Antara CoalFace Soap dengan CoalFace Cleanser, yang Mana Lagi OK? | Kayman Beauty

Hello my beauty readers and most importantly to Kayman beauty lovers,

Alright!

Harini... tiba-tiba pula rasa macam nak update content dekat blog ekin. Last content yang ekin update dekat blog ni adalah bertarikh pada 18 November 2019 which is DAHHH LAMA GILERRR EKIN TAK UPDATE DEKAT BLOG NI TAU... tsk tskk sedih :( Semenjak dua menjak ekin dah ada instagram baru... blog ini dilupakan. Anyway, follow lah instagram ekin yang baru ni tau (https://instagram.com/asyiqin.roslee)

OK. Back to the topic. Selari dengan tajuk kita pada hari ini iaitu "Antara CoalFace Soap Kayman dengan CoalFace Cleanser Kayman, yang mana lagi OK?"... harini ekin nak kongsikan pengalaman/experience ekin sebagai salah seorang pengguna produk Kayman Beauty. Kepada mereka yang belum pernah lagi mendengar local brand ini, korang wajib stalk IG or website dorang sekarang juga sebab honestly... produk Kayman ni kesemuanya bagus-bagus! Honestly talk ok.

Website: Kayman Beauty


Nota tangan: Maaflah kalau semua gambar produk Kayman ni basah-basah (hahahaha). Sebab, semuanya baru keluar dari toilet dan dah nak habis dah pun.

Untuk korang yang baru tahu kewujudan produk local Kayman ni, mungkin ada yang tertanya-tanya "mana satu coalface soap dan mana satu coalface cleanser?". Takut kang ekin bercerita macam-macam... korang pun pelik cleanser mana satu yang ekin maksudkan. Bagi pengetahuan korang semua, kedua-dua (seperti dalam gambar di atas) ni adalah cleanser a.k.a pencuci muka. Berbezanya adalah satu dalam bentuk solid dan satu lagi dalam bentuk liquid.

Untuk pencuci muka yang dalam botol hitam tu dipanggil coalface cleanser which cleanser ni dalam bentuk liquid. Dan untuk pencuci muka yang lagi satu tu dipanggil coalface soap which pencuci muka ni dalam bentuk solid. Kedua-dua ni ada peranan masing-masing dalam penjagaan kulit wajah kita anddddddddd kalau korang nak tahu cleanser mana yang paling OK (mengikut personal experience) teruskan membaca ok :) hihihihiii.

Siapa peminat tegar produk Kayman ni, mesti korang tahu yang main ingredient yang digunakan dalam penghasilan kedua-dua pencuci muka ni adalah activated charcoal. Kenapa activated charcoal?

Kenapa Kayman Menggunakan Activated Charcoal?

Mengikut hasil kajian ekin yang tak seberapa di website Kayman Beauty ni, activated charcoal ini baik untuk merawat masalah jerawat dimana ianya menyerap lebihan sebum dan toxin di atas dan bawah permukaan kulit wajah. Activated charcoal ini juga mampu me-nyah-kan bakteria, racun, bahan kimia, kotoran dan zarah mikro lain ke permukaan kulit wajah dan mampu mencapai kulit yang sempurna dan melawan daripada penghasilan jerawat.

Tekstur CoalFace Cleanser - Liquid form

Oraitss, siapa yang setia membaca blog ekin ni... korang mesti tahu yang sebelum ni ekin pernah kongsikan dengan korang skincare routine ekin dan sempat juga ekin share review mengenai produk terbaru Kayman Beauty iaitu Skintella Repairing Serum.


Dalam blogpost 1 dimana ekin kongsikan skincare routine ekin (uncomplete version), ekin ada kongsikan yang ekin bermula dengan coalface soap which is yang dalam bentuk solid tu. Sebab masa first time ekin nak try produk Kayman ni, ekin berbelah bahagi sama ada "patut ekin beli coalface soap atau coalface cleanser?" dan ternyata banyak feedback yang bagitahu coalface soap ni best GILERRR. So, thats why ekin bermula dengan coalface soap and thats also the reason kenapa ekin tak beli coalface cleanser lagi masatu.

So, masa awal-awal dulu ekin ingatkan kedua-dua ingredient untuk coalface cleanser dengan coalface soap ni sama tau! Cuma tekstur dia je yang membezakan.. satu liquid dan satu lagi solid. Few months ago, ekin pun teringin lah nak try keberkesanan coalface cleanser (liquid) ni pulak. Ekin order satu coalface cleanser dan satu coalface soap sebab masatu pencuci muka dah nak habis.

Guess what???

Sampai je produk tu dekat ekin... barulah perasan yang kedua-dua ingredient dia ni lain wehhh. Nak tahu apa yang lain? Bawah ni ekin share dekat korang ingredients untuk dua-dua cleanser ni.

Ingredients CoalFace Cleanser dengan CoalFace Soap Kayman?

CoalFace Cleanser Kayman Beauty - RM39.00
Water, Aloe Vera Extract, Cocoamidopropyl Betaine, Glycerine, Polysorbate 20, Xanthan Gum, Honey Extract, Green Tea Extract, Activated Charcoal, Phenoxyethanol, Black Liquid, Gold

CoalFace Soap Kayman Beauty - RM35.00
Aqua, Activated Charcoal, Pure Honey, Glycerin, Cocoamidopropyl Betaine, Sodium Hydroxide

Berbalik pula kepada cerita ekin masa beli kedua-dua pencuci muka ni... tanpa banyak songeh ekin pun try lah CoalFace Cleanser (liquid) daripada Kayman Beauty ni. Jadi, jomlah kita masuk ke PERSONAL EXPERIENCE punya section... tepukk sikittttt.. sebab dah hampir ke penghujung...

My Personal Experience???


Disebabkan ekin baru je try CoalFace Cleanser ni, so ekin nak share dengan korang my personal experience terhadap cleanser ni. Bear in mind, yang ekin pun baru je guna cleanser ni kalau nak dibandingkan dengan coalface soap... for sure coalface soap lagi lama.

As per claimed, coalface cleanser ni lebih gentle berbanding coalface soap. Masa ekin first time pakai pun, I thought yang cleanser ni tak berbuih pun tau sebab mostly gentle cleanser ni kan tak berbuih sangat. Tapi tak pun... cleanser ni berbuih je cuma tak se-berbuih coalface soap :) which ekin suka je kalau dia berbuih. The more buih, the more I like. Hahahaha.

CoalFace Cleanser ni juga dia macam ada sejenis bau minyak zaiton tau. Ekin tak sure kenapa tapi ekin bau sebegitu lah. Dan kalau nak basuh pun, ekin kena basuh betul-betul sampai hilang lekit/licin-licin dekat muka. Sebab ekin jenis yang tak suka cleanser yang bila kita basuh, dia macam still ada sisa-sisa macam tu... You know what I mean? Huhuuu. Part ni ekin macam tak berapa suka sangat lah.

Keberkesanan dia pula, after pakai muka lembut je cuma nak dibandingkan keberkesanan dengan CoalFace Soap... mungkin yang soap punya lagi best kot. Kikii. Ekin pun tak boleh nak share banyak sangat pasal cleanser liquid ni sebab sebotol pun tak habis lagi guna. Mungkin ekin tak recommend kot untuk korang yang jenis kulit combination to oily macam ekin. Untuk gentle cleanser ni, mungkin sesuai untuk korang yang jenis kulit muka normal to dry macam tu. But... if korang yang jenis combination to oily ni nak try pun boleh je... Kulit kita kan lain-lain.. aaaaagithcewwww.

Alright,

Move on to CoalFace Soap. Soap ni ekin pakai lama dah DANNNN BERKETUL-KETUL DAH EKIN GUNA. Personally, yang soap punya ni lagi best daripada cleanser. Mungkin sebab kulit muka ekin ni jenis combination to oily... so sebab tu lah kot ekin serasi dengan yang soap punya ni. As per claimed, CoalFace Soap ni dia more to deep cleanser. Disebabkan kulit muka ekin ni dulu memang senang giler nak tumbuh jerawat, lepas je guna soap ni... apa yang ekin nampak, jerawat memang slowly surut... parut pun makin kurang. MAKIN KURANGGG JE TAU, BUKAN HILANG :) Takut korang salah anggap pula, nanti korang ingat ekin overclaim.

So, itu jelah kot yang ekin nak share dengan korang. Bab cuci muka dengan coalface soap ni memang best. Walaupun soap ni deep cleanser, tapi tak pernah pun buat kulit muka ekin kering. Lembut ada lah.. Untuk CoalFace Soap ni memang ekin recommend dekat semua orang tak kisah jenis kulit macam mana pun sebab ekin baca feedback yang customer Kayman bagi pun semua yang POSITIVE GILERRR OK.

Jadi, kalau korang tanya ekin "ANTARA COALFACE SOAP DENGAN COALFACE CLEANSER, MANA YANG LAGI OK?"... personally, ekin akan pilih COALFACE SOAP! Huhuhuu..

Ok, ok, ok...

Sampai sini sahaja kot, perkongsian ekin kali ni. In case kalau korang ada nak tanya apa-apa, korang boleh je tanya dekat ruangan komen di bawah ni tau. Dan jangan lupa untuk klik kotak NOTIFY ME supaya korang dapat notification bila ekin reply komen korang.

Itu sahaja dari saya. Jangan lupa follow blog ekin supaya korang tak terlepas sebarang update daripada ekin :) And thanks for reading.


~

Find me:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: @asyiqinroslee

*This is not a sponsored post.

2 comments

  1. hi jemput join ye :)
    https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete
  2. Whoaaa very detailss the explaination.. I love ittt! Secara jujurnya saya tak pernah pakai Kayman. Coalsoap pun hmm rasanya tak pernah pakai kot.

    Tapi lepas baca ni mcm best je! Hahahhaa.

    Coalsoap tu tahan berapa lama eh seketul?

    ReplyDelete