cream ni.

Dr. Morita Hyaluronic Acid Moisturizing Essence Facial Cream ni korang boleh gunakan sebagai krim siang dan malam. Dan yang bagusnya pasal face cream ni adalah ia berfungsi 6 dalam 1. Apa itu 6 dalam 1?

Maksudnya, face cream ni dia ada 6 fungsi dalam 1 produk. Jadi, apakah keenam-enam fungsi tersebut? 

Untuk pengetahuan korang, face cream ni boleh digunakan sebagai toner, face cream, eye cream, face mask, concentrated essence dan face lotion. Jadi, tak rugi kan?! Memang berbaloi. 


Mungkin ada antara beauty readers kita ni jenis beauty expert, so pemilihan sesuatu produk mestilah dikaji dengan lebih teliti. Betul tak?!

Macam mana nak kaji? Mestilah melalui ingredients sesuatu produk tu. Oleh itu, Ekin dengan senang hatinya akan sertakan sekali dengan ingredients Dr. Morita Hyaluronic Acid Moisturizing Essence Facial Cream ni dibawah:-

Ingredients:
Water/Aqua, Butylene Glycol, Glycerine, Caprylic/Capric Triglyceride, Triethylhexanoin, Hydrogenated Polyisobutene, Cyclopentasiloxane, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Cetearyl Alcohol, Dimethicone, Polyacylamide, Glyceryl Stearate, Palmitic Acid, C13-14 Isoparaffin, Stearic Acid, Sodium Acrylates Copolymer, Niacinamide, Xanthan Gum, PEG-100 Stearate, Methylparaben, Allontoin, Dimethiconol, Laureth-7, Phenoxyethanol, Propylparaben, Tocopheryl Acetate, Phospolipids, Polyglyceryl-10 Stearate, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Fragrance, Disodium EDTA, Dipropylene Glycol, Sodium PCA, Sodium Lactate, Sodium Hyaluronate, Squalane, Arginine, Aspartic Acid, Cycloresiloxane, PCA, Glycine, Alanine, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Tocopherol, Serine, Valine, Proline, Threonine, Isoleucine, Histidine, Phenylalanine, Chondrus Crispus Extract, Ulua Lactuca Extract, Enteromorpha, Compressa Extract, Palmaria Palmata Extract, Undaria Pinnatifilda Extract

Okay girls, gigih I taip balik ingredients dia. Takde orang nak bagi penghargaan dekat seketul asyiqin ni ke? Hohoho. Alright, itu sahaja review tentang facial cream daripada Dr. Morita ni. Hope korang berjaya baca sampai habis lah bebelan Ekin panjang-panjang ni.

See you in the next entry :)

3 comments

  1. 1st time dengar nama dr morita ni.. bagus kalau ada product yang macam ni.. liez suka sbb tak perlu byk cream

    ReplyDelete
  2. selalu juga dengar good review pasal mosturizer ni tapi tak pernah try lagi product ni.

    ReplyDelete