MYLARA Skincare Perfect Glow Serum Skin Perfecting Review


Assalamualaikum & hi,

Ekin nak bagitahu korang ni! Yang MYLARA Skincare Perfect Glow Serum ni sumpah best gilerrr. Nak menangis ekin dibuatnya. Hahahaha. First time pakai terus dah fall in love gittuew. Ekin dah guna serum ni selama 2 minggu dah tau. Dan overall, MYLARA Perfect Glow Serum ni memang best and recommended giloss untuk korang yang tengah mencari serum yang dapat bagi efek glowing mencerah gitthuew.

Jadi, untuk post kali ni ekin akan review MYLARA Skincare Perfect Glow Serum based on experience ekin sepanjang pakai serum ni ok. Tambah berlengah-lengah, jom kita start!


Untuk pengetahuan korang, MYLARA Perfect Glow Serum ni dapat membantu mencerahkan tona kulit, kesan parut, menganjalkan kulit dan dapat memberi efek glowing kepada pengguna. So, siapa-siapa yang tengah mencari produk untuk mencerahkan tona kulit dan nak hilangkan kesan parut tu, korang boleh try MYLARA perfect glow serum ni.

Jadi, korang mesti nak tahu kan... ingredients apa yang ada dalam MYLARA serum ni sehingga mampu mencerahkan tona kulit dan kesan parut korang kan? Bawah ni ekin highlightkan star ingredients yang ada dalam serum ni. Antara banyak-banyak star ingredients yang ada, ekin paling suka niacinamide! Ekin memang selalu akan pilih produk yang ada ingredient Niacinamide untuk pudarkan parut jerawat dekat kulit muka ekin.

Ingredients
Water, Niacinamide, Rosa Centifolia Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Propylene Glycol, Hydroxyethycellulose, Isopropyl Alcohol, Avena Sativia (Oat) Kernel Extract, Butylene GlycolCentilia Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Bicalensis Root Extract, Camelia Sinensis Leaf Extract, Elycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin


Masa pertama kali ekin pakai serum ni, ekin suka sangat dengan bau dia tau! Bau dia macam rose scent macam tu. Lembut + manis je bau dia. Rasa macam nak makan pun ada. Nasib baik bukan makanan. Hahahaha.

Kulit ekin sejenis yang sensitif tau, so ekin tak boleh nak pakai sembarangan produk. Kalau tak muka mesti akan naik-naik balik. Jadi, selalunya... kalau ekin nak try produk baru, ekin akan analisa dulu ingredients sesuatu produk tu dekat website cosDNA dan SkinCarisma untuk tengok sama ada produk ni sesuai dengan ekin atau tidak. Hasil daripada analisa? Of coz produk ni takde bahan terlarang atau bahan yang membolehkan kulit jadi iritasi.

Tapi, dalam MYLARA serum ni ingredients dia ada alcohol tau. Awal-awal tu, ekin risau jugak nak pakai. Tapi ekin ada terbaca... disebabkan alcohol ni boleh keringkan lagi kulit, so kita kena counter balik dengan skincare routine kita supaya kelembapan dekat kulit muka kita tu cukup.

Jadi, siapa yang takut-takut tu.. make sure korang bagi enough moisture dekat kulit muka korang ok. Setiap kali ekin pakai serum ni, ekin akan pakai sekali dengan moisturizer. Nipis-nipis je ekin pakai.

Serum MYLARA ni ekin akan pakai pagi dan malam. Apply sikit je dah boleh sapu satu muka. Parut bekas jerawat pun dah makin pudar tau. Kenapalah ekin tak jumpa serum ni awal-awal dulu. Hahaha. Cuma apa yang tak best, serum ni hanya available dalam botol kecil 10ml ni je. So kalau nak pakai kena amalkan cara berjimat-cermat. Huhuuu. Kalau ada botol besar sikit mesti kebaboom! Ekin tuang terus serum ni dekat satu muka. Hahaha.

Apapun, ekin memang suka sangat dengan MYLARA serum ni. So far, serum ni takde buat muka ekin naik biji-biji ke apa. Sepanjang perhatian, parut dekat muka ekin pun makin pudar. Kulit pun kurang berminyak dah (hahh, yang ni best!). Plus,, ibu ekin pun suka dengan MYLARA Serum nu yalls.. Huhuuu. Teringin juga nak cuba produk MYLARA yang lain. Memang recommended!


Ok, seperti biasa ekin akan tinggalkan website link dan social media MYLARA ni dekat bawah. So, senang kalau korang nak cari maklumat lebih lanjut.

Instagram: @mylaraskincare
Facebook: @mylaraskincare
Youtube: MYLARA Skincare

2 comments

  1. Bagus sangat produk ni.. mmg berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ekin pun suka jugak produk ni <3 love gitew..

      Delete