Jumpa Gambar Lama (Throwback)

Assalamualaikum & hi korang,

Harini dah masuk hari ke-17 kita semua melaksanakan perintah PKP ni. Apa itu PKP? PKP ni adalah Perintah Kawalan Pergerakan. Ok, takmo cakap banyak mengenai PKP ni sebenarnya.

Korang tau tak, masa PKP ni kan... family ekin semua ada dekat rumah. Kalau macam hari biasa, ekin kena work from home tau. Tapi memandangkan ayah ekin dia tak work from home... duduk rumah tak tahu nak buat apa? Ada je benda-benda yang ayah nak buat. Hahhaa.

Daripada bertukang, kemas bilik, kemas ruang tamu... last-last dah macam tongkang pecah dah rumah ni. Hahaha. Ok tak takk. Gurau je. So, masa tengah kemas-kemas bilik ni... terjumpa lah gambar-gambar lama ibu dengan ayah. Terselit dekat situ gambar lama ekin masa tadika dulu. Nak jugak terselit sekali kan?!

Nak tengok tak gambar lama ekin time tadika dulu? Ok takpayah jawab, ekin memang nak tepek dekat sini pun. Kehkehkeh.


Comel nyaa iols. Perasan! Hahaha.. masa ni tembam betul pipi. Patutlah dulu ramai betul suka cubit pipi ekin. Depa ingat tak sakit ke apa? Tau lah comel kan? Hahaha. Btw, korang boleh agak ke ekin yang mana satu? Hint dah bagi dah. Pipi tembam.

Masa jumpa gambar ni, boleh adik ekin dia tergelakkan dekat ekin sambil buat gaya tangan macam dalam gambar tuh. Dia tak tahu ke masa ni kakak dia tengah bernasyid... nasyid apa tak ingat dah? Hehehe. Almaklum lah, dah lama dah. Dia taktau ke gambar zaman jahiliyah dia macam mana. Tengok lah nanti.

Btw, elok jugak kan ada gambar lama-lama yang kita print out sendiri. 10 tahun kemudian boleh lah nak throwback. Dia punya feeling rindu zaman dulu tu lain maciamm. Masa join nasyid ni, kecik-kecik lagi dah pakai gincu. Ingat dulu ustazah yang pakaikan sebab nak naik pentas. 

Dulu masa kecik lagi, boleh lah nak join aktiviti yang naik pentas ni. Last ekin join aktiviti yang melibatkan atas pentas ni masa sekolah rendah je. Masuk sekolah menengah semua, rasa confident tu dah tak ada.

Alright, itu sahaja yang ekin nak update untuk entry kali ni. Niatnya sebab nak tepek gambar lama throwback dekat blog ni je. Tapi untuk memeriahkan lagi gambar ni, ekin selit lah sikit celoteh ekin dekat sini.

Thanks for reading!

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

2 comments