Sedar tak? Makin lama kita mendewasa, makin kesuntukan masa yang kita ada. Kalau boleh, semua nak yang ready-to-made, ready-to-wear, ready-to-eat...ready-to-sleep? Ehh. Ready-to-sleep tu dah nak masuk tidur dah. Okay. Dan sampaikan baju pun kalau boleh nak yang semua jenis ironless punya. Tinggal nak pakai je. Betul tak?! Baik mengaku cepat! Jangan risau lah, bukan korang je yang ada pemikiran macam tuh. Ekin pun kalau boleh... sampai makanan pun, nak makan yang instant punya je. Cepat dan pantas. Punyalah takde masa oiii.
Sebab tu, dekat rumah ni memang kena sentiasa ada stok instant spaghetti daripada Master Pasto ni. Banyak sangat kerja yang nak kena buat sampaikan masak pun tak sempat, Ekin buat je instant spaghetti ni. Senang! Hahaha. Jimat sikit masa. kihkih
Ni lah dia instant spaghetti yang Ekin cakap tu. Dia memang ada tiga jenis ni je dan ketiga-tiga ni memang sedaplah kata dia (spaghetti aglio olio with chicken, spaghetti bolognese with chicken, spaghetti mushroom cream sauce). Korang pun memang wajib ada benda alah ni dekat rumah masing-masing. In case kalau ada hari engkorang malas masak ke apa kan... korang buat jelah instant spaghetti ni. 3 minit je terus siap!
Kenapa pilih instant spaghetti Master Pasto?
Ekin memang suka instant spaghetti daripada master pasto ni sebab dia spaghetti. Ehhh. Hahahha. Memang lah dia spaghetti takkan mee goreng pulakk. Adoo yang nak kena ketokk sat lagi Ekin ni. Disebabkan Ekin memang suka gilerr dengan pasta, that's why lah Ekin memang akan ada kan stok instant spaghetti ni dekat rumah sepanjang waktu. Berbanding dengan mee segera yang lain, Ekin lagi prefer instant spaghetti ni sebab yelahhh, rasa nikmat sikit hidup... takde lah sendu sangat asyik makan mee segera je..hikhuk.
Lagipun, instant spaghetti master pasto ni memang tiada perasa tiruan atau bahan pengawet di dalamnya. Yang penting ada cop halal daripada jakim. Dannn part yang paling best adalah instant spaghetti ni memang dah fully masak and kita hanya perlu panaskan sahaja dan makan! Bukankah itu amat menyenangkan ya ibukk ibukkk sekalian.
Ni Ekin tunjuk contoh apa yang ada dekat dalam setiap box instant spaghetti master pasto. Ada dua paket dalam tu. Satu untuk paket spaghetti dan satu lagi adalah sos dia. So, cara nak masak korang boleh pilih sama ada nak masak atas dapur atau masukkan je dalam microwave selama 3 minit jehh.
Cara nak masak atas dapur - Nanti lepas ni ada pulak yang tanya Ekin macam mana nak masak atas dapur kan. Senang je uols. Korang bukak api dapur tu, ambillah periuk / kuali. Dekat sini korang tak payah pakai minyak pun tau sebab spaghetti tu memang dah berminyak dan sos dia pun memang dah fully masak. Korang just tinggal nak panaskan je. Senang cerita, buka paket spaghetti tu... masukkan spaghetti dalam periuk / kuali. Lepastu, tuang pula sos dia dekat dalam periuk / kuali korang. Kacau-kacau selama 3 minit. Papppppp! Dah siap. Sekejap je.
Taraaaa... hahhh, terpampang dekat screen korang. Ini adalah instant spaghetti aglio olio with chicken daripada master pasto. Haritu balik kerja, lapar sangat. Ekin terus buat instant spaghetti ni. Antara ketiga-tiga instant spaghetti master pasto ni, Ekin paling suka aglio olio with chicken ni sebab dia pedas sikit. Hehehe. Tekak ni memang suka makanan yang pedas-pedas. Tapi, mak Ekin tak berapa nak suka sangat sebab pedas katanya. Mak Ekin memang tak tahan pedas.
Yang ni korang sendiri pun boleh teka kan. Nampak ada cendawan dekat situ mestilah instant spaghetti mushroom cream sauce. Yang ni baru ibu Ekin cakap sedap sikit (sebabnya tak pedas) huhu. Tapi, memang sedap pun! Rasa macam buat satu je tak cukup. Hahaha. Untuk instant spaghetti mushroom ni dia ada rasa ala-ala carbonara sikit (yelahh, nama pun mushroom cream sauce kan). Totally, memang tak rugi pun cuba! I loikeeee.
Instant spaghetti bolognese with chicken! Atas-atas tu ayam tau. Korang jangan pergi ingat sosej pulak. Hahaha. Memang lah sekali pandang nampak sosej. Tapi kalau engkorang pandang dengan mata hati baru nampak chicken dekat situ :p
Untuk yang ni, overall komen Ekin okay je asalkan ada rasa bolognese dekat situ. Tapi, mungkin kalau master pasto ni tambah sikit sos dia bagi berkuah mesti sedap! Nyum nyumm.
Dekat mana nak dapatkan?
Okay. Dah baca entry Ekin ni mesti korang pun rasa macam nak pergi beli dan dapatkan sekarang kan?! Yelah, mana tak nya. Senang gilerr kalau ada instant spaghetti ni dekat rumah engkorang. Lagi-lagi untuk yang dah bekerja nak makan time lunch tu, lagilah boleh jimat masa. Heheh.
So, kalau korang nak dapatkan dan nak tahu lebih lanjut mengenai instant spaghetti daripada master pasto ni, korang boleh klik je link yang Ekin dah sediakan dekat bawah ni. Ekin pun dah ada stok instant spaghetti ni dekat rumah, so korang pun kena lah beli banyak-banyak stok instant spaghetti ni letak dekat rumah :p
Website : Master Pasto
Facebook : Master Pasto
Instagram : @masterpasto
6 comments
wuu nampak sedapp
ReplyDeletememang sedap pun.. kena try tau :D
Deletewah dah macam2 kan, tinggal rajin dgn tak je nak buat. btw, tq tau singgah blog qekra dan komen pasal keria antarabangsa tu hehe. nice blog, qekra put as a blog i must read ;)
ReplyDeleteCepat dan pantas. Tak perlu susah2 cari bahan utk memasak.
ReplyDeletemudahnya. senang nak bawak jalan2 ni =D
ReplyDeletenampak sedap dn menyelerakan
ReplyDelete