Finally Dah Graduate!

Hi AR's readers semua!

Sebenarnya agak excited juga nak bagitahu dekat korang semua yang ekin telah pun officially menjadi graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang ijazah sarjana muda kejuruteraan (kepujian) awam. Bahasa omputeh-nya Bachelor of Engineering (Hons.) Civil.

Bersyukur tak terhingga kerana akhirnya ekin dapat tamatkan juga pengajian ini dengan cemerlang dan jayanya. Jadi, untuk entry kali ni ekin akan selitkan berkilo-kilo keping gambar sebagai sebahagian dalam kenangan terindah ekin.

Insan yang membuatkan  hari ini lebih bermakna ily
Tarikh istiadat konvokesyen ekin adalah pada 6 Oktober 2019 bersamaan hari ahad. Untuk batch ekin, istiadat ini adalah istiadat konvokesyen yang ke-91. Antara moment yang seronok masa konvokesyen ni adalah bila kita dapat bertemu semula dengan rakan-rakan yang struggle bersama-sama untuk tamatkan pengajian on-time dan dengan jayanya.

Tidak lupa juga moment dimana ibu bapa yang kita sayangi dapat menyaksikan anak 'bertuah' mereka naik ke atas pentas untuk menerima segulung ijazah. Segala pengorbanan mereka akhirnya terbayar juga apabila anaknya diberi penganugerahan.


Seminggu sebelum tarikh konvokesyen, ekin masih belum mencari baju apa yang nak dipakai semasa istiadat nanti. Hujung minggu, barulah bertungkus-lumus nak keluar cari baju. Ingatkan bila dah dapat baju terus selesai. Terfikir pula tudung apa yang sesuai dengan baju yang baru dibeli dan juga heels yang nak dipakai nanti. Teruslah berlari masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. 

Nak dipendekkan cerita. Nasib baiklah jumpa yang berkenan dihati. Kalau tak, mahu sampai ke malam ekin masih mencari. Hahaha. Maklumlah, ekin ni jenis cerewet sikit. Kalau terlalu terpaksa nanti, takut bermasam muka pulak masa nak terima ijazah nanti. Rosak lah gambar kita nanti. Kihkih.

Disebabkan sidang konvokesyen ekin di sebelah petang. Pada hari kejadian, agak kelam kabut jugalahlah sebab nak kejar solat zohor terlebih dahulu. Sesampai je dekat depan pintu masuk, kawan-kawan yang lain semua dah beratur mengikut nombor sebelum masuk ke dalam dewan. Ekin pula terpinga-pinga dekat sana. Berani kan lah diri untuk tanya pegawai yang ada di sana bagaimana proses flow dia semua. 

Nasib baik lah hanya perlu mengambil nombor dan masuk dalam barisan sahaja. Jantung masa tu berdegup kencang jugalah dek kerana berlari-lari nak tahu tempat menunggunya dimana. Fuhh... mencabar betul.


Finally! Tamat juga pengajian ekin dalam bidang kejuruteraan awam ni. Diploma dah checked in. Degree pun dah checked in. Kalau orang tanya taknak sambung untuk master ke? Jawapan ekin, insya Allah kalau ada rezeki ekin akan sambung :) Doakan yang baik-baik untuk ekin dan semoga segala urusan ekin dipermudahkan. Aamiin.

Dari kiri: Asyiqin, Awatiff, Lyana

Selesai majlis istiadat, ekin terus bergambar dengan dua orang ni. Takut bila ramai-ramai dah keluar dewan nanti susah pula nak jumpa. Awatiff dan Lyana ni ialah classmates ekin dari awal semester kalau tak silap. Heheehe. Dorang ni otak pintar juga. Kalau ada assignment grouping, selalu juga lah ekin akan satu group dengan mereka ni. Senang nak berkerjasama dan masing-masing ada peranan tersendiri. Apapun dorang ni the best tau! Haritu dapat jumpa sekejap je, tak dapat nak luangkan masa lebih sikit.


Nabilah a.k.a kak nab. Walaupun sebaya, ekin selalu panggil kak nab. Hehehe, saje nak mengusik. Nabilah ni pun classmate ekin masa awal semester. Suka berkawan dengan Nabilah ni sebab she has the purest heart ever! Masa awal-awal semester tu, dengan Nabilah ni lah ekin selalu kongsi masalah dan bergosip. Huhuuu. Sepanjang pengajian, boleh dikatakan banyak juga lah masa yang ekin luangkan bersama kak nab. Keluar berjalan bersama-sama, pergi facial bersama-sama, makan pun bersama-sama. Last-last, jadilah rapat sampai sekarang.




Dari kiri: Amirah Aqilah, Nabilah, Zalikha, Asyiqin, Amira Natasha
Masa ambil gambar ni tak sedar pun yang semua dalam gambar ni adalah ex-roommate ekin sendiri sepanjang pengajian degree ni. Hahaha. Dari menjadi roommate, terus menjadi kawan. Acenggitueewww. Kalau bukan jadi roommate ekin ni, agaknya sampai kesudah kitaorang tak bertegur. Huhuuu. Apapun, dorang ni juga mewarnai hidup ekin sepanjang menghabiskan pengajian dekat UiTM ni. Pernah keluar makan, berkaraoke, bergosip bersama-sama sampai ke malam. Eh jap, perempuan ni memang tak gosip tak sah eh? Hahaha.





Sweet tak kami? Hehehe.

Ini lah masa yang dinanti-nanti... the most appreciation post belongs to this girl. Dari zaman diploma lagi memang tak pernah berpisah dengan my bestie ni. I'm so glad that we continue our degree in the same uni. Kalau tak, mesti I will all alone by myself struggling to finish this journey. Masa zaman degree, awal-awal semester je kitaorang berpisah. The next semester after that, we always together macam belangkas. Mesti orang annoyed dengan kita kan Tasha? Hehee.

She the most kind, pure, sweet and smart girl. Kalau bukan disebabkan my bestie, mesti ekin sendiri akan lost. Boleh dikatakan jaranglah orang tengok kitaorang ni berpisah. Pergi kelas bersama-sama. Pergi aktiviti pun bersama. Makan bersama, berjalan-jalan pun bersama. Kiranya hampir semua benda lah I will do with my bestie together. Sampaikan ekin dengar banyak kali orang tanya yang kitaorang ni kembar ke? Hahahaa.

Orang kata kawan zaman sekolah ni yang akan berkekalan. But for me, she's the only one I am looking forward. Mana tak nya, we have been through this journey together for 7 years already. Segala jenis tawa dan duka, I will share with my bestie and she's the only one who took many cares of me and even help me when I wasn't asking for.

Masa zaman study, we haven't got the chance to travel together like other bestfriend. I hope in future we will get the chances to spend time together again gossiping about our partner and else. Hehe.



Terima kasih ibu ayah adik dan ain (my sister's friend) kerana datang untuk memeriahkan lagi moment bahagia ni. Terima kasih juga to my little sister for bought this bouquet of flower and chocolate plus dengan ada present lagi. There's no word to shows my happiness but for sure I will make you suprise even more when you graduating soon. For both my parents, terima kasih banyak-banyak for your endless support and advice dan tidak lupa juga untuk setiap pengorbanan ibu ayah lakukan demi melihat anak-anaknya berjaya. I will make sure to balas all jasa ibu dan ayah :) ily


Finally, I am graduating! Lepas ni banyak lah benda yang nak difikirkan dan tanggungjawab yang nak dihadapi. Huhuuu. Ok korang... kaunter komen untuk ucapan tahniah dah pun dibuka. Jangan lupa untuk tinggalkan komen positif untuk ekin dibawah ya. Kihkihkih.

~

Follow me:
Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: Asyiqin Roslee
Youtube: Asyiqin Roslee

10 comments

  1. Welcome to the engineering world.tahniah ekin.

    ReplyDelete
  2. Tahniah sebab berjaya survive at engineering school hehe :)

    ReplyDelete
  3. tahniah kak ekin. rindu zaman belajar. bila dpt graduate tu hilang segala penat lelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you anis.. kannn,, rindu zaman belajar jugak.. rindu zaman je lah.. belajar nya sikit2 je rindu.. huhuu

      Delete
  4. Tahniah.. rindunya nak belajar balik... pengalaman study nie dirasai sekali ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... ekin pun rasa macam nak sambung belajar balik je.. hahah

      Delete