Hello readers,
Haritu ada lah satu thread dekat twitter ni lalu dekat timeline ekin. Anything pasal investment, mesti laju je rasa nak baca. Masa muda-muda ni lah kita kena ambil tahu ilmu investment ni sebanyak mungkin kan. Betul tak?
Rasanya ni first time ekin dengar pasal Wahed Investment. Kalau pasal ASB, rasanya semua orang pernah dengar kan? Kalau ekin tanya korang, "pernah tak dengar pasal Wahed Investment" ni... mesti korang akan geleng kepala beramai-ramai. Baik jawab betul- betul.
So, nak dijadikan cerita 2, 3 kali jugaklah thread pasal Wahed Investment ni lalu dekat timeline. Awal-awal, rasa nak baca macam tu je. Bila dah 2, 3 kali lalu ni... rasa macam nak invest pulak. Hahaha. Sebab alang-alang nak buka akaun Wahed ni boleh online je, ekin pun teruskan lah niat nak invest ni.
"Macam kaya je nak invest?!"
Kaya tak kaya, janji invest. Hahaha. Ok tak tak. Nanti ekin akan terangkan kenapa ekin ambil keputusan mendadak nak invest dengan Wahed Investment ni. Apa-apa pun, jom kita kenal dengan lebih dekat lagi apa itu Wahed Invest.
Wahed Invest
Wahed Invest merupakan satu online platform pelaburan halal dimana objektif mereka adalah untuk menyediakan/membuat pelaburan yang halal dengan modal terendah iaitu RM100 sahaja.
So, korang dah tahu kan... antara salah satu benda yang buat ekin tertarik dengan Wahed Invest ni adalah sebab ianya halal dan menepati syariah. Kenapa halal? Apa yang membuatkan Wahed ni halal? Yup. Soalan yang sama yang bermain di fikiran ekin masa awal-awal buat research pasal Wahed ni.
Untuk pengetahuan kita semua, apa yang menjadikan Wahed Invest ni halal dan menepati syariah adalah pelaburan yang dilakukan oleh Wahed adalah 100% kepada halal resources. Bermakna, wang yang kita laburkan ke Wahed Invest... tidak akan dilaburkan kemana-mana source yang tidak halal seperti arak, rokok, judi dan sebagainya lah.
Malas nak bebel panjang-panjang, sebab korang bukan nak tahu pun kan? Hehehhe... (padahal ekin malas nak menaip sebenarnya huhuu). Tapi takpe, in case kalau korang nak buat research lebih dalam lagi, mungkin korang boleh pergi terus dekat website Wahed Invest ni je. Ekin akan paste kan dekat bawah ni nanti, so that korang hanya tinggal untuk klik sahaja :)
Dah Start Melabur
Pung pang pung panggg... setelah beberapa hari buat reseach pasal Wahed Invest ni, ekin pun ambil lah keputusan untuk buka akaun Wahed dan invest terus. Ingatkan senang macam ABC lah nak sign up akaun Wahed ni. Banyak juga requirement yang dorang ni minta suruh kita upload. Tapi ada bagusnya sebab sekurang-kurangnya security dia protected. Bukan sembarangan orang yang boleh buka akaun Wahed ni. Yang betul-betul nak invest je akan berjaya buka akaun Wahed ni. Yang mana main-main nak tengok-tengok je tu... kirim salam lah awal-awal. Siapa yang tahu je akan tahu. Huhuu.
So, apa yang dia minta mostly suruh kita upload identification card/lesen memandu lah. Ekin memang upload lesen memandu je. Punyalah taknak bagi kita punya ID card. Hahaha. Masih was-was lagi tu. And then, ada lah beberapa gerakan yang Wahed suruh kita buat untuk kuatkan lagi security. Part ni, ekin kena cari timing masa pakai tudung... sebab nak kena record video. Part ni yang leceh, tapi masih lagi nak invest tu.
Referral Username
Yang ni memang tak dapat dinafikan lah. Part paling best sekali bila dia ada referral username. Biasanya, bila kita dah sign up untuk sesebuah akaun... kadang-kadang dia ada minta untuk masukkan referral username tau. Benda ni adalah untuk mereka tahu yang kita ni ada refer pada sesiapa ke sebab boleh tahu kewujudan mereka. So, sebagai hadiah saguhati... mereka akan bagi bonus dalam berupa tunai kepada kita sebab perkenalkan sesebuah apps kepada pengguna lain.
Paling best lagi bila kita sebagai pengguna yang baru berdaftar ni pun akan peroleh bonus tunai juga sebab register akaun under mereka. Samalah macam Wahed Invest ni juga. Wahed Invest ni pun ada sediakan referral program dimana setiap kenalan yang kita perkenalkan akan peroleh bonus berupa tunai dalam $10. Kita dapat $10, dia pun akan dapat $10.
Disebabkan masa nak buka akaun Wahed haritu ekin ada masukkan referral username, rasa tak sabar pula nak dapat bonus $10 ni masuk dalam akaun. Hihiii.
Iklan jap... so kalau korang nak buka akaun Wahed Invest dan nak dapatkan bonus $10, jangan lupa masukkan code referral username wanbin10 ni tau.
Referral Username
wanbin10
jangan lupa untuk masukkan referral username 'wanbin10' untuk tebus bonus $10
Ok,
Kalau korang ni sejenis yang suka dengan pelaburan, mungkin korang boleh try godek Wahed Invest ni pula. Paling minimum nak melabur RM100 sahaja. Kalau rasa-rasa tak jadi nak melabur balik... korang boleh withdraw je balik duit korang tu. Senang je!
Rasanya tu sahaja kot ekin nak update untuk kali ni. Saje je lah nak bagitahu korang yang ini adalah kali pertama ekin melabur dengan Wahed Invest. Apa-apa perkembangan ekin akan update kemudian ok.
Kalau korang nak tanya atau request ekin buat tutorial macam mana nak sign up akaun Wahed Invest ni pun boleh komen je dekat bawah tau. Ada masa lebih nanti ekin akan buat.
Thanks for reading!
Notes: Jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME bila korang komen dekat bawah supaya korang akan terima notification bila ekin reply komen penting korang tu :)
BACA JUGA: Cara Nak Sign Up Akaun Wahed Invest
BACA JUGA: Cara Nak Sign Up Akaun Wahed Invest
~
Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee
30 comments
sy pun baru first time pula dgar pasal nie.. nice sharing..
ReplyDeletenanti cerita lah lagi pasal ini.. mana lah tau berminat nak invest juga hehe
hihiii.. baikkk :)
DeleteKan...mudah. sy baru daftar bulan lepas...yg penting halalan tayyiban
Deletebetul tu betul :)
DeleteMacam mana nk withdraw duit tu nti
ReplyDeleteada button withdraw dalam apps tu :)
DeleteBagus bila ada kesedaran untuk melabur.
ReplyDeletehihiii.. harap2 lah return tinggi
DeleteNak try, sbb baru lg kat msiakan. Tp kena ada ilmu utk nk join. Kalau boleh share ilmu bg tahu lah ekin.. Tq .
ReplyDeletealright.. memang plan nak share lebih details lagi.. tengah menunggu masa lapang yg sesuai je ni nak mengupdate., hehe
Deletemacam mana nk mulakan?
ReplyDeleteboleh mulakan dengan sign up account wahed invest :)
DeleteBuat tutorial untuk buka acc boleh?
ReplyDeletewill do soon! ;)
DeleteSalam.. Mohon buat tutorial utk sign up account. Terima kasih sis.
ReplyDeletewill do soon! ;)
Deletethanks for requesting that
Menarik. Insya allah nnt kak pip godek2 juga investment ni.
ReplyDeletekak pip kena godek skrg jugak tau! hehehehe :D
DeleteThanks for Sharing sis. Sy dh pun buka akaun Wahed Invest. Rasanye referral username ni terhad. So siapa yg nak buka akaun tu kalau tak dapat guna referral username dekat atas tu, boleh la guna referral sy ni.> 'mohbin209'
ReplyDeletewoi guna referral ni woi ahmdan3
ReplyDeletebtw boleh tak admin buat perbandingan asb vs wahed. sbb bila research macam lebih kurang samaja
Ok done guna kod
ReplyDeleteModal yg kita letak tu contohnya rm 16000 tu akan berkurang ke mengikut rugi untung?
ReplyDeleteyaa awak.. kalau market turun akan berkurang, kalau market naik akan bertambah.. update percentage gain kita akan di-update oleh pihak wahed setiap hari :)
DeleteMaknanya Wahed ni boleh cayalh yer....bukn scammer....
ReplyDeleteCiterlah pasal keuntungannya...hehehehee....
haah awak.. boleh percaya dan bukan scammer :)
Deletesoon, saya akan buat satu lagi post mengenai wahed ni dgn lebih details
Thank you share banyak info👍
ReplyDeletesama2.. harap membantu :D
DeleteHi sis..sya Hilmi..nak tnya wahed invest ni bole letak penama..? Mna Thu ajal smpai awal ke..
ReplyDeletehi awak , kalau tak silap saya dekat wahed invest ni takde letak penama..
DeleteHi sis..nk tnya klu cthnya xjd nk invest pstu kite nk withdraw akn msuk kedlm bank kita smula ye?bese bpe lma ye?
ReplyDelete