Semalam, Ekin bawa satu family makan-makan di Ole-Ole Bali. Tujuan Ekin belanja family makan adalah bersempena nak celebrate birthday ayah dan adik perempuan ekin yang jatuh dalam bulan Oktober ni. Awal-awal haritu, ekin sempat belikan kek untuk ayah dan belanja adik perempuan ekin je.
Bila ada rezeki lebih sikit ni, ekin belanja terus lah satu family dekat Ole-Ole Bali. Hehee.
Kenapa Ole-Ole Bali?
Sebab sebelum ni ekin dengan family pernah makan dekat situ and not bad jugalah. Harga pun nice. Makanan pun sedap! Belum lagi bab surrounding environment dia memang tip top lah. Servis pun laju. Hohohoo. Bukan main melambung lagi ekin puji. Anyway, ni bukan review ke apa tau. Ekin cakap based on personal experience cenggituew. Kalau ada rezeki lebih sikit, korang datang lah!
So, bila once dah pernah pergi sana terus jatuh cinta... Why not kita datang untuk kali kedua pula kan? Kalau sebelum ni datang untuk saja-saja je makan. This time kita datang untuk celebrate birthday ayah and little sister. Kononnya ada meaning lah gituh.
Masa sampai IOI Mall, Putrajaya ni boleh dikatakan berpusing-pusing juga lah nak cari restoran ni dekat pelusuk mana. Dah selesai tawaf baru lah jumpa. Nasib baik ada tempat kosong lagi. Kalau lambat sikit, mahu dah penuh nanti. Terpaksa pula bersila atas lantai. Ok tak, kidding only.
Tengoklah macam mana ayah posing depan camera. Hahaha. Padahal, ayah sendiri yang suruh "taknak ambik gambar ayah dengan makanan ke?" Hehehe. Comel je ayah. Sebabkan ayah ekin tahu yang anaknya seorang blogger, kalau pergi mana-mana je mesti suruh ambil gambar. Sayang ayah!
Ini pula telatah ibu bila makanan dah sampai. "Ok ok... makanan ibu dah sampai. Ambil gambar ibu dengan makanan pulak". Bila camera on je, terus kaku. Hehehe. Kot ye pun ibu... buatlah peace ke apa, barulah nampak candid. Puas juga ekin bagitahu ibu, "ibu... ibu... buat peace ibu..." (sambil gayakan tangan peace). Tapi ibu senyum sedikit je mungkin tak mahu gambar posingnya diganggu. Kihkihkih.
Inilah dia birthday girl yang comel lotey ni. Gambar my little sister ni, ibu yang ambilkan. Nasib baik jadi. Tapi kenapa gambar orang lelaki dekat belakang yang tengah berjalan tu blur? Camera aku yang kabur atau dia yang mahu kabur?
Ok, last sekali si jelita manis Asyiqin Roslee. Heheheee. Gambar ni pun ibu yang ambilkan. Bagus lah ibu ni. Pandai juga ambilkan gambar. Tapi ekin pun tak tahu lah mengapa mesti perlu mengambil gambar bersama french fries tu. Kononnya dia ingat dia lawa lah tu. Hohooo.
Selesai makan-makan dekat Ole-Ole Bali ni, tak sah lah kalau tak buangkan masa dan duit dekat sana. Sebelum balik, singgah ke Victoria Secret dulu memandangkan tengah ada sales. Lepas tu masuk pula ke Harvey Norman sebab nak survey camera idaman iols. Uhhh, korang doakan lah supaya ekin dapat kumpul duit dengan jayanya untuk beli camera tau.
Alright, itu sahaja ekin nak update untuk entry kali ni.
Biasanya korang semua selalu celebrate birthday orang tersayang dekat mana ya? Bagitahu ekin dekat ruangan komen di bawah tau. Mungkin ekin boleh terjah kesana pula untuk next birthday celebration.
Anyway, thanks for reading!
notes: jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME untuk dapatkan notification bila ekin reply komen korang... ok bye~
~
Follow me:
Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee
0 comments