OMG!!! Finally, blog Asyiqin Roslee dah hit 1 million!

OMG!!! OMG!!! Guysss..! Percaya atau tidak, finally pageviews blog Ekin dah hit 1 million. Huaaaaa. 1 Million banyak tu.

Nak nangis jap. Rasa terharu, sebak, sedih, gembira yang rasa nak melompat pun ada. Sukanya tengok nombor banyak-banyak ni. Rasa macam satu achievement pulak untuk tahun 2020 sebab berjaya hit 1 million pageviews blog.

Ingat lagi masa awal-awal ekin buat blog. Banyak kali lah juga asyik buat, delete, buat, delete, buat, delete... Sampai lah satu tahap ekin rasa asyik delete je. Baik biarkan. Ada lah juga nampak effort yang kita ni minat berblogging. Dari awalnya pemikiran macam tu, sampai lah sekarang ekin dah berfikiran positif yang berblogging ni sebenarnya menguntungkan ekin jugak. Hehehe. Tak sia-sia aku minat blogging.

Tapi yang menariknya, ekin buat blog ni hanya sekadar hobi yang saja suka-suka share benda yang menarik and benda yang ekin suka. Tak tahu pula, ada juga yang sudi membaca blog Asyiqin Roslee ni. Walaupun, korang hanya singgah untuk membaca info atau sharing ekin dekat sini.. bagi ekin, itu merupakan penghargaan terbesar yang korang pernah bagi dekat ekin.

Dan tak lupa juga, mana-mana blog readers yang ada tinggalkan komen pertanyaan ataupun respond dari content ekin... ekin suka betul dengan orang yang macam ni. Hahaha. Bukan apa, effort korang nak menaip dekat ruangan komen tu, ekin respect betul. Hehehe.

Haritu, niat dihati macam nak buat giveaway once blog ekin dah hit 1 million. Tapi... sumpah ekin sebenarnya belum prepare apa-apa lagi sebab memang tak sangka yang blog ekin akan hit 1 million tahun ni. Cepat nawwww.

So, untuk giveaway sempena ekin nak menghargai korang semua.. ekin akan umumkan nanti. Lemme decide nak bagi hadiah apa tau. Huhuu. Sebab ekin betul-betul nak bagi hadiah yang menarik yang buat korang suka happy bila dapat hadiah ekin tu.

Akhir kata, ekin nak berterima kasih banyak-banyak yang tak terhingga dengan korang semua sebab sudi baca blog ekin and sudi support blog Asyiqin Roslee ni sampai sekarang. I love you!

~

Find me at:

Instagram: @asyiqin.roslee

Twitter: @asyiqinroslee

Facebook: @asyiqinlee

Youtube: Asyiqin Roslee


14 comments