Cara Tukar Had Pengeluaran Wang di Maybank

Salam syawal untuk semua. Hehehhe. Pejam celik penjam celik, dah masuk syawal ke-4 dah kita ye. So, harini ekin macam terpanggil lah nak update blog pasal cara tukar had pengeluaran duit dekat atm maybank ni. Alkisahnya bermula masa ekin keluar raya kedua haritu nak pergi maybank sebab nak keluarkan duit raya untuk parents ekin tau.

"Tet tet tett tettt". Masukkan password, tekan pengeluaran tunai, masukkan jumlah yang nak dikeluarkan tu...

Papp, keluar notifikasi:

"Maaf, Anda Telah Melebihi Had Pengeluaran RMXXX Sehari"

Hahh, macam tu lah kot message yang dia keluar. Ekin ingat-ingat lupa pulak. Hahhaha. Terkejut beruk ekin bila tengok notification dekat paparan skrin maybank tu. Padahal masa keluar rumah tadi, ekin dah siap-siap bagitahu ibu yang ekin nak pergi keluarkan duit raya untuk ibu ayah. Apa lah perasaan ibu ayah ekin bila tahu anak dia balik-balik... duit raya pun takde. Kahkahkah.

Kalau nak tahu, ekin keluar masuk maybank dah nak dekat 3 kali kot. Semua sebab semata-mata had pengeluaran ekin dalam masa sehari dah lebih. Ekin tak tahu lah, rasanya memang pernah set had pengeluaran ekin RMXXX. Tapi tak tahu pulak, had pengeluarannya macam tu. Maaflah, ekin masih noob. Hahhaa. Jumlah yang ekin nak keluarkan tu pulak dalam 4 angka macam tu. Had pengeluaran pulak 3 angka. Memang tak lepas lah jawabnya.


Sedih ekin keluar maybank tak dapat keluar duit. Tsk tskk.

So, masa dalam kereta tu.. ekin pun google lah macam mana nak tukar had pengeluaran duit dekat maybank ni. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak! Happy terus ekin. Tapi tak happy 100% lagi tu. Kena try dulu. Kot kott lah tak menjadi nanti. Terguling ekin dekat depan mesin atm tu.

Ekin pun masuk balik lah dekat dalam maybank tu.

ALHAMDULILLAH, setelah 2 kali percubaan boleh pun keluarkan duit. Berpeluh ekin dalam tu. Dah lah tak ada aircond. Berpanasan ekin keluarkan duit dekat maybank ni.

Oklah, jadi dengan ini... mari lah kita belajar CARA TUKAR HAD PENGELUARAN WANG DI MAYBANK.

1. Masukkan kad ATM

2. Pilih Bahasa

3. Masukkan No.Pin

4. Dekat menu tu nanti, pilih Lain-Lain

5. Kemudian, pilih Penukaran Had Pengeluaran

6. Pilih nilai had pengeluaran anda

7. Masukkan No.Kad Pengenalan anda untuk pengesahan

Siap! Senang je kan rupa-rupanya. Hahaha. Lepastu, dah boleh lah kalau nak keluarkan duit banyak-banyak sikit. Dah keluar tu, korang jangan lupa pula tukar had pengeluaran tu balik ke jumlah yang paling sedikit. Yelah kan, untuk berhati-hati sebab sekarang macam-macam boleh terjadi kan.

Ekin harap korang dapatlah sedikit info atau manfaat daripada entry ekin kali ni. Itu sahaja dari ekin. Apapun, thanks for reading!

~

Find me here:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

6 comments

  1. Ta atas info..klau nk tukar limit swipe debig card maybank cmne plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. alamak, kalau nak tukar limit swipe debit card saya tak sure pula..

      Delete
  2. ohhh senang je rupanya nak tukar. nanti nak bagitahu kakak first saya tu lah. sebab haritu time beli beli kat pasaraya, harga total 400 rasanya. then guna kad debit dia kata takleh sebab sampai limit dah! ya Allah.. nasib baik ATM dekat je. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yeke.. hehehe okay.. nanti boleh lah suruh kakak yang first tu naikkan sikit limit dia :D

      Delete
  3. Tq for sharing sis..pastu kn nak tanya betul ke had pengeluaran melalui atm 5k sebulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awak.. harap membantu :D untuk limit pengeluaran melalui atm sebulan saya tak sure pula.. mungkin boleh check dekat atm tu nanti..

      Delete