3 Pilihan Menu Menarik untuk dipilih di Red Penguin TTDI

Assalamualaikum & hi korang semua!

Minggu ni hatiku rasa gumbira segembira perut ekin dapat makan makanan sedap-sedap ni. So, untuk entry kali ni ekin nak share dengan korang semua 3 menu pilihan ekin dekat online restaurant yang berada di TTDI, Kuala Lumpur. Online restaurant? Classic kan? Hehehehe. So, restaurant ni nama dia Red Penguin Online Restaurant (Red Penguin TTDI). Actually, first time juga ekin mencuba menu menarik yang ada dekat online restaurant ni. Dan overall, memang puas hati! Rasa macam nak repeat order pun ada juga. Kahkahkah. Tak padan dengan badan kecik ekin ni.

Apa yang best dengan Red Penguin Online Restaurant (redpenguin88a) ni, sebabnya semua jenis menu makanan ada dekat sana. Start daripada kashmiri briyani, burger, wraps, western, vege dan macam-macam lagi lah. Yang penting, ekin suka juice dia. Betul-betul rasa asli wehh. Rasa dia ibarat kau minum dari buah je. Hahaha. Sumpah tak tipu. Memang fav ekin lah juice dia. Lagi-lagi mango juice. Minum pulak time sejuk-sejuk. Perghhh.


Tangg tarangggg... penuh tak meja makan ekin? Hehehe. Mewah betul dapat makan makanan dari Red Penguin, TTDI ni tau. Sekali rasa kan, rasa macam makan makanan yang dimasak oleh chef-chef professional pulak. Semua cukup rasa, takde kurang... takde lebih. Tapi, mungkin ada satu je yang terlebih... TERLEBIH SEDAP! Kehkehkeh. Sorry lah, ekin betul-betul tak move on lagi dengan 3 pilihan menu yang ekin pilih dekat Red Penguin ni. Tu yang ekin nak share dengan korang ni.

Ok, tanpa kita berlengah masa... meh ekin nak share 3 pilihan makanan atau menu yang menarik untuk korang pilih di Red Penguin. Lets go!

1. Kashmiri Briyani + Kampung Fried Chicken


Untuk kashmiri briyani ni, sebenarnya korang boleh pilih sama ada nak padankan dengan lauk apa-apa je tau. Ada banyak. Tapi, yang ekin pilih ni adalah kashmiri briyani + kampung fried chicken. Masa order tu kan, ekin ingatkan kampung fried chicken ni macam ayam goreng kunyit biasa tau. Tapi sampai-sampai je makanan depan rumah, buka-buka... "aaaaaaaaa, ayam goreng fav ekin!" Dah lama tak makan ayam goreng ni. Terubat sikit rindu dihati. Hahahha.

Briyani dia ni agak pedas sedikit daripada briyani yang ekin pernah makan sebelum-sebelum ni. Tapi, nama pun melayu kan... tak sah kalau tak pedas. Ekin suka makan makanan pedas-pedas ni. Baru lah rasa umphhhh dia tu ada. Kehkehkeh. Tapi kalau nak kata skala kepedasan dia tu, takde lah pedas sangat sampai tiap kali makan tiap kali tu nak minum air. Tak.. tak. Ekin bagi kepedasan dia skala 1.5/5 githeww.

2. Classic Fish & Chips


Menu yang kedua ekin pilih adalah western fusion iaitu classic fish & chips. Dah makan nasi, kita try makanan barat pula ye dak? Bila tengok dalam gambar, ya ampun... rasa healthy nya makanan ditemani dengan sayur-sayuran kehijauan begitu. Ekin tersangatlah suka dengan classic fish & chips daripada Red Penguin ni sebab apa tau... ikan dia tu tebal yakmat. Puas betul makan. Selalu kalau order dekat kedai sebelum-sebelum ni kan, mesti nipis-nipis je ikan yang dia bagi. Rasa macam, kenyang ke tidak aku makan ni. Hahaha.

Tapi, menu classic fish & chips dari Red Penguin ni betul-betul buat ekin sayang dekat restaurant ni. Hahahah. Ikan pun tak kedekut. Tebal pun tebal. Memang kenyang lah kalau makan. Lagi satu, dia punya mashed potato tu... memang lain dari yang lain. Tak macam mashed potato yang ekin selalu makan dekat fast food tu. Awal-awal rasa macam sesuatu yang baru yang belum pernah ku makan sebelum ini. Bila dah lama-lama tu, yupp sedap! Boleh masuk dengan taste ekin. Ada rasa home-made dia tu. Love it! Korang memang patut cuba.

3. Maharaja Burgers + Charcoal Bun


Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, maharaja kepada semua makanan yang ekin order. Hahaha. Ekin dah lama giler tau nak try burger versi yang charcoal bun ni. Nasib baik lah dekat Red Penguin ni ada. Hilang sikit mengidam ekin dekat burger ni. Hehee. Kalau korang nak tahu, burger daging dia ni homemade tau. Bukan pakai burger yang nipis-nipis tu. Oppss. Hehehe.


Korang patut tengok ni! Ekin saje lah belah dua burger ni sebab nak tunjuk dekat korang ketebalan daging beef dia tu macam mana. Saje nak buat korang terliur sambil baca posting blog ekin ni. Huhuu. Paling tak menahan, dia punya telur kuning tu. Korang tengok lah... Betul-betul meminta untuk dihabiskan sepantas kilat.

Kalau korang buat pesanan dekat Red Penguin ni kan, ekin memang recommend korang untuk try Homemade beef burger (maharaja burger) with charcoal bun ni. Sampai sekarang ekin masih teringat rasa dia macam mana. Hahaha. Sedap gilosss. Daging dia pun lembut... masuk mulut je teruih cair daging dia tuh. Belum lagi cerita kelembutan charcoal bun dia. Nama je garang enn, charcoal kau.. tapi sekali sentuh... halahhh lembut je rupanya awak ni. Ekin sampaikan taknak kongsi dengan orang bila makan burger ni. Huhu. Tapi memandangkan ekin seorang sister yang bagus, ekin bagilah adik ekin makan sekali.


Alright, itu sahaja lah 3 pilihan makanan/menu yang menarik yang korang boleh pilih dekat Red Penguin ni.

PALING PENTING!

Kalau korang order makanan dekat Red Penguin ni kan... jangan lupa untuk try dia punya juice sekali tau. Confirm korang takkan menyesal punya. Ekin memang suka share benda-benda yang best dan sedap ni. Kalau tak sedap, ekin takkan share. Hehehe. Dia punya juice tu, sumpah sedap giler. Adik ekin kata apa tau:

"Kalau nak diet, boleh lah minum juice ni"

Hahahha... sebab apa tau. Sebab juice dia memang 100% pure. Takde campur dengan apa-apapun. Tiap kali minum juice dia ni, rasa macam tengah cucuk straw lepastu sedut air dari buah tu. Ekin ada lagi juice dia ni dalam peti. Sayang nak habiskan. Hahaha. Yang ekin punya ada mango juice dengan watermelon juice. Ekin baru try mango juice dia dan memang sedap giler. Watermelon juice dia, ekin tak bukak lagi. Nak habiskan satu satu dulu. Hehehe.

So,

Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak tengok menu apa yang menarik ada dekat Red Penguin ni... jangan risau, dekat bawah ni nanti ekin akan letak terus link social media dengan website untuk korang survey-survey dulu tengok apa yang menarik. Kalau korang dah order, jangan lupa bagitau ekin tau... so ekin tahu yang ekin dah berjaya pengaruh korang untuk gemuk bersama. Kahkahkah. Hahah, tak tak gurau je.

Dan, untuk pengetahuan korang.. Red Penguin dah buka restaurant mereka untuk dine in sejak 1st June haritu. So, kalau korang berada di kawasan TTDI tu.. boleh lah cuba menu menarik ni dekat sana terus. 

Apapun, harap korang suka dengan perkongsian ekin kali ni. Thanks for reading!

Website to order: Store | Red Penguin @ TTDI
Instagram: @redpenguin88a

2 comments

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga.. done follow juga :D

      Delete