Hello readers,
Just a quick update dekat sini mengenai permohonan ekin untuk pengecualian bayaran balik PTPTN. Siapa pembaca setia blog ekin, mesti korang tahu sebelum ni ekin ada post permohonan ekin untuk memohon pengecualian bayaran balik PTPTN ni kan? Tujuan ekin post dekat sini supaya... mana lah tahu kan kalau kalauu post ekin ni bermanfaat untuk korang semua.
So, yeahh...
Entry ni adalah sambungan daripada entry sebelum ni. Siapa yang belum baca entry sebelum ni. Jangan risau. Tak perlu cari-cari lagi. Korang klik je link dekat bawah ni ok.
Kalau dekat entry sebelum ni mengisahkan perjalanan hidup ekin (hahaha.. perjalanan hidup lah sangat) untuk memohon permohonan bayaran balik PTPTN ni. So, ingatkan lepas hantar borang dekat pejabat PTPTN ni kira selesai lah kan. Cuma nak tunggu keputusan lulus ke tidak.
Rupanya tak!
Selepas seminggu ekin hantar borang permohonan dekat pejabat PTPTN ni. Ekin dapat email daripada PTPTN untuk lampirkan borang bagi proses seterusnya.
Fuhhh, berperingkat-peringkat juga ya nak mohon pengecualian bayaran balik ni. Tapi takpe... kiranya bila dapat tahu pegawai tinggi ni terima permohonan ekin, effective juga lah kan. Ekin hantar borang permohonan dekat pejabat PTPTN ni pada 25 Oktober 2019. Dan pegawai ni email dekat ekin pula pada 6 November 2019. Kiranya seminggu selepas lah kan?
Atas ni adalah preview contoh lampiran checklist yang ekin kena lampirkan nanti.
Basically, dokumen yang dia minta adalah pengesahan pendapatan daripada pemohon, ibu bapa/penjaga bagi yang bujang. Bagi yang dah berkahwin, dia nak pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan. Hihii.
Tapi... tapi....
Itu bagi yang dah bekerja lah. Bagi yang tidak bekerja dan sebagainya.. lain pula dokumen yang diminta.
Ok.. rasanya tu sahaja kot yang ekin nak update untuk kali ni. Harap-haraplah lepas dah hantar lampiran ni semua, permohonan ekin untuk pengecualian bayaran balik ni selesai dan lulus dengan jayanya. Huhuu.
Apa-apa pun, thanks for reading. Harap entry ni dapat membantu korang serba sedikit untuk mohon pengecualian bayaran balik ni.
~
Follow me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: Asyiqin Roslee
Youtube: Asyiqin Roslee
Nota kaki: Kepada korang yang nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan je di ruangan komen bawah ni ya DENGAN SYARAT.. jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME supaya korang akan terima notification bila ekin reply komen korang.
16 comments
Mujur boleh dikecualikan lagi, semoga dipermudahkan urusan yer..
ReplyDeletethank you kak fiza.. harapnya sebegitulah..
DeleteAssalamualaikum sis. Boleh minta senarai semak dokumen yang pihak ptptn hantar pada 25 oktober tersebut? Terima kasih
ReplyDeletewaalaikumussalam..
Delete"Basically, dokumen yang dia minta adalah pengesahan pendapatan daripada pemohon, ibu bapa/penjaga bagi yang bujang. Bagi yang dah berkahwin, dia nak pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan. Hihii."
jom join GA
ReplyDeletehttps://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/give-away-december-haro.html
Assalamualaikum nak tanya, untuk surat pengesahan tidak mencarum kwsp, cik buat sendiri atau perlu pergi ke kwsp ye untuk buat surat tu?
ReplyDeletewaalaikumussalam,
Deleteuntuk yang itu saya tak pasti.. mungkin awak boleh call pejabat kwsp/ptptn untuk makluman lanjut..
Assalamualaikum sis, nak tanya, sis fully guna ptptn or ada pertindihan mana2 scholarship?
ReplyDeletewaalaikumussalam..fully ptptn awak :)
DeleteCara Mohon online Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
ReplyDeleteboleh refer entry paling latest dekat sini >>> https://asyiqinroslee.blogspot.com/2020/02/cara-permohonan-pengecualian-bayaran.html
DeleteCara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Secara Online Tahun 2020
Hai. Boleh saya tahu cik dah terima tak confirmation pengecualian? Berapa lama ya baru PTPTN confirmkan?
ReplyDeletehi, yup.. saya dah terima kelulusan pengecualian.. kalau tak silap kurang drpd sebulan macam tu ptptn confirmkan.. harap menjawab persoalan ☺️
DeleteSalam, saya nak tanya. Maknanya, mohon pengecualian bayaran selepas kita convo lah ye? Saya confuse dengan statement "Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan".
ReplyDeletewaalaikumussalam, haah selepas kita konvo dah boleh mohon.. make sure within 12 bulan dari tarikh konvokesyen tu tauπ☺️
DeleteTerima kasih π
Delete