Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Holla!

Huhuu~ Terasa lama pula tak meng-update blog ni. Walaupun dah lama tak update, tapi traffic blog tetap berjalan. Ada juga yang menyinggah blog ekin sambil tinggalkan komen tanya itu ini. Kerja ekin hari-hari reply komen korang. Hihi. Thank you korang!

Sejak busy dengan kehidupan sebenar, selalu je tak menyempat nak jenguk kehidupan alam maya ni. Lagi-lagi dekat blog. Idea nak menulis tu memang banyakkkkkk. Cuma kerajinan je tak sampai-sampai lagi. Sesat dalam hutan agaknya.

Jadi, disebabkan cuti hujung minggu ni. Ekin nak luangkan lah masa sekejap update review dekat blog.

Baca tajuk entry ni pun, korang mesti tahu ekin nak review apa kan?! Yup, tak lain tak bukan skincare brand KAYMANBEAUTY yang sedang naik mencanak canak. Ekin pun, tak ketinggalan lah untuk mencuba skincare daripada Kayman Beauty ni. Review/testimoni dorang memang superb! Tak percaya, korang terjah lah IG atau twitter akaun mereka. Mesti akan terpengaruh untuk beli.


Ini lah dia, produk terbaru daripada Kayman Beauty iaitu Skintella Repairing Serum. Kenapa Skintella? Hahh, sebabnya... salah satu main (star) ingredient yang ada dalam serum ni adalah Centella Asiatica. Kalau nak tahu, boleh dikatakan kebanyakan skincare high-end produk ni... mereka juga ada menggunakan ingredient Centella ni tau. Nak tahu apa kelebihan Centella ni, korang boleh google sendiri. Kihkihkih.

Kalau korang nak tahu, ekin dah cuba kesemua produk skincare daripada Kayman Beauty ni. Hampir kesemua skincare ekin adalah daripada Kayman Beauty. Daripada coal face soap mereka, ekin tambah rosa glow treatment essence mereka. Lepastu, beli pula skintella repairing serum ni. Complete! Semua ada kecuali coalface cleanser mereka kerana ekin lebih suka face soap Kayman.

Yang pelik dekat sini, sepatutnya ekin review coal face soap mereka terlebih dahulu. Wakakaa. Tapi takpe. Kita start je dulu dengan serum Kayman sebabnya stok coal face soap dah habis. Huhuu. Nak kena beli lagi.


Selama ekin pakai produk Kayman ni, ekin tak pernah lagi beli direct from HQ dia tau. Sebab pertama adalah mereka selalu kehabisan stok. So, kalau nak beli... ekin akan cari ke Shopee terus. Hehee. Takpe lah kan. Kita support agent-agent Kayman!

Beli dekat Shopee ni best sebab satu dorang selalu buat promosi combo tau. So, boleh dapat harga lagi murah. Dan yang best, dapat free gift macammm macammmm tau. Ni yang ekin suka. Servis pun memang tip top! Kadang-kadang, kalau melepasi certain amount... kita boleh redeem free postage githcew. Bijak tak sis?!

Skintella Repairing Serum

Jom kita tengok, apa produk ni claim terlebih dahulu.

~ Skintella Repairing Serum | A highly concentrated premium serum with Centella Asiatica as the star ingredient. Skintella Repairing Serum aims to repair and strengthen skin from within. Skintella Repairing Serum also restores skin elasticity while soothing sensitivity and decreasing inflammation/irritation.

So, basically fungsi Skintella Repairing Serum ini adalah untuk merawat dan menguatkan kulit kita dari dalam dengan mengembalikan semula keanjalan kulit, melegakan kulit sensitif dan mengurangkan iritasi pada kulit.

Ingredients

Bawah ni, ekin akan sertakan ingredients Skintella Repairing Serum ni. So that, korang boleh check dekat website CosDNA atau SkinCarisma untuk analyze ingredients serum ni to make sure yang ianya betul-betul sesuai dengan jenis kulit muka korang.

Ingredients:
Aqua, Glycerin, Centella Asiatica Leaf Extract, Bifida ferment lysate, Citrus reticulate (tangerine) perl extract, Imperata cylindrical root extract, Arbutin, Vitis Vinifera/Vitis Vinifera (Grape), Seed extract, Lecithin, Linoleic Acid, Tocopheryl Acetate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Glutathione Tocopherol, Acrylates/C10-30 alkylate acrylate crosspolymer, Phenoxyethanol, Triethylene glycol

Ok, kesimpulannya disini... NO ALCOHOL, NO FRAGRANCE, NO PARABEN, NO HARMFUL INGREDIENTS/CHEMICAL... Sooooo pass! Hahaaa.

Banyak juga ingredients yang best-best dalam Skintella Repairing Serum yang bagi more benefit to our skin. Apapun, ekin sarankan dekat korang yang nak cuba buat pertama kali untuk analyze dulu ingredients apa-apa skincare sekalipun sebelum korang beli. Nanti, takde lah menyesal. Bila pakai, tak sesuai lah... itu dan ini.


Dari brand hinggalah ke packaging, semuanya ekin suka. Packaging dia bukan yang jenis timbang kilo tu. Sekali tengok, rasa macam high-end punya produk. Serious tak tipu! Dengan botol pump jenis kaca, dan printed dengan information penting mengenai serum ni... seriously, founder Kayman ni betul-betul menjaga kualiti dan reputasi mereka.

Sebut je Kayman, all black-theme. Hahahaa.


Korang mesti nak tengok, tekstur serum ni macam mana kan? Tengok lah, kedekut punya pasal... ekin pump sikit je serum ni dekat telapak tangan. Janji hadooo. Kuikuikui.

Tekstur dia jenis thick sikit. Tapi, korang jangan risau. Once dah sapu dekat kulit wajah, dia takde rasa lekit yakmat yang buat korang tak selesa. Takde takde. You don’t worry ok. Serum ni absorb terus ke kulit wajah dan korang tap tap tap tap... dah selesai.

Direction of Use

After cleansing and toning, massage 1-2 pumps of Skintella Repairing Serum onto skin. Gently pat for maximum adsorption. Skintella can be used on the whole face and neck or applied only to affected/desired areas. For best results, use twice daily in the morning and night to achieve smooth, bright and radiant skin.

Selalunya, rutin skincare ekin lepas cuci muka dengan COAL FACE SOAP, ekin akan pakai ROSA GLOW TREATMENT ESSENCE berlayer-layer dan barulah akan pakai SKINTELLA REPAIRING SERUM ni. Setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Personal Review

Ok, sebelum bagi my own personal review. Ekin nak bagitahu korang siap-siap yang ni bukan sponsored post tau. Review untuk kali ni, based on my own personal experience using this product. Produk ni, ekin beli sendiri dan review sendiri :)

Pertama sekali, let’s talk about price. Harga untuk Skintella Repairing Serum ni adalah RM69.00. Bagi ekin sendiri, quite ok dan berpatutan dengan fungsi dan keberkesanannya. Tips bijak dari ekin, kalau korang nak try... boleh cuba beli time tengah sales atau beli dekat Shopee boleh dapat free postage. Acenggithueww..

Dari segi teksturnya, bagi ekin boleh bertoleransi lagi. Dia tak too sticky cause ekin jenis tak suka skincare produk yang tekstur dia sticky-sticky melekit dekat muka. Serum dia absorb well dekat kulit muka. Biasanya kalau pakai time rutin pagi, bila makeup akan nampak cantik giler. Kalau pakai time rutin malam sebelum tidur pula, bangun pagi kulit rasa lembut yakmat!

Serius tak tipu!

Tapi satu je yang ekin tak suka pakai serum ni dekat kulit muka bila part bahagian dahi. Setahu ekin, ingredients serum ni not good for fungal acne tau. So, awal-awal beli serum ni... memang ekin pakai satu muka serum. Sehari dua hari, my skin nampak better tau. Bila lama-lama, kawasan bahagian dahi ni dia macam naik jerawat.

Start from that day, ekin kurangkan apply serum ni dekat kawasan dahi. Tepek siiiikiiittttt jep. And yup, my skin bertambah better.

Yang best juga, acne scar ekin pun dah semakin pudar..

And saje lah nak share dengan korang my night routine selang dua hari, ekin selalu tepek sheet mask dekat muka dulu sebelum pakai serum ni. And guess what? Bangun pagi, muka licin giler! Terutama bahagian dahi. Bersinar-sinar uols. Korang pun try lah!


Sampai sini saja review ekin mengenai Skintella Repairing Serum ni.

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan je di ruangan komen dibawah. Dan paling penting, jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME so that korang akan terima notification bila ekin reply komen korang.

So, ada tak pembaca ekin yang dah try any skincare from Kayman Beauty brand ni?

Baca juga : Antara CoalFace Soap dengan CoalFace Cleanser, yang Mana Lagi OK? | Kayman Beauty
Baca juga : GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM) Review | Kayman Beauty

Find me:
Instagram : @asyiqin.roslee
Twitter : @asyiqinroslee
Facebook : @asyiqinlee
Youtube : Asyiqin Roslee

Sebut je madu tualang, pasti ramai di antara pembaca blog ini mengenali madu tualang ni. Namanya tidak asing lagi sehingga pernah menjadi viral / rebutan ramai untuk mendapatkannya. Kerana apa? Kerana madu tualang ini dikenali dengan 1001 khasiat yang kita boleh peroleh daripadanya.

Salah satunya adalah dengan merawat masalah kesihatan.

Oleh kerana madu tualang ini pernah menjadi viral, jadi pergi sahaja kemana-mana kedai toko jamu, pasti senang untuk memperoleh madu ini. Tapi perlu diingati. Tidak semua madu tualang yang dijual dimana-mana kedai itu 100% asli.

Jadi, dikesempatan ini saya ingin berkongsikan bersama anda satu jenama madu tualang yang dipercayai 100% asli. Lihat sahaja lah harganya. Memang tak perlu risau lagi. Ianya sudah pasti asli!


Honey Hub Life Elixir tualang honey with curcumin | Sebelum anda semua tertanya-tanya berapakah harganya. Ada lah lebih baik jika anda ketahui akan kebaikan dan apa yang honey hub ini boleh beri kepada anda. Selepas itu, baru anda boleh bandingkan harganya dengan apa yang bakal mereka berikan.

Madu tualang daripada brand Honey Hub ini adalah madu jenis premium. Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa begitu banyak sekali perbezaan harga yang berada di pasaran? Jika anda pernah. Begitu juga dengan saya. Siang malam pagi petang, saya asyik bertanya akan soalan yang sama. *haha, sekadar gurauan sahaja. Ok, jom kita lihat mengapa begitu banyak sekali persaingan harga yang berada di pasaran.

Mengapa begitu banyak perbezaan harga madu tualang di pasaran?

Anda pasti pernah dengar mengenai madu tiruan bukan? Haa. Disebabkan ini lah wujudnya pelbagai persaingan harga madu di pasaran. Tidak cukup dengan itu, ada juga wujudnya madu yang diproses dan wujudnya jenis madu-madu seperti di bawah:

1. Commercial honey (farm honey)
2. Re-processed honey
3. Raw wild honey

Perlu anda ketahui, raw wild honey itu sendiri sahaja mempunya 4 jenis gred madu yang berbeza. Paling penting sekali yang anda perlu ketahui adalah madu tualang daripada brand Honey Hub ini hanya menggunakan madu jenis premium dalam produk keluaran mereka.

Bahan-bahan utama yang ada di dalam Honey Hub Life Elixir tualang honey with curcumin ini adalah american ginseng, astragalus, black curmin dan pelbagai lagi.

Siapakah yang patut mencuba madu tualang Honey Hub ini?

Berikut merupakan antara masalah kesihatan yang mampu diatasi dengan mengamalkan pengambilan madu tualang Honey Hub secara konsisten.

1. Body inflammation (keradangan badan)
2. Stiff joint
3. Joint inflammation
4. Arthritis
5. Finger trigger
6. Liver problems


Memang tak disangkal lagi Honey Hub ini mampu menyelesaikan masalah-masalah kesihatan seperti di atas. Jika anda mahu lihat pelbagai testimoni yang ada, klik sahaja ke facebook page mereka (HONEY HUB). Dan jangan lupa untuk like sekali supaya anda tidak terlepas update terbaru daripada mereka.

Jika anda nak tahu, Honey Hub Life Elixir tualang honey with curcumin ini mengandungi gold honey, dimana ianya kaya dengan antioxidants semula jadi, enzymes, amino acids, vitamins dan mineral. Ianya juga mengandungi kalsium, iron, zinc, potassium, phosphorous, magnesium, copper, chromium, manganese dan selenium.

Cara pengambilan?

Madu tualang daripada Honey Hub ini diambil 1 sudu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu setiap malam sebelum tidur. Sudu pula disarankan untuk tidak menggunakan sudu besi. Kalau boleh anda perlu menggunakan sudu jenis kayu dan jangan dicampurkan madu ini kedalam air.


Lihat sahaja lah cara penyimpanan dan pembungkusannya. Mereka sangat menitikberatkan mengenai kualiti produk-produk mereka. Penyimpanannya diletakkan dalam botol kaca dan penutupnya telah di-seal kan terlebih dahulu.


Jika anda ingin melihat maklumat nutrisi Honey Hub ini, anda boleh lihat dalam gambar di atas. Maklumat yang disediakan walaupun nampak ringkas, tetapi ia memaparkan maklumat-maklumat yang penting untuk pengguna perlu tahu.

Jadi, anda mesti tertanya-tanya akan berapakah harga Honey Hub ini yang sebenarnya kan? Bagi saya, ianya berbaloi untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti yang saya nyatakan di atas. Kerana apa? Kerana ianya terbukti bahawa Honey Hub ini boleh menyelesaikan masalah kesihatan. Tambahan, ianya 100% daripada bahan semula jadi tanpa mengandungi bahan yang boleh membawa kesan sampingan. Jadi, amat berpatutan.

Harga: RM209

Untuk pertanyaan dan info lebih lanjut mengenai Honey Hub ini, anda boleh pergi terus ke facebook page mereka. Saya akan link kan facebook page mereka di bahagian bawah ini.

Facebook: Honey Hub

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ▼  September (2)
      • Skintella Repairing Serum | Kayman Beauty (Review)
      • Betul Ke Madu Tualang Boleh Merawat Masalah Kesiha...
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes