Kena Masuk Hospital Sebab Demam Denggi

Assalamualaikum & hi semua,

Harini ekin nak update blog mengenai pengalaman ekin kena masuk hospital sebab demam denggi. Saje lah nak bagitahu korang, yang ekin baru je 'discharge' dari hospital semalam (25/10/2020). Rindu pulak nak duduk dekat hospital balik. Hehehe. Tak sampai sehari. Tapi apapun nasib baik lah dah dapat 'discharge'. Walaupun rasa rindu nak duduk hospital, tapi jauh di sudut sanubariku... ekin lagi happy bila dapat balik rumah.

Ok, sebelum ekin bercerita mengenai pengalaman ekin duduk dekat hospital... biar ekin cerita dulu kronologi sebelum ekin kena masuk hospital. Total hari ekin demam sehingga ekin dapat 'discharge' dari hospital adalah bersamaan 9 hari. Punyalah lama demam. Paling lama dalam sejarah hidup ekin kot?!

Kronologi

Hari sabtu bersamaan 17/10/2020, ekin dah start rasa tak sedap badan tau. Rasa macam bakal nak demam je. Tup tupp, memang betul ekin demam. Tengah hari macam tu suhu badan ekin dah start naik. Masa ni tak tahu lagi kena demam denggi. Ingatkan demam biasa jelah. Hari sabtu tu, ekin dah tak larat nak jadi aktif sebab kepala pun pening-pening berat. Tambah lagi dengan pakej demam.

Keesokannya, 18/10/2020 demam ekin still tak pulih lagi. Masa ni still boleh bearable lagi sebab dalam mindset fikir "alaaa demam biasa je ni.. 2, 3 hari nanti elok lah tu". Dalam pada fikir fikir macam tu, ekin still lagi berselubung dalam selimut. Ekin rasa sejuk badan.. tapi kalau orang lain rasa badan ekin panas. Hari kedua ni, ekin banyak tidur je. Bangun sebab nak solat je. Tak larat nak buat apa-apa. Paling tak suka sekali bila part malam nak tidur tu, suhu badan ekin tiba-tiba naik mendadak. Rasa tak tahan sangat. Rasa nak pecah kepala pun ada. Nafas pun macam jadi pendek semput semput macam tu. Nasib ada adik yang jaga ekin. Tidur malam tu rasa tak nyenyak. Asyik-asyik terjaga.

Hari ketiga demam, 19/10/2020 bersamaan hari Isnin. Masa ni rasa tak larat dah. Antara fikir nak masuk kerja dengan taknak. Padahal, work from home je. Tapi, nak membayangkan kena buka laptop nak buat kerja... rasa tak terdaya je. Ekin pun decide lah nak pergi klinik. Pergi klinik, doktor ada lah bagi ubat demam paracetamol dengan mc 2 hari. Alhamdulillah, dapat mc. Dapatlah ekin berehat dalam sakit sakit tu. Nak kurang sakit, makan lah ubat doktor bagi tadi.

Hari keempat demam, 20/10/2020 bersamaan hari Selasa. Pagi ni rasa macam makin nak sembuh. Sebab dah dapat rasakan perubahan suhu badan macam makin nak berkurang. Pening kepala pun dah tak berat sangat. Boleh lah jalan-jalan keliling rumah. Borak-borak. Kalau sebelum ni tak larat. Ubat doktor, tak tinggal. Tapi suruh makan 2 biji sekali. Ekin mampu telan sebiji je. Nak telan lagi, ekin selalu termuntah kan balik sebab tak pandai makan ubat pil. Cuba-cuba pun, confirm termuntahkan balik. Membazir ubat je. Paling dasyat, bila petang je... suhu badan ekin tiba-tiba start naik dengan perlahan-lahan. Ekin dapat rasakan badan ekin makin panas. Malam nak tidur tu, ekin terjaga sebab tak tahan sangat. Bila adik laki ekin check, suhu badan dah 38.3. Panas sangat. Sampaikan alat check suhu tu pun, tukar jadi color merah. Malam ni tak boleh tidur. Try tidur tapi still tak boleh. Nafas pun jadi semput semput balik. Masa ni fikir, allahu dugaan apa lah ni. Malam ni juga, first time ekin muntah setelah beberapa hari demam. Seksa betul kalau demam plus sekali ada dengan pakej muntah.

Hari kelima demam, 21/10/2020 bersamaan hari Rabu. Ekin dah start masuk kerja balik sebab mc 2 hari dah habis. Tapi still dengan suhu badan suam suam suku. Pening-pening ringan tu still ada lagi. Buat jelah kerja macam biasa, tapi pergerakan tu tak selincah masa aktif dulu. Nak menaip pun, satu satu huruf nak kena tekan. Sambil-sambil tengah buat kerja, tiba-tiba badan ekin dah start rasa gatal-gatal. Bila tengok tangan... allahu, tangan ekin dah start tunjuk bintik-bintik merah. Tengok kaki, kaki pun ada bintik-bintik merah juga. Ekin pun tunjuk lah dekat ibu, ibu kata "ni denggi ni ekin, kena pergi klinik ni". Malam tu, terus ayah bawak ekin pergi klinik nak check. Ekin pergi ke Klinik Ajwa dekat seksyen 7, Shah Alam. Doktor pun check lah darah. Keputusan darah still negatif tapi platelets ekin rendah. Doktor pesan suruh datang semula esok untuk check darah lagi sebab nak tengok in case ada penurunan ke apa.

Hari keenam demam, 22/10/2020 bersamaan hari Khamis. Macam biasa bila bangun pagi dah mandi tu.. suhu badan jadi rendah balik. Tak ada lah sepanas macam malam tadi. Ekin pun masuk lah kerja macam biasa. Tapi kadang-kadang tu tak larat sangat... ekin ada lah curi masa sikit berehat kejap. Malam tu pula, ekin pergi semula ke klinik untuk follow up check darah. Dah ambil darah semua, tunggu punya tunggu, doktor pun panggil masuk bilik. Keputusan denggi positive! Tersedak ekin dengar. Hmmm. Sedih pun ada. Doktor tunjuk result darah ekin. Doktor kata platelets ekin sudden drops dari 209 ke 89. Doktor suruh refer ke hospital terus. Malam tu juga, ayah hantar ekin pergi ke Hospital Shah Alam. Kenalah warded, masuk dalam zone kuning. Malam tu juga, doktor masukkan air dalam badan. Duduk lah sekejap sambil tunggu air masuk dalam badan. Nak dekat pukul 2 pagi macam tu, doktor decide untuk off kan iv ekin. Doktor cabut air and suruh ekin minum air banyak-banyak je. Malam tu ekin langsung tak boleh tidur dekat hospital.

Hari ketujuh demam, 23/10/2020 bersamaan hari Jumaat. Pagi tu ekin minta ayah untuk hantarkan air, sebab doktor suruh minum air banyak-banyak. Maklumlah, nak keluar cepat. Ayah datang hantar 2 air botol besar. Tapi ayah tak boleh duduk lama-lama sebab pelawat tak dibenarkan masuk. Sepanjang ekin duduk hospital, tak ada siapa pelawat yang dibenarkan masuk tau. Sebab kes covid ni. Ekin pun, sepanjang duduk dekat hospital... asyik minum air je. Perjalanan ekin ulang alik ke toilet, rasanya dah tak terkira dah. Belum lagi part doktor cucuk ambil darah. Habis berparut tangan ekin. Tengah hari sikit, doktor hantar ekin ke wad pemerhatian. Dekat wad sana, ekin duduk lah sekejap sementara nak tunggu pergi ke wad biasa. Dekat wad pemerhatian ni, tak semeriah dekat zone kuning. Dekat zone kuning, doktor semua busy, berjalan sana sini nak periksa pesakit. Dekat wad pemerhatian ni, lebih kepala zone menunggu macam tu. Petang sikit, ekin dah naik ke wad biasa. Kena lah tukar baju ke baju hospital. First time tu agak janggal tengok diri sendiri pakai baju hospital. Air ekin tak lupa minum!

Hari kelapan demam, 24/10/2020 bersamaan hari Sabtu. Macam biasa bila duduk hospital, pukul 4 pagi je doktor atau nurse akan ambil darah untuk periksa. Sepanjang duduk hospital, hari-hari boleh dikatakan ekin senang terjaga atau bangun awal. Rutin dekat hospital tak ada buat apa sangat pun. Pagi makan. Tengah hari makan. Petang makan. Malam makan. Masa yang terluang, kalau tak habiskan dengan tengok handphone, berjalan-jalan lah dekat katil sebelah nak ajak teman berborak. Aktiviti dekat hospital tersangatlah limited dengan pelawat tak dibenarkan masuk lagi. Bosan sangat. Tapi nasib baik lah ada doktor yang selalu tanya dengan perkembangan semasa. Masa ni, ekin minum air yang sebanyak boleh. Kadang-kadang, dah muak dengan air masak. Tapi apakan daya, sebab nak sihat cepat.. kenalah ikut cakap doktor. Masa dekat hospital, demam ekin dah semakin pulih. Cuma doktor kena monitor darah, blood pressure ekin semua sebab bintik-bintik merah dan gatal still tak hilang lagi.

Hari kesembilan demam, 25/10/2020 bersamaan hari Ahad. Lepas ambil darah pukul 4 pagi tu. Kebiasaannya, doktor akan update status patients dari katil ke katil dengan doktor yang lebih senior. Benda yang menggembirakan, doktor kata ekin dah boleh 'discharge' dah. Yayyy. Tapi doktor pesan suruh minum air banyak-banyak and nanti kena follow up dengan klinik kesihatan untuk check darah. Dengan excitednya, ekin terus call ibu ekin bagitahu doktor dah bagi 'discharge'. Alhamdulillah, tengah hari macam tu ekin dah boleh keluar dah. Excited pulak bila tengok dunia luar. Rasa macam dah lama terkurung dalam hospital. Hehehe.

Ayah belum sampai lagi, dah excited dah pack barang semua nak balik. Hohoho. Bila dah dapat balik, rasa sayu dan berat hati pulak nak tinggalkan katil ekin. Pengalaman masuk dekat hospital ni memang tak dapat dilupakan. Terima kasih lah banyak banyak dekat nurse dengan doktor yang jaga ekin sepanjang ekin berada dekat wad perempuan 10B katil 6 ni. Rasa rindu pulak nak ada orang jaga kita. Tak lupa juga dekat akak-akak dengan makcik yang satu wad dengan ekin sebab sudi berborak luangkan masa dengan ekin.

Yayyy dah discharge! Begitu lah kronologi ekin kena masuk hospital sebab kena demam denggi. Sampai rumah ekin tak lupa pesan doktor untuk minum air masak banyak-banyak. Sekarang dah bebas berjalan ke sana ke sini dekat rumah. Dah makin aktif dah. Tak pening macam dulu time demam. Badan pun dah tak panas. Cuma bintik-bintik merah dekat kaki still ada lagi. Dekat tangan dah tak ada bintik-bintik merah. Ekin nak kena minum air masak banyak-banyak untuk buang semua toksik dalam badan. Harap-harap lah, ekin makin pulih seperti sedia kala.

Oraits, sampai sini sahaja lah update ekin. Terima kasih untuk korang yang sudi baca sampai habis. Entry kali ni agak panjang dari kebiasaan sebab ekin nak sematkan pengalaman ekin ni dekat dalam blog. Nanti ada lah bukti yang ekin pernah masuk hospital sebab demam denggi. Wakaka. Bye korang!

~

Find me at:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

p/s: kalau korang nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan pertanyaan korang dekat ruangan komen di bawah ni tau. dan jangan lupa untuk tick kotak 'notify me' so that, bila ekin reply komen korang, korang akan dapat email notification untuk update.

11 comments

  1. masa zaman sekolah dulu pernah jugak suspect denggi, lebam jugak la lengan sebb cucuk ambil darah sampai tiga empat kali... nasib tak kena tahan wad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. part nak cucuk ambil darah sampai 3,4 kali tu sedih betul kan.. bestnya tak kena tahan wad....

      Delete
  2. ooh siannye.. mugo cepat semboh.. sibbaik bukan covid kann

    ReplyDelete
  3. Ohh, sama lah dengan saya. Pernah masuk admit sebab denggi and kena tahan 4 hari. Anyway, thank God awak okey dah and take care of yourself tau.

    ReplyDelete
  4. teringat pengalaman kena denggi juga masa pregnant my 2nd child. masa tu bulan puasa. mmg 2mggu kena tahan wad and tinggal puasa sebab nak kena minum air byk2 :-)
    apa2 pun, semoga ekin kembali sihat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti seksa kan.. saya baca pengalaman sis pun belum tentu saya larat macam akak.. full respect dekat akak.. apapun terima kasih untuk doa :D ekin dah sihat dah seperti sedia kala..

      Delete
  5. alhamdulillah dah discharged dan sembuh..
    take care ya..

    ReplyDelete
  6. dia ada buat examination ape2 ke selain dari amik darah kita? n how about dia pasang tiub kencing? dia ada suggest kan ke or x?

    ReplyDelete