ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream Review

Hi, assalamualaikum beauty readers.

Dah lama ekin tak bersiaran dekat blog ni. Almaklumlah, makin lama ni makin busy kita. Tapi busy macam mana pun, ekin dan dunia pen-skincare-ran ni tak dapat dipisahkan. Hari-hari ekin akan update and buat reseach skincare apa yang bagus and worth to try.

Sebab... ekin taknak lah stick kepada satu brand je. Ekin lebih suka kepada try-and-error. So that, skin kita pun akan improve. Kan, bila usia kita dah menua... kulit muka kita pun akan menua. Betul tak. That's why kita kena tukar skincare mengikut keperluan kulit. Aaaaaagithewww.

Ok, selesai mukadimah kita.. jom kita pergi kepada topik entry kali ni. Harini ekin nak share dengan korang mengenai satu produk made in Japan iaitu ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream. Sesuai dengan nama cream ni, korang mesti tahu fokus utama cream ni untuk apa kan? And yes, ViViwhite cream ni, fungsi utama dia adalah untuk mencerahkan kulit.

Kalau nak tahu, ViViwhite brand ni mengekalkan bahan semula jadi, penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh kulit, tiada iritasi/keradangan dan tiada bahan-bahan tambahan yang lain dalam produk mereka. Fokus utama mereka adalah untuk melindungi tekstur asli kulit dengan memberi kecerahan kulit semula jadi.

Selain daripada fungsi untuk mencerahkan kulit, ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini juga mempu untuk menghidrasikan kulit muka yang kering dan merawat kulit yang kusam. Dengan hanya sekali penggunaan, anda akan merasa warna kulit lebih cerah dari sebelumnya.

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini mengandungi 8 best ingredients di dalamnya:

1. Akoya Pearl Extract : Fungsinya adalah untuk mencerahkan kulit.

2. Heliance Annus Seed Oil : Mengawal minyak di wajah.

3. Cynanchum Atratum Extract : Anti-inflammatory agent.

4. Rose Damascena Phytplacenta Extract : Soothing dan mengurangkan kemerahan di wajah.

5. Sodium Hyaluronate : Melembapkan dan bertindak sebagai water-locking film on the skin.

6. Lecithin : Repair and nourishing skin.

7. Vitamin E : Anti-aging and anti-oxidant agent.

8. Titanium Dioxide : Dark spots lightening.

Daripada senarai ingredients yang ada dalam ViViwhite Hydra Brightening Cream ni, for me cream ni selamat digunakan untuk korang yang berkulit sensitif sebab cream ni tak ada langsung paraben, no mineral oil, no formaldehyde, no silicone, no alcohol, no artificial colouring, no talcum dan no triethanolamine.

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni mampu memberi efek mencerahkan hanya dalam masa 8 saat sahaja. Ianya mampu mencerahkan tona kulit sambil memberi kelembapan pada wajah. Mengawal penghasilan sebum dan mampu melindungi kulit daripada sinaran UV. Bermakna, cream ini korang boleh jadikan sebagai sunscreen. Mudahkan. Semua dalam satu produk. Mencerah, merawat dan melindungi.

Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam. Bagi korang yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekali, masalah pigmentasi, dark circles, kemerahan, pori yang besar dan masalah garis halus pada wajah pun sesuai untuk guna cream ni bagi merawat masalah-masalah ni.

Untuk tekstur cream ni, dia jenis white cream macam tu. Walaupun namanya cream, tapi tekstur dia very light tau once dah apply dekat kulit. Personally, ekin memang suka light cream macam ni berbanding dengan thick cream. Sebab senang nak apply. Hahahha. 

Cara nak pakai pun senang je. Pakai macam cream yang korang selalu pakai. Sapu kan je cream ni keseluruh wajah dan sebolehnya, selepas korang apply moisturizer.. korang apply pulak ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni.

So, bawah ni ekin nak tunjuk dengan korang ala-ala before and after pakai cream ni. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh check website mereka atau follow instagram ViViwhite. Ekin akan share link mereka dekat bawah ni tau.

WEBSITE : www.viviwhite.com

INSTAGRAM : @viviwhite_malaysia

3 comments

  1. i really love your skincare entries, full with info... lagi-lagi utk org mcm su yng tak reti sangat nak research pasal skincare ni hehe

    ReplyDelete
  2. nampak flawless bila pakai ni

    ReplyDelete