Hias Bilik Tidur Dengan Perabot Ikea

Kalau buka website Ikea ni rasa macam ada je benda nak beli kan? Korang pernah mengalami situasi yang sama tak? Belum lagi kalau pergi dekat Ikea terus. Boleh rambang mata dibuatnya. Paling best dekat Ikea ni, dia punya showroom. Cantik cantikk je showroom yang ada dekat sana. Start dari bilik tidur ke, mini office ke, dapur ke... semua cantik!

Disebabkan sekarang ni musim PKP, tangan ekin mula lah menggatal nak buka website Ikea. Tengok mana mana perabot yang cantik. Kebetulan pula ekin memang tengah nak hias balik bilik ekin ni. (Kebetulan pulak kan???) Tu yang rajin dok scroll scroll website Ikea. Duit ekin ready dah nak terbang!


Lepas habis PKP, ekin dah plan dah nak beli perabot apa dekat Ikea ni. Tapi kena kerja keras lebih sikit lah untuk kumpul duit banyak-banyak. Hahahha. Ke biasanya orang beli sikit-sikit eh? Ekin rasa macam nak beli one off terus. 

So, ekin list kan dekat sini dulu lah barang/perabot apa yang ekin rasa menarik and nak beli nanti. Kiranya macam wishlist ekin untuk hias bilik baru nanti. Tanpa buang masa, jom tengok apa benda yang ekin nak beli.


Pertama-tama, ekin nak beli katil ni. Harga dia RM399 je. Ni katil sahaja tau, tak termasuk dengan tilam sekali. Ekin nak beli katil baru sebab nak synchronize semua ikut tema warna bilik ekin nanti ala-ala white beige gitteww. Plus katil ni cantik! Hehe.


Okay, kalau dah beli katil baru... mestilah kena beli tilam baru kan? Baru adil dan saksama. Bab-bab tilam ekin tak tahu nak pilih macam mana sebenarnya. Ni ekin pilih ikut suka rasa je. Harga pun boleh tahan jugak nih. RM1199. Harap-harap lah bila beli tilam ni nanti, tidur malamku lenaaaa. Hamboih.


Lepastu, ekin nak beli quilt ni jugak. Tak tahu lah berbaloi ke tidak? Sebabkan ayah ekin pasang aircond dekat setiap bilik... so, ekin nak ada katil ala-ala tidur dekat hotel. Yang ni RM149. Tak tau lah tebal ke tak.


Untuk sarung tilam ekin ambil yang ni. Color putih jugak. Sebab nak feeling ala-ala hotel kan.. jadi kita ambil color putih. Yang ni harga dia RM29.90 je. Harga paling murah dalam senarai yang ekin nak beli. Hahaha.


Next atau yang terakhir sekali, sebagai pelengkap katil baru ekin... ekin pilih sarung bantal dan sarung quilt design ni. Nampak soft kan? Sesuai dengan diri ekin yang serba lembut ayu sopan santun ni. Cewahh. Harga dia RM99. Boooooleehhhhhhh lahhh.

So, korang boleh agak tak total harga barang-barang yang ekin nak beli dekat Ikea ni? Untuk katil baru sahaja tau. Berapa agak-agaknya? Hehehhe. Ekin kira-kira exact total harga barang yang ekin nak beli dekat Ikea ni RM1875.90. Boleh tahan juga harga dia tuh. Actually, ekin macam nak beli dressing table jugak tau. Tapi bila tengok dekat website Ikea, design yang ada macam tak berapa menarik dan tak menepati citarasa ekin.

Kemungkinan perabot-perabot lain ekin nak cari dekat HomePro pulak lepas ni, sebab haritu ada nampak design perabot yang memang ngam dengan citarasa ekin. Tapi tak survey pulak harga masatu. Tatau lah berbaloi ke tidak.

Alright korang, itu sahaja yang ekin nak update dekat sini. Harap-harap lah wishlist yang ekin tepek dekat sini... memang betul betul ekin nak beli. Kuang kuanggg kuanggg. Apapun, thanks for reading!

~

Find me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

12 comments

  1. best jugak kalau dapat tukar deko bilik ikut specific theme.. tapi sygnya saya ni dok share bilik dengn orng lain, haih,, tunggu je nak beli rumah sndri hahaha

    ReplyDelete
  2. Perabkt Ikea Ni mmg cantik.dan nampak morern

    ReplyDelete
  3. IKEA punya perabot very nice and simple.
    Semua putih and nampak modern kan? suka juga actually tapi ada certain things macam design dia terlampau simple kot? haha. Hi Ekin, saya singgah dan follow blog ni ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tapi kalau pandai deco mesti akan nampak modern serba mewah gittuh.. done follow back :D

      Delete
  4. Semoga sukses membelinya! Chaiyok! Sis banyak dok dalam troli tu, nak keluar dia segan-segan pulak. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... yasss, semoga success nak tukar bilik jadi bilik idaman..

      Delete
  5. sebut pasal IKEA ni satu benda terbayang dulu, warna PUTIH. okay terus jatuh cinta tanpa berfikir lapanbelas kali sejak pertama kali mengenalinya. hehe

    ReplyDelete
  6. cantik jugak kalo putih je temanya ek..minimalis gitu...

    ReplyDelete