Skintella Repairing Serum | Kayman Beauty (Review)

Holla!

Huhuu~ Terasa lama pula tak meng-update blog ni. Walaupun dah lama tak update, tapi traffic blog tetap berjalan. Ada juga yang menyinggah blog ekin sambil tinggalkan komen tanya itu ini. Kerja ekin hari-hari reply komen korang. Hihi. Thank you korang!

Sejak busy dengan kehidupan sebenar, selalu je tak menyempat nak jenguk kehidupan alam maya ni. Lagi-lagi dekat blog. Idea nak menulis tu memang banyakkkkkk. Cuma kerajinan je tak sampai-sampai lagi. Sesat dalam hutan agaknya.

Jadi, disebabkan cuti hujung minggu ni. Ekin nak luangkan lah masa sekejap update review dekat blog.

Baca tajuk entry ni pun, korang mesti tahu ekin nak review apa kan?! Yup, tak lain tak bukan skincare brand KAYMANBEAUTY yang sedang naik mencanak canak. Ekin pun, tak ketinggalan lah untuk mencuba skincare daripada Kayman Beauty ni. Review/testimoni dorang memang superb! Tak percaya, korang terjah lah IG atau twitter akaun mereka. Mesti akan terpengaruh untuk beli.


Ini lah dia, produk terbaru daripada Kayman Beauty iaitu Skintella Repairing Serum. Kenapa Skintella? Hahh, sebabnya... salah satu main (star) ingredient yang ada dalam serum ni adalah Centella Asiatica. Kalau nak tahu, boleh dikatakan kebanyakan skincare high-end produk ni... mereka juga ada menggunakan ingredient Centella ni tau. Nak tahu apa kelebihan Centella ni, korang boleh google sendiri. Kihkihkih.

Kalau korang nak tahu, ekin dah cuba kesemua produk skincare daripada Kayman Beauty ni. Hampir kesemua skincare ekin adalah daripada Kayman Beauty. Daripada coal face soap mereka, ekin tambah rosa glow treatment essence mereka. Lepastu, beli pula skintella repairing serum ni. Complete! Semua ada kecuali coalface cleanser mereka kerana ekin lebih suka face soap Kayman.

Yang pelik dekat sini, sepatutnya ekin review coal face soap mereka terlebih dahulu. Wakakaa. Tapi takpe. Kita start je dulu dengan serum Kayman sebabnya stok coal face soap dah habis. Huhuu. Nak kena beli lagi.


Selama ekin pakai produk Kayman ni, ekin tak pernah lagi beli direct from HQ dia tau. Sebab pertama adalah mereka selalu kehabisan stok. So, kalau nak beli... ekin akan cari ke Shopee terus. Hehee. Takpe lah kan. Kita support agent-agent Kayman!

Beli dekat Shopee ni best sebab satu dorang selalu buat promosi combo tau. So, boleh dapat harga lagi murah. Dan yang best, dapat free gift macammm macammmm tau. Ni yang ekin suka. Servis pun memang tip top! Kadang-kadang, kalau melepasi certain amount... kita boleh redeem free postage githcew. Bijak tak sis?!

Skintella Repairing Serum

Jom kita tengok, apa produk ni claim terlebih dahulu.

~ Skintella Repairing Serum | A highly concentrated premium serum with Centella Asiatica as the star ingredient. Skintella Repairing Serum aims to repair and strengthen skin from within. Skintella Repairing Serum also restores skin elasticity while soothing sensitivity and decreasing inflammation/irritation.

So, basically fungsi Skintella Repairing Serum ini adalah untuk merawat dan menguatkan kulit kita dari dalam dengan mengembalikan semula keanjalan kulit, melegakan kulit sensitif dan mengurangkan iritasi pada kulit.

Ingredients

Bawah ni, ekin akan sertakan ingredients Skintella Repairing Serum ni. So that, korang boleh check dekat website CosDNA atau SkinCarisma untuk analyze ingredients serum ni to make sure yang ianya betul-betul sesuai dengan jenis kulit muka korang.

Ingredients:
Aqua, Glycerin, Centella Asiatica Leaf Extract, Bifida ferment lysate, Citrus reticulate (tangerine) perl extract, Imperata cylindrical root extract, Arbutin, Vitis Vinifera/Vitis Vinifera (Grape), Seed extract, Lecithin, Linoleic Acid, Tocopheryl Acetate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Glutathione Tocopherol, Acrylates/C10-30 alkylate acrylate crosspolymer, Phenoxyethanol, Triethylene glycol

Ok, kesimpulannya disini... NO ALCOHOL, NO FRAGRANCE, NO PARABEN, NO HARMFUL INGREDIENTS/CHEMICAL... Sooooo pass! Hahaaa.

Banyak juga ingredients yang best-best dalam Skintella Repairing Serum yang bagi more benefit to our skin. Apapun, ekin sarankan dekat korang yang nak cuba buat pertama kali untuk analyze dulu ingredients apa-apa skincare sekalipun sebelum korang beli. Nanti, takde lah menyesal. Bila pakai, tak sesuai lah... itu dan ini.


Dari brand hinggalah ke packaging, semuanya ekin suka. Packaging dia bukan yang jenis timbang kilo tu. Sekali tengok, rasa macam high-end punya produk. Serious tak tipu! Dengan botol pump jenis kaca, dan printed dengan information penting mengenai serum ni... seriously, founder Kayman ni betul-betul menjaga kualiti dan reputasi mereka.

Sebut je Kayman, all black-theme. Hahahaa.


Korang mesti nak tengok, tekstur serum ni macam mana kan? Tengok lah, kedekut punya pasal... ekin pump sikit je serum ni dekat telapak tangan. Janji hadooo. Kuikuikui.

Tekstur dia jenis thick sikit. Tapi, korang jangan risau. Once dah sapu dekat kulit wajah, dia takde rasa lekit yakmat yang buat korang tak selesa. Takde takde. You don’t worry ok. Serum ni absorb terus ke kulit wajah dan korang tap tap tap tap... dah selesai.

Direction of Use

After cleansing and toning, massage 1-2 pumps of Skintella Repairing Serum onto skin. Gently pat for maximum adsorption. Skintella can be used on the whole face and neck or applied only to affected/desired areas. For best results, use twice daily in the morning and night to achieve smooth, bright and radiant skin.

Selalunya, rutin skincare ekin lepas cuci muka dengan COAL FACE SOAP, ekin akan pakai ROSA GLOW TREATMENT ESSENCE berlayer-layer dan barulah akan pakai SKINTELLA REPAIRING SERUM ni. Setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Personal Review

Ok, sebelum bagi my own personal review. Ekin nak bagitahu korang siap-siap yang ni bukan sponsored post tau. Review untuk kali ni, based on my own personal experience using this product. Produk ni, ekin beli sendiri dan review sendiri :)

Pertama sekali, let’s talk about price. Harga untuk Skintella Repairing Serum ni adalah RM69.00. Bagi ekin sendiri, quite ok dan berpatutan dengan fungsi dan keberkesanannya. Tips bijak dari ekin, kalau korang nak try... boleh cuba beli time tengah sales atau beli dekat Shopee boleh dapat free postage. Acenggithueww..

Dari segi teksturnya, bagi ekin boleh bertoleransi lagi. Dia tak too sticky cause ekin jenis tak suka skincare produk yang tekstur dia sticky-sticky melekit dekat muka. Serum dia absorb well dekat kulit muka. Biasanya kalau pakai time rutin pagi, bila makeup akan nampak cantik giler. Kalau pakai time rutin malam sebelum tidur pula, bangun pagi kulit rasa lembut yakmat!

Serius tak tipu!

Tapi satu je yang ekin tak suka pakai serum ni dekat kulit muka bila part bahagian dahi. Setahu ekin, ingredients serum ni not good for fungal acne tau. So, awal-awal beli serum ni... memang ekin pakai satu muka serum. Sehari dua hari, my skin nampak better tau. Bila lama-lama, kawasan bahagian dahi ni dia macam naik jerawat.

Start from that day, ekin kurangkan apply serum ni dekat kawasan dahi. Tepek siiiikiiittttt jep. And yup, my skin bertambah better.

Yang best juga, acne scar ekin pun dah semakin pudar..

And saje lah nak share dengan korang my night routine selang dua hari, ekin selalu tepek sheet mask dekat muka dulu sebelum pakai serum ni. And guess what? Bangun pagi, muka licin giler! Terutama bahagian dahi. Bersinar-sinar uols. Korang pun try lah!


Sampai sini saja review ekin mengenai Skintella Repairing Serum ni.

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan je di ruangan komen dibawah. Dan paling penting, jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME so that korang akan terima notification bila ekin reply komen korang.

So, ada tak pembaca ekin yang dah try any skincare from Kayman Beauty brand ni?


Find me:
Instagram : @asyiqin.roslee
Twitter : @asyiqinroslee
Facebook : @asyiqinlee
Youtube : Asyiqin Roslee

8 comments

  1. nice review. girls boleh cuba ni, dah ada review kan

    ReplyDelete
  2. myra ada receive this for PR but it doesn't impress me as much as other calming and soothing serums that area currently hot in malaysian market. but for its price point, I'd say above average. proud of Kayman btw!

    ReplyDelete
  3. belum try lagi sbb bru pertama kali tahu psl produk nie.. suka baca review produk kecantikan.. best..

    ReplyDelete
  4. Ramai gak dah cuba kayman.. Tp saya x faham, kenapa xleh apply sekitar dahi sbb boleh induce fungal acne? Ada galactomyces ke dlm ingredients dia?

    ReplyDelete
  5. saya dh cuba kayman...dan saya pgguna kayman, saya pkai sbb kulit 2pupu saya nmpk sihat and natural smooth je, sya tnye and she recomand kn produk niy, and so...Alhamdulillah!! Kayman adalah produk Local setanding DRugstore sumetu, padahal saya pkai cosmoderm yelow dgn muka jdi teruk..pkai ordinary pon makin teruk terus byk parut dh sumpah sedih..nk 4 bulan gak saya usya kayman ni sbb pkai produk drugstore pon xjln inikan pulak kayman..Maaf ya kayman,, fobia tu msih ada..saya beli lah trial punya..nsib ada set trial..saya cuba dalam smggu cuma redness muka kurang..smpai mmbe opis tegur sye pkai ape??! HAHAHAAHAHAH now Alhamdulillah dh sebulan pkai muka saya kembali ke kulit asal..dh sama dgn bdan dan tgn! Ya Allah rse nk pi jumpa je founder die taw! nk cium2 and say ALHAMDULILLAH KAYMAN BRING MY SKIN BACK! Ikhlas dri Tya

    ReplyDelete
  6. Saya salah seorang real testimni daripada Kayman Beauty. And yeah its really works on my skin. Dulu ada major breakout dekat muka sebab terpakai produk yang ada mercury. Almaklumlah sebab masa tu basic knowledge pasal skin care pun takda main bedal je pakai produk. But now, konsisten pakai kayman and just stick to this only one brand je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessss samaaa.. dulu pun skin ekin breakout teruk sebab pakai macam2 produk.. now dah okay dah dengan kayman :D

      Delete